HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, January 8, 2015

Resipi : Sos Perap Ayam untuk BBQ


Assalamualaikum w.b.t

Plan nak buat BBQ kat rumah nih dah lama bermain kat minda. Tunggu Big Boss punya rancangan nak selesaikan misi aje. Siapa big boss? Aku lahh!!! Haahah. As the eldest sister in da house , memang aku lah tok ketua nak buat program ini semua. Masak-masak lah... Jalan-jalan lah.. Tok ketua dalam adik beradik tu aku la..

Benda yang dirancang ni dah lama wujud.
"Akak rasa nak buat bbq lah"
"Bilanya??" , soalan yang sering ditanya adik-adik aku. Selagi tak buat , selagi tu lah dorang akan tanya.

"Kak, haritu kata nak buat bbq.."
"Aaah la.. lupa. Nanti kita cari bahan."
Nak buat resipi yang memerlukan bahan yang jarang ada dalam peti ais rumah ni memang susah sikit. Nak keluar rumah semata-mata nak beli bahan dengan naik motor memang tak laa aku nak pergi. Hhaha. Tapi sekarang dah ada lesen kereta kot , inshaa Allah.. mungkin akan bertambah rajin. Hhehehe.

Honestly , ni first time aku nak buat bbq nih. Kalau nak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan.. Kalau dah malas masak tu , cakap aje lah. Tak payah dalih dalih tak pandai itu ini lah. Paham? Aku mengaku aku ni malas memasak , tapi kadang-kadang lah aku malas. Hoho. Banyak pulak aku bebel. Mukadimah aku biasanya tak panjang cenggini , over pulak kali nih. Hoho.


Semua bahan-bahan aku ni tak guna sukatan sangat. Agak-agak lah nak guna banyak mana.

Bahan-bahan ;
Ayam - siap dipotong dan dibasuh sebersih-bersihnya.
Sosej

Bahan perapan ;
*Bawang merah - 2 @ 3 ulas
*Bawang putih - 6 @ 7 ulas
*Halia - sebesar ibu jari x 2
*Serai - 2 @ 3 batang
Garam & gula
Madu - 3 sudu
Sos lada hitam Life - specific sos yang aku guna ( penggunaan secukupnya , 8 @ 9 sudu )

*bahan yang harus dikisar bersama

Cara-cara ;

1. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas yang berisi ayam dan sosej. Ramas-ramas sikit ayam tu kasi rata.
2. Kemudian , tabur sedikit garam dan gula. Tambah pula, madu dan sos lada hitam Life. Nak masukkan serbuk perencah rasa sedikit pun okay.
3. Perap semalaman. Means , buat harini , besok malam dah boleh buat bbq.

#tips nak panggang ayam. Ini tips dari adik lelaki aku la , dia cakap masa nak bakar/panggang tu minyak dicampurkan dengan gula , biar ada rasa-rasa manis sikit la. Dia kan selalu pergi kem , ceh. Hahaa

#tips dan.. bagi yang tak tahu.. panggang ayam ni dengan bara api ye.. bukan dengan api semata-mata. Nanti luar ayam je yang masak , dalamnya tak masak. Mana nak tahu ayam tu masak or tak? Cucuk ah dengan garfu.

Siap untuk dihidang.
Okay sekian.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

20 comments:

Nur Inani said...

terliurr oihhh. sedapnyaa bbq lama dah tak buat :D

BudakVanilla said...

sedapnyaaa. meleleh air liur tengok ayam panggang. kalau mak sy suka guna rempah. memang sedap. bau naek. :D

Tee Xennov said...

wow.... nampak macam mengancamlah pulak. heheh :)

Sya Syahirah said...

wauu menarik nih share recipe nih! haha nnt nak bgtau makla suruh mak buat hahaha :P

Izyan said...

pergh pergh sedap ni. buat dinner mau terlentok hahaha

Scdha Sein said...

Wow... Sedap tuhhh...

Bbwana adienia said...

Bestnya buat BBQ.. Lama x buat aktiviti ni ..

Iezwa Razk said...

Wahh sedapnya bbq. Terliur tengok. Hehe Lama dah tak buat bbq dgn family.

Farah said...

Nampak sedap! Bestnya kalau dapat BBQ dekat sini.

Anis Ifham said...

baru sebulan lepas berBBQ kat pantai. hiks.

Lollipop Manis said...

bbq! dr 1st sem hari tu lagi paln nak buat bbq. tp ni dah sampai nak habis belajaq batang hidong ayam bbq pon tadok. hahaha.

Muhammad Khudri said...

terus lapar....nak bakar dengan bara tue la yang payah.. pedih mata2.. hehe

Najlaa 'Aqilah said...

wah letak madu! mesti best ni caramelized!

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Nurazlan Azmi said...

sedappp !! nak sikit *hulur pinggan*

Firzanah Azhar said...

pergh sedapnyeee. meleleh air liur! xD

Eka Tikah said...

sedapnyaaa ayam bbq. lapar ni lapar. hehe

hazirah cw said...

pergh, sedapnya... lapar lak, nak g cari makanan la, brunch ^^

Farrah MF said...

Tengok gambar menggoda jiwa ni terus buat akak plan utk bbq jugak ;)

Aqilah Azmi said...

Aduhhhh sedapnyaaaaa!!!!!!

zarul farhana said...

oo.. bagus tips..slalu guna minyak ja..xcampur gila..ok next bbq kena try..baru ja kepas bbq ngan family..dh plan nk bbq lagi nnt hehheeh