HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, January 8, 2015

Stars Archery , Mahkota Parade

Assalamualaikum w.b.t

Last week , aku outing dengan ex-schoolmate aku. Dah lama tak jumpa , so lepak ah sama-sama. Dalam satu kelas tu , yang dapat join hanyalah 6 orang termasuk aku. Yang lain..... busy macam biasa. Hahaha. Aku pun kadang-kadang tak join jugak.. wehehee. Okay takpe.

So, bila dah plan nak jenjalan Melaka nih , nak pergi mana lagi kan kalau bukan lepak kat Bandar Hilir. So, untuk mengelakkan 'kesumbatan' kat sana , aku pun google ahh ape je yang ada dekat MP & DP nih. So.. aku pun terjumpa benda alah ni.. Stars Archery. Tak tahu menahu pulak sebelum ni benda ni ada kat sana , selalu lepak MC je dengan femly.

Game pun murah. Aku pun ajak la dorang main sama. Ada yang pernah main , macam aku memang tak pernah main lagi. Kiteowang pun try ah sukan sunnah ni. Hehehe.

http://nineteencapri.blogspot.com 

Mahkota Parade , level paling atas sekali. Berdekatan dengan panggung wayang. Naik je escalator tu , terus belok kanan ye.

Harga untuk student macam aku nih , patutnya 15 batang anak panah , harga RM15. Tapi , sebab aku ada kawan sorang lagi , so kiteowang amek pakej yang dua orang punya , 30 batang , RM27.

Lepas dah bayar tu, pergi kaunter sebelah dia pulak , aku ingat terus main aje. Rupanya nanti dia beri benda yang macam sarung tangan untuk lindung 3 jari korang & satu lagi untuk disarungkan dekat lengan korang. Sorry lah der , i ols tak tangkap gambar benda alah tu. Segan lah... asyik diperhatikan je. I ols tahu malu jugak. Huihui.

http://nineteencapri.blogspot.com 

Yang beginner macam aku ni jangan risau tak reti main or tak reti guna ke ape ke. Nanti pekerja kat sana beri tunjuk ajar macam mana  nak main. Overall , memang banyak yang tak kena sasaran lah. Nak tarik tu memang kena kuat ah supaya sasaran yang kau sasar tu tepat.

Tak silap aku , sekali je anak panah aku tembak bulatan tengah , yang kaler kuning kot tak silap aku. Kawan aku lagi best , pergi panahnya dinding kaler putih tu. Whoaaaa tajam sangat sasaran dia.. hahahahahaha.

Yang sorang lagi , yang pro tu. Zup! Zup! je anak panah dia.. dah biasa main lah katekan. Ceit. Hahaha. So far , harga pun affordable & relevant lah kan. Boleh main lagi... heheheh.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

15 comments:

Nur Inani said...

wohaaa. seronoknyaa. nani tak pernah main memanah ni. kesiann kann :(

Muhammad Khudri said...

klu bukan student kene berapa pulak?
murah gak la rm15 untuk 15 anak panah...
memanah pon salah satu sunnah kan..

Izzati Amira said...

@Muhammad Khudri

semua sama je.. takde harga student pun. hahah

Encik Skema said...

woo,, memanah . Memanah ni tak silap ada teknik tertentu bagi tepat dan kurang penggunaan tenaga. Masa tu tengok dalam rancangan Salam Muslim.

Tapi hati-hati main memanah, takut terpanah hati orang jer. Susah karang. :3 Hahaha

Mazni Munawar said...

Bestnya! tak penah try memanah lgi. Teringin sgt nak cuba :(

anis Sk said...

Bestnya memanah , teringin nyaaa nak main

Maria Hasun said...

sala dear, singgah sini baca blog klik klik :)

Sabrina SA said...

nampak macam best je kak zati.. ina belum try lagi hehe.. takut je tak larat nak tarik benda tu, sebab kena tarik kuat2 supaya tak tersasar kan? ina ni dah lah lembik :3

Nurazlan Azmi said...

dah lama teringin nak memanah ni T^T

Muhammad Shahril said...

singgah sini ye sambil follow sambil klik mercy ! singgah la blog shahril pulak .

Scdha Sein said...

Sekali sekala main mende ni boleh ilang jugak stress.. Tapi stress nak focus panah laaa pulak.. He He He...

Izzati Amira said...

@Scdha Sein

aah betul jugak tu.. stress nak focus anak panah.. hahah

Anis Ifham said...

wah. seronoknyaaa. tak pernah main pun benda ni. T_T

Aqilah Azmi said...

wah wah boleh lah nak gi dgn kengkawan hehe never knew bout this hikhok thanks kak zatiiii

amila daud said...

Nak try buat lah...macam sedap je hihihi
Terliuh air liur.hahhahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜ƒ❤