HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, January 3, 2015

Resipi : Macaroni Goreng Kampung

 
Credit. Aku malas lah nak tangkap gambar makanan yang aku masak nih. Bukannya cantik pun , sedap je. Hoho. Lain lah kalau guna camera phone yang power-power. Ada teknik yang bagus guna DSLR tu lain ah ceghita dia. Hehe.

Assalamualaikum w.b.t

Macaroni Goreng Kampung ni aku yang cipta nama dia , tapi idea nih inspired by resipi housemate aku , Huda namanya. Hehe. Satu hari tu , kiteowang ada buat spagetti dengan kuah prego dia lah kan. Satu tin prego memang tak cukup nak cover satu beg spagetti tu , so yang baki tu si Huda ni pergi buat goreng. Bagus. Aku nih kalau dah orang tu masak sedap , aku hentam aje lah.

Balik rumah je terus aku mintak resipi kat Huda. Tapi aku gantikan spagetti kepada macaroni. So, inilah bahan-bahannya.

Bahan-bahan ;
Macaroni - tos kan dengan air panas
Ikan bilis - ditumbuk kasar
Bawang merah - dipotong dadu & ditumbuk kasar
Bawang putih - ditumbuk kasar
Ketam / Sosej *optional
Garam / Perencah rasa tumix atau pape jenama lah

Cara-cara ;

1. Goreng bahan-bahan yang ditumbuk kasar tu dengan minyak. Dah kering sedikit tu masukkan macaroni yang korang dah rendam tu ke dalam kuali. Goreng atau gaul biar rata.

2. Tak lama tu boleh masukkan sosej/ketam atau apa-apa saja bahan lain seperti udang/ayam. Masukkan garam secukup rasa ataupun perencah rasa secukupnya.

3. Siap untuk dihidang.

Simple je kan? Try lah nanti.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

10 comments:

Azwar Syuhada said...

Macaroni? Lama gila tak makan, terima kasih resepinya bolehlah cuba buat free2 nanti. hehe :)

Lollipop Manis said...

confirm balik cuti sem ni try buat! Confirmmmmmm. haha

ros_reeza said...

Best! Sesekali kita pelbagaikan jenis masakan, kan;)

Eka Tikah said...

Selalu nasi goreng kampung je kan? hehe. nice sharing. ^^

Nur Inani said...

uishh sedapnyaaa. lama tak makan :D

luna paris said...

aishh.. jadi lapar lagi tengok macaroni goreng ni.. padahal baru je lepas makan.. adei.. ahhaha

luna paris said...

oh.. rase macam dah laen layout dah... lauout newyear eh.. hhihi.. happy new year ye zati.. hope tak terlambat nk wish.. hihi =)

Encik Skema said...

nampak sedap. Baru niat nak buat makaroni goreng esok. Boleh dicuba resepi ni nampak gayanya. :D

Nik Ailya Saffaa Nik Hisham said...

Thanks for sharing :) 15 y/o me want to learn cooking. Following this simple but fantastic recipe can help me a lot ^_^

Anis Ifham said...

dah lama tak makan macaroni. yum yum.