HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, January 13, 2015

Mochi Ice Cream

Assalamualaikum w.b.t

Pernah dengar tak nama Mochi Ice Cream nih? Ataupun nama lain dia Japanese rice cake. Dulu , mungkin last year lah kot.. aku ada baca satu entry , yang kat Malaysia ada jual eksrem nih. So, korang tahu tak kat mana jual? Haha. Teringin nak makan. Lupa la dia state kat mana.. ke aku salah baca? Hmmm.

 
Dalamnya inti eskrem lah gitu. Menarik perhatian kan? Aku google jugak cara-cara makanan ni buat macam mana... macam complicated je. Bahan-bahan nak buat benda ni pun macam susah nak jumpa kat supermarket je.

 

Ni rupa luaran dia lahh. Awwwww...
Siapa-siapa yang tahu , mohon share. Hehehe.

Okay bye.
 


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

22 comments:

Najib Ariyan said...

pernah makan masa kat Hatyai tapi tak tahu cemana buat atau kat mana nak dapatkan kat Malaysia... sorry

FarhanahAdzlan said...

mochi ice cream ni rasanya selalu jumpa kat pasaraya yanng frozen. tapi tak pernah makan lagi hihi

aiman mania said...

eeeeeeeeeeeee......macam best je taste dia........omgeeeeeeee.....tgok saja pon rasa sayang nak makan....comel sgt :)

Mazni Munawar said...

Mochi ni comel kan, lembut je bila gigit. Kalau dpt rasa mochi ice cream ni lagi sedap rasanya

Scdha Sein said...

Macam sedap...

nana liena said...

akak tak tahu..mochi yg ori pun tak pernah merasa lagi dik..hahaha..
mengidam sangat ya..

Lollipop Manis said...

wauuu nampak sedap. tak pernah tau pun wujud makanan comel mcm ni.

Anis Ifham said...

nampak menyelerakan.

Farah said...

Ini rupanya mochi ice cream. Housemates saya baru je makan benda ni. Tak sure pula kalau kat Malaysia ada jual dekat mana.

Najlaa 'Aqilah said...

before ni ada jual dekat midvalley namanya akachan no hoppe. sekarang dh takde. taktau pegi manaaaaa. T_T sedap gilaaaaaa

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Misaki PureBlood said...

Dango Dango Dango <3 <3 <3

banding Mochi dengan Dango I prefer dango <3

ya Allah..
terliur weyh~

nih rasa nak pi Jepun cepat-cepat nih.. ahahaha XD

nak buat sendiri.. bahan tatau XD

Aqilah Azmi said...

Omggg sumpah cantik teksture dia but sadly idk about this. Dont forget to reshare yaaa

ezyra daniel said...

wahhh mochi ais krim tak pernah dengar lagi ni..mesti sedap..kita klik 5 INTI untuk hari ni ye hehe

Encik Skema said...

pergh, sungguh menyelerakan. :3 tapi nampak macam kuih badak berendam saja, cuma tak ada dia punya kuah. hahaha .

Farrah MF said...

Cuba cari kat Tesco @ Cold Storage. Dulu2 akak pernah beli rasanya...

zarul farhana said...

first time dgr...xpernah tahu pon

zarul farhana said...

oo tesco ka.. boleh la nk try cari..nk cuba rasa

BudakVanilla said...

nampak sedap dan comel la icecream nie. hehe :D

intan Safiya said...

Haha makanan ni rasanya ada dalam drama exo next door hehe

makanmakan said...

kt penang ade.. kanemochi

Anonymous said...

Mochi ice cream
50g tepung pulut
75g icing sugar
100ml air
Sedikit cornstarch

Cara-caranya :

1. Bancuh tepung pulut bersama air . Kacau sehingga bancuhan sebati .
2. Masukkan icing sugar sedikit demi sedikit . Kacau sehingga rata. *berfungsi untuk manis dan melembutkan mochi anda :)
3. Masukkan ke dalam microwave and setkan 600 watts . Kalau takda microwave , buat double-boil atas api .
4. Dah agak2 kenyal mochi tu , tutup api.
5. Letakkan sedikit cornstarch atas dulang . Pastu letak mochi anda atas tu .
6. Letakkan cornstarch atas mochi tu . *tujuan supaya tangan and penggelek tak melekit dengan mochi ni
7. Gelekkan mochi sampai rata and tak terlalu tebal . Nipis pun jangan nipis sangat okeyy.
8. Bahagikan kepada 8 bahagian atau beberapa bahagian yang cukup la .
9. Tunggu sampai mochi sejuk .
10. Letakkan plastik wrapper dalam pinggan kecil .
11.Letakkan sebahagian mochi atas tu and letak ice cream .
Pastu tutup kulit mochi. Buat bulat2.
12. Sejukkan . Semalaman .
13. And now it's done :)

P:S - Jangan gelek mochi tebal2 sangat, nanti tak sedap . Nipis2 lagi sedap :)
Sy copy dr group resepi kat wassap.

Izzati Amira said...

@Anonymous TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. WILL SHARE LATER... thanks yaaa.