HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, April 1, 2015

My first kind of..... GST things

Assalamualaikum w.b.t

How's your day?

Cerita alkisah aku untuk hari ini.. Aku dengan classmates yang lain ambil ujian UBS by Sage UBS Accounting ( Sage University ) , tapi buat ujian dalam makmal aje la (fully support by UiTM). Semalam kiteowang belajar dengan Miss Wati , hari ni terus ambil test. Tak nak tangguh dah, lepas ni nak fokus kat lagi 3 paper (final dah weyyyy).

Hari ni 1st of April kan? GST ( Goods and Services Tax ) sudah pun dilaksanakan di Malaysia. Sebelum ni kecoh macam-macam lah kan. Bagi aku, semua benda ada baik buruknya (playing safe di sini ). Tadi aku pergi pejabat pos nak beli sampul Pos Ekspres , aku dimaklumkan kerani kat situ bahawa pembelian sampul ni dikenakan GST (setiap satu). "Oh kayy... Patutnya saya beli semalam la kan..hehehe..".

So, as a consumer, you should know GST terms ni apply atau tak dalam sesuatu transaksi pembelian korang. Aku pun tanya la..

"So, harga sekarang dia berapa erk?"
"Dulu harga RM4.50... harga GST 6% , seringgit lebih rasanya...."
Dalam hati aku... 'Eh.. takkan la seringgit lebih.. it should be less than that...', dia pun masih terkial-kial lagi dengan sistem GST ni. Tapi takpe, aku maafkan.

Cik tu tanya aku nak resit or tak, ofcourse lah aku nak. Gedebuk gedebak , total transaksi aku


RM13.50 (tak termasuk GST 6%).
Jumlah yang perlu dibayar ; RM14.31 ( GST 6% X RM13.50 = RM0.81)

Pastikan kat atas resit tu dia ada tulis no.ID GST Registration. Korang boleh semak dekat homepage GST (GST Customs).

Fhewwwww sikit la. Sebelum korang judge apa-apa , cari maklumat pasal GST ni dulu okay. Ulang kaji dulu sebelum berkata apa-apa. Kalau terjumpa mana-mana peniaga yang cuba 'kencing' pengguna , buat aduan okay.

Goods and Services Tax should be 6% from now on. Dah tak ada pengasingan cukai yang dikenakan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Dulu, government tax dengan services charge dikenakan ke atas pengguna secara berasingan , tapi lepas wujudnya GST ni , semua pengguna dikenakan satu cukai sahaja je. Nak lebih paham lagi, boleh beli dan baca buku mengenai GST ataupun layari laman web ni GST Customs.


Pastikan setiap pembelian ada resit bukti pembelian. Kat situ boleh lah selidik berapa RM yang dikenakan kat kita (pengguna).

"Marah dengan GST? Mengeluh dengan GST? Berbulu dengan Najib? Bangun dan berusahalah memajukan diri. Pintu rezeki Allah teramat luas. Amarah dan keluhan korang tak kan mengubah apa-apa. Sama ada korang hidup berjuang atau mati mengalah"- @atokdean (instagram).

Ketahuilah hak pengguna anda.

Korang pulak bagaimana? Dah mula bertransaksi dengan perkhidmatan atau barangan yang mempunyai GST?

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

7 comments:

Inani Hazwani said...

since dah start gst tak penah pulak membeli barang lagi. hihi

Mazni Munawar said...

haritu singgah beli barang kat pasaraya, dah kena gst gak.. harga barang pun makin naik. sedih camni... :(

mardiana abu darin said...

Dah mula dgn gst...nak-nak akk yg dah beranak pinak ni. Semua ada gst. What to do dear? Life is must on.

MRS FARISH said...

Suka atau pon tak tetap kena hadap gst jugak. Xlari gunung dikejar. huhu

Dalila Samsudin said...

start gst ni hanya sempat beli gula2 mentos dengan roti ja hahahaha pun naik harga xD

Siti Yang Menaip said...

hakhak.. welcome to world of GST.. p mana2 pakat tekan calculator lepas ni..

Amy J said...

saya x ingatlah barang GST yang pertama saya beli. hahaha