HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, January 21, 2015

Recipe : Tortilla wraps ala Nachos with salad

Assalamualaikum w.b.t

Ambek kau jah. Nak jugak nama resipi kau ala-ala mat saleh. Lantak lah kau nak , hahha. Taram je lah. Sebenarnya untuk kali ni , aku nak buat ala-ala toasted twister cam kat kfc tu tapi version diet punya lah kan. Masa dok panaskan tortilla wraps tu dalam oven , terus keras cam biskut dah wraps aku tuh. Haha. Adeh.

 
Ni rupa tortilla wraps tu.

So, disebabkan yang keras tu tak boleh digulungkan.. aku decide jadikan dia macam nachos. Olah sikit lah resipi kau tu. How??

 

Bahan-bahan ;
Tortilla wraps -  boleh dapatkannya kat mana-mana supermarket. Panaskan dalam oven selama 10 minit. Pastikan dia macam keras sedikit. Jangan tunggu sampai keras itam legam ye sayang.

Isi ( untuk isi ni terpulang kepada perut tuan badan , letak lah pape pun yang rasa tekak tu boleh telan );
Salad - dihiris halus *terpulang nak potong besar-besar pun boleh
Bawang merah
Isi ketam
Hirisan keju
Minyak zaitun - 1 sudu
Oregano
Mayonis
Sos cili - 1 @ 2 sudu besar

p/s : Nak tambah timun, tomato or pape jenis sayuran pun okay. Ayam, udang , terpulang yer. Perahan lemon...

Cara-cara.
1. Gaulkan kesemua bahan untuk isi tu dalam satu bekas.
2. Patah-patahkan tortilla wraps kepada serpihan sederhana kecil.
3. Gaulkan bahan isi dengan tortilla yang sudah patah tu ke dalam satu pinggan.
4. Siap untuk dihidang.

Rasa dia memang terbaik lah wa cakap sama lu. Memang sedap gilaaaa.


Notes : Nachos ni sejenis makanan kesukaan warga Mexico , mostly dorang letak keju sebagai main ingredient. Terpulanglah kepada lidah melayu macam kita ni nak letak ape kan. Aku letak cili kot. Konon nak rasa pedas , pastu... berasap telinga!!! Tanggung lah sendiri. Hahaha

Pics credit to google.com
Selamat mencuba.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

17 comments:

Nur Inani said...

kita buat jugak awal tahun hari tuu. memang sedaap :D

yoorin melacolea said...

kat tesco ke giant ke ada ke jual tortilla wrap ni? adehh..xperasan pulak..ke kena cari kat kedai2 arabic .. huhuhuhu.. since tengah aura nak buat bento.. memerlukan resipi2 mcm ni..huhuhuh

Puan Wawa said...

Bestnye tengok.")

Misaki PureBlood said...

pergh rajin masak.. nih jeles nih hehehe :D

cantik gambar tuh hehe :D

rasa lapar lak bila tengok XD

Misaki suka nachos :D Ya Allah terliurnya bila teringat nachos.. perghh :D

nana liena said...

resepi western ni senang sikit tau.. cincai2 ja dah jadi walaupun tk sama pung..ehehe
akak selalu panaskan dlm non stick pan ja dik..malas nak buka oven..
nanti ada peluang buat nachos la..

Aqilah Azmi said...

sedap lah T_T
ishkak niii

Farah said...

Saya selalu panaskan wrap tu atas pan. Rasanya kalau panaskan atas pan, tak keras.

Lollipop Manis said...

sedapnyaaaa. baru hari tu buat benda ni jugak. dan wraps tu pun keras ketong jugak. hahaha.

Zizie Zack said...

Lama x makan.. teringat dulu kfc ada bondeeto ke apa namanya.. tp mcm ni jugak la.. mmg feveret la..

Nurazlan Azmi said...

So mouth - watering this recepie :D nak try

Izzah Azryna said...

Hello, jenjalan sini. eh eh minat Big bang jugak ke? Hoho. The recipe looks yummy. izzahazryna.blogspot.com

Najib Ariyan said...

walau dah keras tapi gambar nampak sedap... rasa belum tahu sebab kena juri rasa dulu... errrr tapau ke sini sebungkus hahahaha

Jari Manis said...

nak sikit boleh.sbb sis JM Ni jenis malas masak2 nih

Hikayat Seorang Budak said...

Sedapnya toasted twister. Dh lama x makan. Yg nachos ni tak pernah makan. Huhu.

Hidayah Suhailee said...

ok yang ni aq rasa mcm tak boleh tahan tgk. ahhhh.. dah la selera makan meningkat. :(

Siara Elina said...

Nampak sangat sedapp laa. tapi, bahan bahan dia tuuuu.................. macam susah nak dapat kat sini --'

Eka Tikah said...

mesti cuba ni. hehe