HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, January 7, 2015

Cerita Ujian JPJ - Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Sambungan dari Part 1...



Masa tengah berkumpul nak tunggu giliran ujian kat jalan raya pulak ,  si penguji JPJ A dah cakap awal-awal dia takkan tolong sikit pun kat jalan raya ni sebab kalau dah buat salah , mana boleh kasi lulus. Ini melibatkan keselamatan. Pasrah lahh. Masa tunggu punya tunggu tu, ramai je yang patah balik ( mostly below 5-10 minutes , semua dah patah balik ) si penguji JPJ A sebagai pemandu dan yang ambil ujian tu duduk kat bahagian penumpang. Mak aihh.. sah-sah lah dorang tu failed. Semua susah hati. Termasuk aku. Hehhe. Baca komik balik.. haha. Nervous? Baca ayat kursi lagi.


Tak lama tu muncul si penguji JPJ B ( yang kat litar tu ) , belum giliran aku. Nampak cam okay sikit dari si penguji A. Kita tengoklah macam mana. Tak lama lepas tu, mereka pun pulang *kemain aku guna ayat BM.. pulang...*... kedudukan tempat duduk tak berubah , so kiteowang assume budak tu lulus ahh. Rupanya tak. Style penguji B nih lain sikit. Even tak tukar pemandu pun , tak semestinya kau lulus.

Ada jugak tanya-tanya budak-budak yang failed dengan penguji A , ramai failed kat simpang. Sepatutnya, tunggu kereta betul-betul takde kat atas jalan raya barulah kita ni boleh gerak. Jalan raya memang kena kosong lah. So, aku pun take note. Cikgu yang menjadi petugas kat situ pun bagi peringatan kat kiteowang jugak. Dalam hati aku, “Bagus jadi orang tengah dan ke belakang ni, kita boleh belajar dari kesilapan orang lain.”

Setahu aku.. kat simpang ni penguji akan tengok kat bahagian

  • Handbreak ( setiap kali nak berhenti , wajib tarik brek tangan
  • Signal
  • Pastikan tidak ade sebarang kenderaan di atas jalan raya , kiri atau kanan anda
  • Cara anda olah gerak kenderaan tersebut

Yang aku risaukan masa tu  , aku risau kalau aku dapat penguji A. Dah la strict gilaaa , harapan macam hampir terkubur mengenangkan ,

  • Penguji B - peserta no.10
  • Penguji A - peserta no.11
  • Patutnya no.12 dapat penguji B dan aku penguji A lah kan.. tapi tetiba je Penguji C muncul.. so dia ambil peserta no.12.

Penguji A ni , dalam masa dua minit je dia boleh patah balik kalau peserta buat salah. Keberangkalian untuk aku dapat dia sebagai penguji memang sangat tinggi. Tak lama tu , muncul kereta dari penguji B.. Alhamdulillah... suka hati aku... dapat yang tak strict... Akan ku cuba yang terbaik lah kan.


Bila dah tiba giliran aku tu , aku pun masuk dalam kereta buat RSM bagai. Dan teruskan perjalanan ikut jalan B. Jalan B or C aku risau lah untuk tanggal 31 tu sebab dua-dua jalan ada sekolah rendah dan menengah. Memang akan ada banyak kereta sebab budak darjah 1 dan tingkatan 1 ada orientasi. Kereta mesti banyak.. dan untuk memastikan takkan ada satu kereta pun kat atas jalan raya ( masa aku nak membelok lah ) , sangatlah lama.. Mesti orang belakang menyirap je.. ahahah. Saya budak baru belajar lah.

Lori potong aku.. kereta bertalu-talu potong aku. Biarkan dia... Kena lah paham kan. Alhamdulillah aku lulus sipi-sipi , 84%. Takut seh.. aku tak nak repeat. RM150 melayang kot. Ada satu simpang berhenti tu , masa nak tunggu kereta lalu lalang bagai tiba-tiba je enjin mati. Adeh. Tapi jangan cuak ye. Dengan cool nya aku start balik enjin tu seperti sediakala. Dengar khabar , JPJ akan bagi kita peluang 3 kali untuk start enjin kalau mati kan? Kan?


Lulus bahagian litar , lulus ujian jalan raya. Terima kasih encik sebab luluskan saya. Hua hua hua.
Alhamdulillah , doa mak abah jugak penting ye.
Doa kengkawan aku.. thank you thank you.

Sekarang ni tunggu lesen pulak.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

27 comments:

amira azemi said...

serius la kalau enjin mati dia kasi peluang ?? wahh untungnyaa .tempat saya kalau mati enjin , terus gagal kot.

Puan Wawa said...

Tahniah.. ")

Akak fail, kena repeat.. fail kt roundabout..

thisni3zahata said...

