HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, February 17, 2015

Long way to go



Assalamualaikum w.b.t

Sabtu baru-baru ni , aku dah plan dengan sorang kawan aku ni , "Kita balik sama-sama lah."

Sebab dua tiga hari selepasnya , masing-masing ade test speaking Muet di tempat masing-masing. Okay kita lupakan hal tu. Kita masuk cerita macam mana dua orang budak ni boleh kenal dan apa diaorang buat sepanjang hari tu.

Masing-masing kenal dekat Lendu , kami classmates. Aku Tun Hamzah , dia duduk Tun Ali. Aku kawan je dengan semua orang , tapi masa awal perkenalan tu aku rapat dengan yang sorang ni. Selalu pergi and balik dari kelas sama-sama lah citer dia. Classmates yang rapat lah masa tu. Sampai orang cakap , kami kembar walaupun saiznya ternyata berbeza. Cuma suratan dan kebetulan , kami selalu pakai baju , warna dan coraknya sama.


Rasanya memang macam tu la , bila kita dah kenal lama dengan orang tu , rapat dengan orang tu , tanpa kita rancang , kita mesti akan pakai baju atau warna baju yang sama. Sweet kan?

So, bila dah naik part 2 kami rapat biasa-biasa je , sebab aku dah ada classmates lain yang jadi roommates aku. Jadinya aku memang lebih rapat dengan roommates a.k.a classmates lah kan. Dipendekkan cerita , Sabtu lepas kami balik sama-sama... naik tren (KTM) , ETS... bas.. all the time tu kami boraakkkkk je. Hahahah.


Memang tak diam lah sepanjang perjalanan tu , nampak sangat dah lama tak borak panjang and tak lepak sama. Kahkahhh. Dalam KTM borak ajee ( no gadget whatsoever ) , tak ade awkward moment bagai. Boleh je hidup tanpa mengadap gadget.

Dalam train... senyap.. kami je yang keep on borak..
Dalam ETS... ade je yang borak-borak.. tapi kami terus borak dan borak..
Dalam bas... sunyi... we keep on share our storiesssss...!!! Hahaha

Aku share story , dia share story. Deep relationship. Ni baru namanya lepak. Bukannya bila kita ajak dorang lepak , ajak makan.. masing-masing hadap gadget. Media sosial bagai. Tak salah sekali sekala kita luangkan masa dengan kawan, borak lah ape nak borak sekalipun. Terima kasih kawan. Appreciate that.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

12 comments:

Siara Elina said...

Gudluck MUET.

Trully. Saya pun selalu jugak TERsama warna baju atau tudung dengan my bestfriends. Terus kembang idung. Hikhikhik =D

Ya, sekarang nie kalau lepak mesti ada jer yang hadap gadget. Yang gadget tak canggih macam kita nie telah air liur je laa --' Tak kena layan.

Nur Inani said...

kalau 24 jam hadap gadjet bosan jugak ^^

namy said...

cakap pasal sama baju, kawan baik saya si encik sotong pernah kata, baju kurung merah kotak2 saya, sama mcam lapik meja!

huhu sedih kite taww shahrizan!

Izzati Amira said...

@namy

hahhahaa.

Hidayah Suhailee said...

haha.. really.. tu baru la lepak!! :)

Najib Ariyan said...

rosak relationship zaman sekarang sebab gadget kan... betul tu... saya setuju

Jari Manis said...

ahahaa...borak je ye sepanjang dalam public transport tu..kiranya ni baru ada keserasian roh..ada je cerita nk di kongsi baru x sunyi...kalau x serasi sorang cakap sepatah sorang lagi jawab sepatah je x best!

Izzati Amira said...

@Najib Ariyan

terima kasih kerana setuju! heheh

Izzati Amira said...

@Jari Manis

kan..kan.. ape guna lepak kalau memasing hadap gadget.. get a life lahhh!! hehehe

nabella said...

haaai zati .lama tak singgah hehe
ehh kita pon kan kalojumpa kawan mana boleh senyappp haha

Encik Skema said...

hahhaha. Tu lah pasal, sekarang ni,, kalau ajak buat apa apa , memasing hadap phone. Nasib badan sebab phone cikai T_T .

Niena Reen said...

Itulah, kalau asyik hadap gadget je pon apa guna berjumpa kan. Kadang2 kawan saya pun gitu jugak. Bila saya bercakap atau tanya apa2 boleh pula dia tak dengar lepastu tanya balik 'hah apa dia?'. Sakit hati betul Huhu..