HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, May 7, 2015

Apa benda Diploma in Accounting Information System ( DAIS ) ni?

Klik sini jom : 1 , 2 , 3

Assalamualaikum w.b.t

Yup. Today im gonna share you something. Diploma in Accounting Information System ataupun dengan kata mudahnya DA-IS ( da-es ) @ Diploma Sistem Maklumat Perakaunan. Apakah?

Intro pengalaman aku sikit.
Ini merupakan kos yang aku dapat masa aku apply permohonan UPU 3 tahun lepas. Pilihan yang ke-5. Apa yang aku perasan , budak yang ambil kos pure science or yang takde basic account langsung, mostly akan dapat kos DIA ( jika dia ada memohon kos tersebut). Bagi budak yang dah ada basic account macam aku ni , akan dapat kos DAIS. Berdasarkan environment batch aku laa.. cuma ada empat lima orang je yang takde basic , tapi dapat kos Dais ni. Pendapat aku sahaja ye.

Ofcourse lah Diploma in Accounting ( DIA ) adalah pilihan utama kan? Tapi aku letak as pilihan no.2 haritu. Hehee.. Adalah sebabnyaa , tak kuasa pulak nak citer benda yang takde kaitan dengan tajuk hari ini. Peace.

Alhamdulillah , walaupun tak dapek kos DIA , dapat DAIS nih dah kira bersyukur sangat dah. Impian aku memang dari kecik nak masuk UiTM je ( padahal aku tak pernah didedahkan dan tak ambil tahu pun pasal universiti lain , yang aku tau , yuran pengajian lebih sikit dari uitm , sangat tipikal! ) . Tapi sekarang ni aku berpegang pada #UiTMdihatiku .

Apa yang terfikir dalam kepala benak otak aku saat menerima tawaran kos ini?
Well, kalau dah nama akaun tentu lah belajar fasal akaun kan. Tapi ada jugak kos yang tak berkaitan akaun kena belajar akaun , tapi yang basic ajelah.. untuk non-accounting student gituuuuww. Macam mana pulak dengan sistem? Bila dengar aje nama 'sistem maklumat' , aku assume , mesti belajar guna komputer nih.. buat coding bagai apa semua. Mesti best gilaaaaaa...

Hakikat? 
Hakikatnya??? Harus lah dialami sendiri , tapi kalau nak jugak tahu apa yang aku rasa , boleh emel directly. Read my bio on your left side. Hahaa, but please, if you are already have an interest with this course, just go for it. Dont mind others.

Untuk pengetahuan.
Untuk pengetahuan korang , dahulunya kos DAIS ni diperkenalkan pada tahun 2004 di tiga cawangan uitm kat Malaysia nih seperti Uitm Melaka ( Lendu a.k.a Alor Gajah ) , Uitm Terengganu ( Dungun ) dan juga Uitm Perlis ( Arau ) , rujuk SINI. Masa aku Part 4 , semua budak Dais dipindahkan ke kampus baru , iaitu di Uitm Perak ( Tapah ) ataupun dinamakan sebagai Uitm New Campus ( FPI ) , selanjutnya boleh rujuk SINI . Sebab ? Uitm nak selaraskan pengurusan macam tu lah. Dulu , kos yang aku ambil ni mengambil masa pengajian selama 3 tahun. Tapi sekarang ni , termasuk dua batch selepas batch aku , sudah tukar course programme dia dan disingkatkan kepada 2 tahun setengah ( 5 semester ).

Boleh baca pengenalan mengenai Faculty of Accountancy ( UiTM ) dekat SINI.

Kampus ( Cawangan UiTM ).
Berdasarkan apa yang aku research tadi , kini kos Dais ditawarkan di dua buah cawangan iaitu UiTM Alor Gajah Melaka dan UiTM Tapah Perak. Full time basis selama dua tahun setengah.

Code programme.
AC120 / E2211

Syarat-syarat untuk memohon Diploma in Accounting Information System.
Tengok SINI , kalau tak jelas.

Permohonan diterima. Saya dapat kos DAIS.
So, what you have to do? Certain people will google about it or doing some research. Meh sini , kita jelaskan sikit kat awak semua. Untuk kos ini , sebanyak 33 subjek yang harus korang habiskan untuk dapatkan 'Diploma'. "Okay, aku +- 38 subjek yeee.", yelah.. 6 sem kan.

