HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, April 23, 2015

Self made : Kimbap Mudah Cara Kita

Assalamualaikum w.b.t

Disebabkan haritu aku teringin sangat nak makan kimbap. So...kita buat sendiri aje lahh. Bahan-bahan nak buat kimbap nih memang mudah yang amat! Memang kalau korang guna resipi aku yang mudah ni, takpayah nak pening-pening kepala kalau cari bahann itu ini tak cukup. Kita pakai aje apa yang ada.

Ni resipi mudah nak buat Kimbap Cara Kita. Hehehe

Kalau guna kamera iphone , mesti rupa Kimbap aku lagi menawan.

Bahan-bahan :

Nasi putih ( guna beras tempatan Malaysia pun boleh, toksah guna hok jepung or korea punya pun okay)
Minyak zaitun
Perencah rasa Knorr @ Maggi
*Telur dadar goreng
*Timun
*Isi ketam
*Sosej
*Lobak Merah
Seaweed ( wajib ada lah kalau nak buat kimbap kan. Boleh cari kat mana-mana pasaraya berdekatan , tak semestinya perisa original , perisa lain pun boleh cuba. Padahal haritu aku tersalah beli perisa tomyam, nasib baik sedap!! Hahahah )

*potong memanjang dan halus

Gambar google.

Cara-cara :

1. Pertama sekali, amek nasi putih dalam periuk nasi dicampurkan dengan dua sudu minyak zaitun dan perencah rasa secukup rasa. Kenapa aku guna minyak zaitun? Untuk dapatkan tekstur yang tak melekit. Aku guna aje asalkan ia makanan yang sihat. Miahahaha.

Gambar google.


2. Ambil sekeping seaweed, pastu amek beberapa genggam kecil nasi putih dan seratakan pada atas seaweed.

3. Kemudian, ambil telur, isi ketam, sosej, timun dan lobak merah, susun cantik-cantik kat hujung seaweed tu. Pastu, gulung kimbap tu macam nak buat roti gulung. Asalkan korang gulung, jangan lipat and ngap terus sudah.

Gambar google.

4. Sejukkan seketika dalam peti ais. Bila nak makan, baru potong. Jangan potong halus-halus sebab seaweed tu tak kuat (awaa saia taa kuatt) , maksud aku dia mudah lerai. Potong tu biar lebar sikit. Cantik-cantik potongnya tau.

Gambar google.

Actually, bahan-bahan untuk isi selain nasi tu, Boleh je letak pape yang korang suka makan , ade yang tak suka makan sayur, letak la pape isi selain sayur okay. Tapi, kalau nak feeling betul-betul macam kimbap , haaa.. macam tu lah kekdahnyaa.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

24 comments:

Farah said...

Dah lama tak buat kimbap sendiri :D

Puan Wawa said...

Waa, senng je.. Best tak?

Wanie Masduki said...

sedapnya..teringin nak buat sendiri tapi tak pernah terbuat..

Puteri Wanita said...

suka makan.. tapi beli aje. tak pernah jumpa kedai jual seaweed tu :p

Princess Comey said...

wah.. semudah abc.. tp kn.. resepi kimchi ade tak?? hehehehehe~

Najlaa 'Aqilah said...

nice la tu. susah okay nak buat kimbab. nampak je senang huhu

Rina Pretty Healthy said...

comel je kimbab tu... cuma bahan dia je. kene sopan santun dan sabar..hihihi nak gulung2..

orang cermat n sopan ley la...baru kimbab tu cantik macam tuan punya blog =)

Eyra Saha said...

salam.. saya blog walking hari ni.. follow sekali hehe..
lau blogwalking t meyh la singgah
eyrasaha.blogspot.com..
salam blogger :D

ezyra daniel said...

rajin nye la buat sendiri.. kimbap ni macam sushi je rasanye...tp nape la dorang ni bagi nama banyak sangat hahaha

Mime MF said...

tgk gmbr pun dh terliur..yumm!

Mazni Munawar said...

baru tau nak buat kimbap ni takyah pakai cuka pun takpe. sbb tgk org buat sushi dia pakai cuka supaya nasi tu melekat. thanks! nampak senang je :D

Izzati Amira said...

@Princess Comey

kita tak makan kimchi. so tak reti buat kimchi.. heheh

Izzati Amira said...

@Rina Pretty Healthy

hahahha ayat last tu.. hahhaha

aisyah ambris said...

Lapaq d tgh mlm..huhu

fifie feyca said...

wah.. jelez nye.. pandai dia buat sndri... T___T comey plak tu.. nk jgk..

mrhanafi said...

wow pandainya buat..mesti sedapkan

Awaza Ns said...

Sedapnya..

awaza said...

Sedapnya..terasa nak makan pulak..hehe

Eka Tikah said...

wah sedapnyeeeeee. puas bila kite buat sendiri. hehe. nak try la nnt ^^

Sally Samsaiman said...

tu lebih kepada sushi snrnya...sbbkalau gimbap dia byk benda lagi...nak letak radish tu, bayam lg..huhuhu...leceh sikit buat gimbap dr buat sushi

Izzati Amira said...

@Sally Samsaiman

heheh. sebab kita tak makan radish ngan bayam... hahaha

Nurmadihah Mardhiah said...

menarikkk. btw, tang saiaa taa kuad tu win. hahahaa. kelakar

Gatoloco Mbelgedes said...

Hemm...makanan yang terlihat enak. Sehat dan lezat.

Ms. Kejupenyet said...

dah lama teringin nak makan nie... insyaAllah nnt try buat