HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, February 22, 2015

Bila hidup dikelilingi dengan orang pandai dan kuat berusaha

http://my.shareddis.com/p/9Awbw

Assalamualaikum w.b.t

Wow! Panjang tajuknya.. kan??
Aku ni dari dulu sedar diri yang diri ini takdelah pandai mana. Nak pandai , belajar dan usaha sendiri. Cari peluang macam mana nak pandaikan diri.

Salah satu tips untuk orang macam kita yang suam-suam kuku ni ( dalam pelajaran ) , bergaul lah dengan orang-orang yang pandai. Sedangkan nak jadi orang baik-baik pun kita kena bergaul dengan orang yang baik-baik kan? Apetah lagi nak jadi pandai..

Your environment makes you , who you want to be.

Aku bukanlah lahir ke dunia ini terus genius bagai , so.. nak majukan diri supaya berjaya dalam pelajaran.. Salah satunya , bergaul dengan orang atau kawan-kawan yang pandai. Aku memang suka kawan dengan orang pandai ni , 'harapnya dorang suka lah kawan dengan aku yang tak berapa nak bengap nih' hehe. Pergaulan itu penting , bagi aku laaa..

So, pandai-pandai lah korang semua cari kawan eh. Tapi, aku tak menolak jugak yang jenis suka belajar sendiri ni. Ikut orang tu lah nak macam mana kan , ikut keselesaan diri sendiri.

http://my.shareddis.com/p/9Awbw

Alhamdulillah , aku serumah dengan kawan-kawan yang memang top dari segi pencapaian akademik dan usaha dorang tu memang tip top. Walaupun ada yang tak seberapa , tapi bila aku tengok effort dorang yang bersungguh-sungguh tu , aku rasa tercabar. Terima kasih korang , atas psikologi yang korang mainkan kat rumah kita , aku pun terikut sama. Heheh.

Entry ini nak melahirkan rasa terima kasih je. Kawan-kawan aku tu baca ke? Harapnya tidakk laaa...
Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

17 comments:

Nur Inani said...

kann bila duduk dengan org yang rajin ni kita pun akan ke arah ituu ^^

Jari Manis said...

yezza...betul lah tu kalau nak wangi duduk sebelah penjual minyak wangi :-)

Niena Reen said...

Usaha memang penting dalam mencapai kejayaan. Kalau malas manjang memang tak menjadi. Penyakit malas memang penyakit yang paling susah nak lawan. Hehehe.. Betul tu kak, lagi satu kenalah tanya2 dan kawan2 dengan orang2 yang pandai ni. Barulah kita pon boleh jadi cemerlang. InsyaAllah...

Zuhaira Nasrin said...

salah satu tips nak pandai,macam tu lah..hehe :D

Mialia said...

saya pon slalu minta tolong close friend untuk ajar saya add math. sbb sy mmg buta add math,,

kalau sy bkn close friend dia mungkin dah kena lempang kot sbb byk sangat tnye soalan lepas tu lambat gila nak faham xD

Kakak Tiri Cinderella said...

Rasa tercabar secara positif boleh membawa kita ke arah yang lebih baik, in shaa Allah =)

Mazni Munawar said...

saya pun ade kawan yg pandai gak. rasa mcm rendah diri bila berkawan ngan diorang tpi nasib baik diorng tak sombong. bila kawan dgn org2 pandai ni automatik kita pun rasa nak jadi mcm diorang :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

Syukur dikelilingi org sebegitu. Skurgnya dpt aura skali. Hehe

Miss Xyz said...

kawan yg pandai2 ni bagus tp kdg2 rasa tertekan ahaha

Dunia Zumal said...

Sebab tu kita kena betul2 memilih kawan yer. Tersalah pilih kita pun tersasar sama...

Mohd Syarizwan said...

memang betul, kawan dan sekeliling itu memainkan peranan yg penting dlm menetukan hidup kita.. insyaAllah, semoga sentiasa dikurniakan kawan2 yg baik dan kuat berusaha..

Zierwa Zainal said...

betul.. zz pun sama..
kena duduk dlm klngan org yg rajin usaha, baru kita bersungguh nak usaha..
teringat zz akan kwn zz yg mmg superb bab usaha ni kalah zz, Allah balas sem akhir dia dpt 4.0 flat. hasil dia berusaha keras..

Encik Skema said...

terasa sungguh dengan entri ni. :3 Hahahaha. Bak kata pepatah, berkawan dengan penjual minyak wangi, mendapat bau wanginya, berkawan dengan si tukang besi, akan mendapat bau bara apinya. :D

Tapi, kekadang, rasa macam tak layak sahaja yang berdampingan dengan orang pandai. Tu belum kira lagi, orang yang pandai jenis memilih dan orang mengata kita nak mengambil kesempatan. -_-

Najib Ariyan said...

betul juga tu... berkawan dengan kucing akan jadikan kita kucing, berkawan dengan harimau akan jadi kan kita harimau

farhanafarid14 said...

Yep, clearly friends boleh mempengaruhi attitude kita. Been there and done that too. Alhamdulillah berkat effort memasing☺️

Sya Syahirah said...

betul tu, kalau kawan rapat kita jenis pandai, suka belajar, then kita akan terasa sedih bila kita tak belajar so kita akan mula ikut dorang! saya penah alami! haha XD

Anis Ifham said...

Betul tu, nak pandai kena berkawan dengan orang yang pandai. Tapi.. kalau nak jadi kurus.. kena berkawan dengan orang yang kurus atau yang badan chubby? Hiks! :P