Subjek yang harus korang belajar.

Penerangan.
Actually , code course yang aku belajar majoritinya dah tak sama dengan korang dah. Yang latest ni lagi awal/advance belajar dari zaman batch lama (kemain penggunaan kata kata kau jahh). By the way , best of luck okay. Belajar bersungguh-sungguh tau. Kepada yang nak tanya kod kursus ni belajar pasal apa dan apa , boleh drop komen below. Inshaa Allah , sis akan bantu lah sikit-sikit , walaupun tak banyak.

Untuk score setiap subjek diatas?
Fokus dalam kelas ( jangan ikut macam aku , bila tak paham lecturer buat penerangan kat depan.. fikiran pun melayang , pastu balik bilik, tak faham, tanya classmate..tanya roommate ) . Sudahnya , classmates kau lah yang jadi lecturer kedua sepanjang kau belajar ni. Hehe..

Aku nak mengaku ni , untuk subjek macam AIS tu memang aku kurang sikit , overall result aku setiap sem berada di tahap average sahaja. Sebab result GPA selalu bengkok sikit disebabkan AIS , haha. Nak buat macam mana kan...past is past. Nak bagi penjelasan pasal kos AIS sikit-sikit boleh lahhhhhhh... nak details , kita minta maaf okay. Korang belajar lah sungguh-sungguh ye.

Subjek yang best?
Pendapat aku , selain Far ( financial accounting ) *ehem* , Costing (MAF) , Taxation (TAX)... itu antara yang boleh tahan suka jugak lah. Lain orang, lain minat dia kan.

Okay , aku rasa tu aje kot. Nak cerita apa lagi?? Kalau ada pertanyaan boleh ajukan dekat kotak komen bawah ni. Kalau ada apa-apa idea baru yang terlintas untuk di-share-kan lagi. Aku akan update ye.

Klik sini jom : 1 , 2 , 3

Sekian.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

45 comments:

nadia mat said...

Hari tu time isi upu ingat nak amek course ni dekat uum.Tapi,terdetik dekat hati ni nak amek degree in accounting jk sebab kalau ada IS tempoh study lagi panjang sikit.ngeee

nurul mustafa said...

Mesti pening kan belajar account. tu la kekadang sesebuah course tu, akan ada subjek berkaitan contoh, diploma pengurusan pejabat, akan ambik law. haha

Hidayah Suhailee said...

gila banyaknya subjek dia kena bljr.. :) btw, good luck!! tahniah

Izzati Amira said...

@nurul mustafa

kita pun ada amik Law jugak. hehe. mungkin basic tu penting

Spirogyra said...

wahh.menarik. ^^

Raja Sharfina said...

Saye tak berape minat IT. Nanti akn jadi satu masalah tak eh? pembelajaran secara komputer banyak ker?

Izzati Amira said...

@Raja Sharfina

minat boleh dipupuk (:
hanya subjek/kos tertentu sahaja yg melibatkan penggunaan komputer.

untuk subjek AIS sudah tentu Raja kena belajar mengenai komputer. (:

Masalah atau tidak, itu terpulang kepada diri sendiri. (:

Raja Sharfina said...

Oooo... takutla pulak. Hahaha. Adoiyai

bagi akak. emm. Better saye di uitm or matrik akaun eh?

kalaulah saye sambung dlm bidang ni pd 3/6 ni utk habis diploma hanye mengambil mase 2 tahun setengah jelah? Bukan 3 tahun?

Izzati Amira said...

@Raja Sharfina

akak tak boleh decide yg mana okay between matrik/uitm. sebab akak tak pernah masuk matrik, so tak adil utk akak judge mana satu lagi bagus. betul tak? hehe

yes, ikut jadual yg baru ni, diploma utk kos ini 5 semester = 2 1/2 tahun sahaja.

Raja Sharfina said...

Ooo... ok. Thanks akak. Hehehehe

Raja Sharfina said...

Akak. Maaf banyak bertanye. Hehehe. Nanti degree, kalaulah saye nak tukar course ke dlm degree perakaunan, berape tahun eh nak habis degree?

