HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, February 19, 2015

Proses pengambilan lesen kereta (P)




Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak share cerita bagaimana berlakunya proses pengambilan lesen kereta bagi lepasan SPM dan ke atas ini ATAU kat sesapa yang baru nak amek lesen lahhh. Aku nak terangkan benda yang simple-simple je.. harap tak pening lah ye.

Cara nak daftar lesen kereta
Pertama sekali , korang kena buat survey dulu harga untuk ambil lesen kereta berapakah harga dia. Kalau ada tiga buah sekolah memandu yang berkaitan , pandai-pandailah korang cari mana harga yang korang mampu bayar ye. Jika ada satu pilihan je , tak payah banyak soal... terus daftar je. Senang! Lain negeri , lain harganya... lain sekolah.. tak pastilah pulak harganya berapa. Please dont ask me that kind of question.

Lepas daftar tu , tanyalah kerani yang bertugas disitu mengenai proses pembayaran pendahuluan bagai or whatsoever lah benda yang korang nak tahu.

Kelas 6 jam
Kurang or lebih dari seminggu korang akan dimaklumkan mengenai kelas 6 jam ni. Ceramah yang harus korang dengar la. Orang-orang cakap , selalunya kelas cenggini bosan sebab nak kena tadah telinga selama 6 jam. Tapi bagi aku , aku dengar aje dari awal sampai habis. Orang yang bagi ceramah ni bukan saja-saja nak membebel kat depan tu. Ada jugak ilmu penting yang dorang nak sampaikan.

Sebelum or selepas ceramah 6 jam ni ( lupa ah ) , anda akan ambil ujian untuk test sama ada korang semua ni rabun warna or tak. Total soalan 23 , salah SATU je, terus anda tak layak untuk ambil ujian berkomputer. Kalau dah rabun warna tu, mengakulah awal-awal ye. Jangan susahkan orang. Eh!

Ujian berkomputer
Macam yang aku cakap.. lain sekolah memandu.. lain cara pengurusannya. Untuk ujian berkomputer kat sekolah aku dulu, ianya diadakan hari Rabu, Khamis dan Jumaat ( rasanyalahhh... ). Aku ambil ujian hari Rabu. Total soalan semuanya 50 soalan , markah lulus ialah 42.

Masa aku nak ambil ujian haritu , kena bayar RM10 sebab nanti dorang akan tangkap gambar korang nak simpan dalam sistem (agaknyaa lahh.. )

Bagi aku , kalau tak baca buku langsung ( just jawab soalan ikut general knowledge or logic thinking je ) , possibility untuk “pass” tu mustahil lahh. Sebab, ada banyak soalan yang korang boleh konpius and tak tahu nak jawab. So, saranan aku , baca lah buku and target lulus untuk dapat 50. Inshaa Allah , memang korang akan pass lahh. Hehe.

Lesen L
Lebih kurang dalam masa seminggu korang akan dapat Lesen L... yeayyyy... Lesen L ni kiranya korang dah boleh belajar bawak kereta dengan pengawasan jurulatih berdaftar.

10 jam masa belajar memandu
Masa yang diberi untuk korang belajar memandu sebelum diuji oleh pihak JPJ ialah 10 jam. Takdelah 10 jam tu harus dihabiskan dalam masa satu hari. Sikit demi sikit laa.. Bergantung pada availability jadual jurulatih/cikgu korang. Nak tahu lebih lanjut , masa ni boleh tanya kerani ataupun jurulatih korang.

Pra-test
Bagi aku , cukup je 8 jam masa belajar memandu korang , seeloknya ambil lah ujian pra-test. Ujian pra-test ni korang akan diuji oleh salah seorang jurulatih lain kat sekolah memandu tu. Dia akan uji korang sama ada, korang ni layak atau tak untuk diuji oleh pihak JPJ. Do your best okayy.

Sebelum masuk ujian JPJ , Lesen L anda mestilah melepasi tempoh matang SEBULAN.

Lepas lulus ujian pra-test , baki lagi dua jam tu seeloknya buat sehari sebelum tarikh korang nak jalani ujian dari pihak JPJ , nak elak.. lupa ingat lupa ingat or nervous waktu ujian nanti. Hehehe.

Ujian JPJ.
Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba , ekeke. Waktu macam ni , korang digalakkan baca ayat kursi banyak-banyak mintak supaya hati penguji yang uji korang nanti dilembutkan dan korang pun tak nervous bila penguji duduk sebelah korang nanti.

Yang penting, korang jangan nervous 100%... 5% okay lah kot. Tapi jangan biar sikap nervous tu cuba menguasai diri korang. Ikut peraturan , baca balik peraturan-peraturan yang boleh membuatkan markah anda ditolak. Dan elakkan perkara-perkara yang boleh membuatkan markah anda ditolak.

Semoga berjaya.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

18 comments:

Dunia Zumal said...

Bagi zumal masa test jpj tu la paling menakutkan... Garang sangat pegawai jpj nie ^-^

Nor Azimah said...

Assalam Zati, acik balas singgah kat sini, selamat berkenalan..:)

Mazni Munawar said...

saya belum amek lesen lagi. rasa cuak pun ade bila baca entry ni. thanks for sharing! ^^

Nabihah said...

Terima kasih untuk perkongsian entri ini kak izzati amira :-)

Miss Xyz said...

Akak lulus test jpj sekali je ke??

Nur Farahuda said...

kelas 6 jam yang tak menahan tu, haha =)

Aqilah Azmi said...

kyaaa~~
thanks for this precious entry T_T

Tyka Syazawani said...

Goodluck. Syukurlah, my mom tak pernah bagi sy ambik lesen lepas kami pernah accident teruk dulu. dah kumpul duit cukup2x, tapi tetap tak bagi. Sedihnyaaa :( haha

Izzati Amira said...

@Miss Xyz

Alhamdulillah , akak lulus sekali je. hihi

Izzati Amira said...

@Nur Farahuda

inshaa Allah boleh. 6 jam je pun, bukan 6 hari. hehe

Izzati Amira said...

@Tyka Syazawani

alaaa.. kesiannya.. mungkin trauma tu masih menghantui. Mak mana tak sayang anak-anak dia kan.. (:

Kakak Tiri Cinderella said...

Lesen moto dah. Lesen keta.. Hurm.. Suatu hari nanti kot. Btw, thanks sharing =D =D =D Berguna nie untuk masa depan. In shaa Allah =D

Jari Manis said...

berapa perlu bayar utk depat lesen ni Zati..sis JM dgr almost 1K++ betul ke

Anis Ifham said...

test pegawai JPJ paling seram. hahaha xD

radin mursyida said...

Kalau result test jpj hilang boleh tak kita buat lesen

Izzati Amira said...

@radin mursyida hmmm macam mna boleh hilang tu... cuba tanya pihak kelas memandu tu. saya xtahu la. saya cuma share pengalaman saya je. tak pernah dengar lagi ada result hilang. sorry

Anonymous said...

saya sudah ade lesen P , tapi sudah tamat tempoh 2 tahun lepas .. boleh ke saya smbung untuk dptkan lesen penuh ?
harap bagi pendapat ..

Izzati Amira said...

@Anonymous
saya rasa boleh kot. renew aje lesen tu. tapi untuk lebih konfem awak kene tanya sekolah memandu tu atau tempat yang boleh renew lesen. saya lesen P pun tak habes lagi..heheh