HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, February 8, 2015

My January Playlist #2015

Assalamualaikum w.b.t

Lambat pulak nak post pasal ni. Sorry yer u olss.



Mad Clown ft Jinsil - Fire.

 

Faktor aku nak dengar lagu ni sebab Mad Clown ah citer dia. Pulak masa tu EXID’s Hani tengah naik nama dia.. so aku pun layan la MV dia. Memang best lagu dia. Suara Jinsil memang unik habis , tak caya korang boleh try dengar lagu Fire dia nih. Music video pun syok gilaa , maksud aku Hani memang lawa dalam video tersebut..ahhahah. Mad Clown pun buat style rambut yang pelbagai. Handsome jugaklaahh.

Suara Jinsil ( seorang penyanyi wanita ) , memang unik habis. Rasa addict nak dengar suara Jinsil tu lagi dan lagi.. The best part bila Jinsil nyanyi.. "Lalalala..lalalala..." , bayangkan lah even la la la pun sedap. Hahah.

Berdasarkan lirik lagu dia , aku rasa si lelaki ni cuba melepaskan diri dari si perempuan , tapi si perempuan tak boleh nak lepaskan si lelaki , bukan sebab cinta dan bukan juga sebab benci. In between lah gituu.


Link : Music Video feat Hani (EXID) ǀ Live performance with Jinsil ǀ  Lyrics


Mojo & Caliph Busker - Romancinta.

 
Minat lagu ni lepas tengok AJL29 haritu. Hahah. Actually , niat aku memang tak nak tengok pun AJL29 ni.. tapi end up tengok jugak.. heheh. Tak tahu nak buat ape dah malam tu.. So, kami serumah tengok jugak lah AJL29 nih.

Masing-masing menjadi juri tak bertauliah.. Hakhak. Tiba je persembahan dari Mojo , kiteowang pun relax-relax je lah layan tv. Mula-mula nampak bayang-bayang abang sado (vokalis). Lepas bayang hitam berlalu, lampu mula memancarkan cahaya nya ke arah vokalis/penyanyi.. perghhhh.... Perasaan tersentuh tu datang tak pergi pergi.. hehehe. Semua pot pet pot pet , apa yang Edry cuba buat nih. Hoho. Habis je persembahan dorang , aku terus cakap , “Konfem menang persembahan terbaik nih!”.

Yela kan.. semua yang ambil tahu pasal Mojo ni konfem tahu yang Aweera dah tarik diri dari group Mojo kan.. Pengganti yang kiteowang tengok kat Melodi rasanya macam orang lain. Tiba-tiba , malam AJL tu muncul pulak orang lain. Sedap tau Caliph Busker nih nyanyi. Awwww..

Besoknya.. pergi kelas.. semua nyanyi lagu Romancinta & Apa Khabar tu. Hahaha. Basuh pinggan pun nyanyi lagu Romancinta. Hahaah.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

8 comments:

Siara Elina said...

Saya pun selalu layan lagu Romancinta tuuuuu Hehehehehe

Nur Inani said...

amboii romancinta pun layann ^^

Farah said...

Dua dua tak pernah dengar lagi.

aRz MoHa said...

baru semalam majalah 3 cerita mengenai caliph busker

aRz MoHa said...

mereka diberi kelebihan disebalik kekurangan

Anis Ifham said...

tak pernah dengar kedua-dua lagu. hiks.

Jari Manis said...

selepas anugerah lagu tu baru kenal siapa caliph busker ni

Nur Farahuda said...

mantap memang diorang nyanyi. Biarpun AJL dah lama berlalu tapi still dengar dan tengok persembahan diorang dekat utube, hehe...