Tahniah...Saya jgk yg x habis2 lg..kiki

Anisyamir Leejo said...

wah wah tahniah kak Zati. Sy dulu lulus pun 50/50. 16/20. Kalau 15/20 melayang jugaklah duit RM1--- ++ haritu. Alhamdulillah. Nnt tunggu dapat lesen, baru syok nk pergi jenjalan kan ? hhi

(http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/food-review-nandos-berjaya-times-square.html)

Sabrina SA said...

seram je bila dengar enjin mati tengah jalan .. kena lah start balik fuhh.. takut lepas ni kalau nak amik lesen kereta.. macam susah je..

nuyui a.k.a miss YUI said...

Tringt time yui amk lesen. Lesen amk tp jrg sgt drive. Huhu

BudakVanilla said...

comelnya TOP!! melting T^T *tetiba, hahaha.

seram la ambik lesen. kalau BV agaknya dah bergegar seluruh badan. hahaha. tahniah ya. yeye, dah dapat lesen :D

Nur Inani said...

dup dap dup dap pulak kita yang baca ni. hahaha. takutlahh pulak :D

Tee Xennov said...

wow bestnya belajar bawak lesen *-*
teringin jugak. hehehe :)

Scdha Sein said...

Pandu cermat jiwa selamat.. He He He...

Farah said...

Makin takut pula bila baca entri ni.

Miss Yana said...

Klo dpt jpj prmpuan lg la..nsib yana dpt jpj lelaki, sempoi habis..

Sharifah Syahirah said...

Tahniah lulus.. kak syira tak ambik lagi. Debarr lahh nak ambil ni. huhu

seraa rose said...

tahniah dgn skali ujian dh lulus.. akak dulu 2x sbb jalan raya fail.. dapt JPJ perempuan.. dapat 10/20 utk jaln raya.. lalu jalan skolah.. wktu tu budak baru keluar kot.pengalaman btl.

Anis Ifham said...

dah dapat lesen... boleh round 1 Malaysia. hiks! ;)

Encik Skema said...

My brother pun ambik lesen kereta. Dia dapat giliran petang. Time pergi ujian jalan raya tu, JPJ tu tido. Penat agaknya. Dari pagi sampai petang buat ujian. Laluan balik baru dia jaga .


Alhamdulillah, dengar kata my bro lulus.

Hidayah Suhailee said...

ya Allah. seriously.. yaya terus jadi takut. arghhh.. takpa2. ada 6jam lagi yaya belajar memandu. ahhh. :'( seram rasanya.. huh. by the way.. tahniah !!!

Lollipop Manis said...

adehh. ni yg buat risau niiii. tak lama dah turn nak buat ujian jpj. alahhh takotttttt.

Izzati Amira said...

@Lollipop Manis

jangan nervous sangat.. cool je kat sana nanti (: all the best okay

Izzati Amira said...

@Hidayah Suhailee

takmo takut2 yaaa.. all the best (:

Aqilah Azmi said...

Ala qila tak buat lagi ni takut nyaaaaaaa hm :(((! kak zati can u share notes about rsm? Whasap qila boleh tak hehe email ke sbb i know nothing diorang lupa bagi nota pastu qila pun ingatt ingatt lupa. Takut lah nak gi class lagi ni heheehehe

Anonymous said...

Baru amik lesen smalam. Bahagian dalam lulus bahagian jalan raya gagal. Mmg allah je tahu betapa sedihnya. Masa practice kancil then tunggu giliran dapat viva. tak boleh brain dengan viva sebab tselesea.a. conclusion gagal mcm tu je.

Anonymous said...

Baru amik lesen smalam. Bahagian dalam lulus bahagian jalan raya gagal. Mmg allah je tahu betapa sedihnya. Masa practice kancil then tunggu giliran dapat viva. tak boleh brain dengan viva sebab tselesea.a. conclusion gagal mcm tu je.

Izzati Amira said...

@Anonymous

masa kelas sebelum ni tak pernah practice guna viva ke? , all the best utk ujian kedua okay

Anonymous said...

saya pun baru nak ambil lessen...24 may nanti baru ujian computer....takut juga gagal....saya ambil lessen auto...sebab takut tak boleh handle yg manual hahahahhaa

Izzati Amira said...

@Anonymous oh whyy?? ujian auto nanti lagi susah dari ujian auto tau.

act, belajar aje yg manual. Bagi saya, gagal itu bagus, pengalaman gagal akan mengajar kita utk lebih berjaya next time.

by the way, memandangkan awk da buat pilihan , all the best okay. (:

mira s. said...

kat tempat saya pon gagal.. masa latihan saya mati enjin kat trafik light gagal serta merta.