HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, January 4, 2015

Cerita ujian JPJ - Part 1


http://my.shareddis.com/p/9kQ0m

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak cerita perjalanan / proses pengambilan ujian JPJ aku last 31 Dec 2014 haritu. Huwaaa.. hujung tahun baru aku dapat ambil ujian dengan JPJ erk.... page 365 of 365.. hek alaaa.. nak jugaakkk..

Seawal jam 7:30 pagi lagi aku dah bergerak dari rumah bersarapankan popia ketam cheese , satu. Dan aku bungkus lagi 7 masuk dalam plastik hahah , ujian mesti lama... dan aku mesti lapar.. makanan kat kantin pulak mahal. Memang tak la aku nak habiskan duit aku kat situ. Sanggup berlapar. Sedap takpe la jugak.... hoho.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m

Sampai je kat kelas ujian memandu tu aku terus mendaftarkan diri. As usual, aku lah orang pertama yang mendaftarkan diri. Tapi, angka giliran aku no.13.. semalamnya aku dah tengok nama aku dalam list. Asalnya aku sedih sikit sebab nombor aku belakang-belakang tauu... Rupanya ada hikmah seh. Apakah?? Baca bawah lagi.. heheh.

Hampir jam 9 pagi barulah orang JPJ tu @ penguji tu dah panggil untuk isi borang. Lepas dah isi borang tu , ready untuk buat RPK ( Rutin Pemeriksaan kenderaan ) di hadapan semua orang yang ambil test. Huh, aku tak kesah sangat lah... tapi si penguji tu siap marah-marah bagai. Erhh geram pulak aku tengok. Strict sangat. Lek ahh. Budak tu baca skrip je pun kat depan , kalau lakonan kayu pun bukan salah dia. Dah memang tak pandai berlakon... eh?

Masa nak tunggu JPJ tu datang bagai , aku baca ayat kursi banyak-banyak kali. Takpun aku baca komik Detective Conan. Yeahh.. bosan lah tunggu lelama... kita baca lah komik. Hoho.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m 
Aku memang peminat Conan , tapi tak lah fanatik gitu.

RPK

Turn aku. Bila nombor aku dipanggil oleh penguji JPJ A.. aku pun ke depan buat RPK. Nak laju punya fasal ( sebab budak sebelum ni buat terhegeh-hegeh sampai kena bebel ) , kononnya aku nak buat cepat lah sampai aku terlupa nak check perkakasan keselamatan dalam bumper belakang. Adoi. Masa kat ruang enjin *di ejek-ejeknya aku... cis.. dah memang dalam buku tu tulis pemeriksaan ruang enjin.. aku nak cakap ape lagi?? Aku ni kengkadang budak buku gak... hua hua, tak buat ayat sendiri.*

Katanya.. “ Awak bersajak ke dik?
Ceit. Dah cikgu aku ajar macam tu. Fyi, ayat dia lagi panjang 4 kali ganda tau. Cikgu aku ajar siap penerangan , perbezaan dan fungsi lagi. Padahal JPJ tu nak tahu nama je. Kuang hajoo si JPJ tu..

Dah selesai tu aku tengok borang , ade tick kat bahagian “Gagal memeriksa peralatan keselamatan”. Ya!!! Aku terlupa bukak bumper belakang!!! Hahahahah

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m
RSM & Litar.

Lepas RPK ( garang si penguji RPK pun , semua orang dia kasi lulus. Saje nak gempak budak. Ceit ) aku pun naik ke litar. On the way nak ke litar tu, terserempak dengan budak pompuan yang ambil JPJ gak , dia kata dia failed. Bila aku tanya kat mana dia failed, dia tak nak gitau. Eh, ingat ni soalan kuiz test ke tak boleh nak share story? Tak apelah. Aku tak ambil hati pun. Lantak dia lah nak bagitahu ke tak.

Masa jalan nak hantar borang tu , aku baca ayat kursi lagi. Lembutkanlah hati penguji JPJ yang lagi satu ni dan tenangkanlah diri aku supaya tak gabra, gemuruh bagai. Yelah, orang cakap , belajar ngan cikgu lain feel dia, bila JPJ duduk sebelah , perasaan tu dah lain.

Kat litar ni ade 5 bahagian yang kena lulus. Gagal satu... gagal kesemuanyaaaa.

i)                    Ujian naik & turun bukit
ii)                   Ujian side parking
iii)                 Ujian tiga penjuru / three pointer
iv)                 Ujian selekoh S
v)                  Ujian selekoh Z

Masa nak tunggu turn aku tu , ramai cakap dorang failed kat tiga penjuru. Dan, aku pun perasan jugak,  lepas tiga penjuru ramai yang dah kena suruh balik. Adeh. Aku pelik ah , bahagian tiga penjuru tu la paling senang.. macam mana boleh failed. Percentage untuk lulus mestilah 80% dan ke atas.

Sekali penguji JPJ B jerit... “Kau dah masuk kotak mana boleh undur lagi dah dik oi. Terus keluar lah.”
Oh itu point dia.’- bisik aku dalam hati.

Kecut ah ramai failed kat situ. Tapi nervous kena kawal. Baca ayat kursi lagi.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m

Turn aku. Dimulakan dengan........... Bismillah... ye betul tu.. hahaha.
Lepas dah buat RSM ( Rutin Sebelum Memandu ) semua , aku pun mula bergerak untuk naik bukit. 

1.Done. Selepas bukit aku pun bergerak ke side parking. 
2.Alhamdulillah... cun jugak. Then aku bergerak ke tiga penjuru... dup dap dup dup... masuk.. undur... terus keluar... jangan berhenti.. 
3.Alhamdulillah , JPJ tu tak cakap pape. Bergerak ke selekoh S.. 
4.Okay jugak.. Last sekali.. selekoh Z... ni memang kena hati-hati ( semalam punya latihan memang sipi-sipi nak langgar benteng , lambat buat pusingan stereng ) , so kali ni aku cepat kan pusingan stereng.. dan... 5.Alhamdulillah..aku lulus bahagian litar. Terima kasih encik JPJ.

Dah hantar borang kat bawah tu , si penguji JPJ A tanya aku lulus ke tak. Aku assume aku lulus je sebab 5-5 ujian tu aku dapat buat. Hehe. JPJ A tu cakap , termasuk aku, baru dua orang lulus bahagian litar.. dari nombor1-13 laa.. aku rasa total untuk haritu 22 orang kot. Lulus 94%. Yeay!

Lepas tu tunggu untuk ujian jalan raya pulak.

bersambung... Part 2 SINI
Pics credit to google & tumblr.



Follow IG @dropshipmina untuk Pandora cantik-cantik lagi murahhhhh!!

Okay bye. 


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

16 comments:

Nur Inani said...

cuak pulak nak pergi ambik lesen ni. hahaha :P macam garang je abam abam jpj ni :D

luna paris said...

haha.. bagos2!! soo.. gudluck untuk ujian jalan raye pulak... =D

ezyra daniel said...

format untuk ambik lesen sekarang dah lain kan..dulu kitaorang lain sikit sikit..

zarul farhana said...

ehh ada kena cek bumper ek.. dulu xda pon...

mardiana abu darin said...

Good luck dik, akk dulu amik 2x...kuikuii...gagal kat parking...hampeh..Ku sangka kan gagal kat bukit...alih2 failed kat tpt parking? Buat Malu je.. Tp skrg dah nak masuk 8 tahun drive. Hihihi..lulus je lesen terus drive keje Dr gombak ke kota damansara...kete manual tu...sabo jelahhhh...

Anisyamir Leejo said...

waktu saya ambik lesen dulu taksampai nya 5 benda kena LULUS ni. huhu Parking, tiga penjuru dengan naik bukit je. Ni siap ada selekoh S Z .. huh ! Boleh tahan skrg ni kalau nak ambil lesen. Alhamdulillah lulus. Kat jalan raya macam mana ? Mesti lulus jgk kan.. hihi Time sy dulu, nasib la pegawai JPJ ni tak byk ragam.

(http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/last-payperr-sabarr.html)

NUR said...

hehee. jpj tu saje jek psycho. jpj perempuan lagi bnyk cerita dia.

Encik Skema said...

malangnya lah nasib dapat pemeriksa yang macam singa. :3 Selamat berjaya kak. :D

Encik Skema said...

oh ya, lupa nak cakap. popia ketam cheese tu nampak sedap. tak nak buat entri pasal tu ker ? atau dah ada ? hehe. berminat nak tahu. :3

Nadratul Syazwana said...

Eikk Nad dulu macam takde pulak slekoh S and Z tu. Baru ehh? Hehe btw congrats lulus! :D

BudakVanilla said...

uishhh, cam susah je. T^T
BV nak ambik lesen motor pun takut. apatah lagi kete. T^T
nak bawak motor pun xpass lagi. hahaha XD

chaiyookk! hebat la. :3

BudakVanilla said...

uishhh, cam susah je. T^T
BV nak ambik lesen motor pun takut. apatah lagi kete. T^T
nak bawak motor pun xpass lagi. hahaha XD

chaiyookk! hebat la. :3

Nurazlan Azmi said...

Alan baru pass lesen moto lesen kerta insyallah nanti baru buat..hehehe

Farah said...

Bunyi macam susah je nak dapat lesen kereta ni.

Anis Ifham said...

kat labuan takde ujian 4 & 5. huhuhu. senang tak ujian tu? good luck untuk ujian jalan raya!

Sabrina SA said...

uisy seriously, rasa macam seram sejuk pulak nak amik lesen kereta... dengar nama selekoh dia, ada yang S, ada yang Z pun nampak dahsyat.. btw tahniah kak zati lulus semua ujian ^^