Izzati Amira said...

@Raja Sharfina

lepas abis diploma dais, boleh je amik degree akaun under uitm, sebab uitm buat masa ni tak provide lagi Bach of AIS. Kat UUM ade la (:

total 8 sem , masuk sem ke 3 jika dari diploma uitm

masuk sem 1 jika dari matrik.

ini yang semasa lah, untuk batch adik nanti akak tak pasti. maaf ye (:

Raja Sharfina said...

Akak. Ade tak kwn2 akak yg x minat IT tapi blh dpt pointer tinggi? Sy nak jadikan inspirasi ni. Hehehe

Izzati Amira said...

@Raja Sharfina

mestilah ade. setiap sem dekan. (:

Raja Sharfina said...

Wahhh.. thanks akak :D

Zaystel said...

Assalam kak. Sy nk tnya. Untuk yg masuk sem 3 degree tu klau smbung degree akaun kt uitm je ke? Kalau cntohnya smbung dgree kt uum ke cmna kak?

Izzati Amira said...

@Zaystel

kalau uitm ke uitm start sem 3 terus. kalau uitm ke U lain mungkin start dari sem 1. tak pasti. hehe

Amira said...

Salam akak. saya nak tanya, batchmates akak yang kalau takde basic account ok ke study DAIS ni?

Izzati Amira said...

@Amira ade. boleh je perform!! ada yg dekan setiap sem (:

Amira said...

@Izzati Amira okay thanks kak :) boleh la saya nak apply kalau macam ni hehe

Anonymous said...

Salam akak. Kalau sy nak ambil course ni memerlukan banyak penggunaan laptop sendiri ke? Atau just guna computer di lab.

Izzati Amira said...

@Anonymous takdelah banyak sangat.. 50-50. kalau pergi kelas guna comp kat lab je.. cuma kalau ade homework..kena guna laptop

Puma Ozil said...

salam akak saya agak takot sikit tengok subjet ni sbb saya ni low bi,bnda ni yg sdg saya fikir

Izzati Amira said...

@Puma Ozil wassalam , mana2 kos yg awak ambil kat uitm ni memang kena ambil subjek yg BI..sebab dia nak asah skills kita. inshaaAllah awak boleh. jangan takut sangat

Muhammad Asyraf said...

Berminat dengan cost acc, tapi syarat nak Bi SPM B, saya dapat C+. Macam susah je nak dapat, kawan2 akak ade ke yang Bi spm tak dapat B dapat cost DAIS atau DIA ni?

Izzati Amira said...

@Muhammad Asyraf awak apply je, selalunya student lelaki mudah sikit masuk uitm berbanding girls (: inshaaAllah boleh

Anonymous said...

computerised accounting susah tak?

Anonymous said...

computerised accounting susah tak?

Izzati Amira said...

@Anonymous tipu lah kalau saya kata senang. heheh
semua bidang yang kita amik ada susahnya. if minat, teruskan aje. (:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya kak. Kalau dari diploma ke degree, berapa pointer yg perlu dpt tuk sambung dia/dais?

Izzati Amira said...

@Anonymous

waalaikumussalam.. 3 cgpa with MUET BAND 3 ke atas. Kalau muet band 2, tak dapat sambung akaun. (:

Anonymous said...

Terjumpa blog ni..heee..sis batch bila..saya pun DAIS kat Tapah. Skrg sem 5..sis sambung degree x?

Izzati Amira said...

@Anonymous yes dear. sambung degree (:

Anonymous said...

Sis sambung kat mana..and berapa tahun

Wender Wenders said...

asalamualaikum kak, nak tanya selain Uitm, kat mana lagi ade fakulti perakaunan? sbb dlm upu susah sgt nak cari hehe

Izzati Amira said...

@Wender Wenders untuk diploma, kampus ALOR GAJAH + TAPAH + ARAU + DUNGUN

untuk degree, ALOR GAJAH + PUNCAK ALAM...ni setahu akak la. yang akak mention ni konfem ada... (:

Izzati Amira said...

@Anonymous alor gajah , 3 tahun (:

Anonymous said...

Okay x kat sana..dlm dilema nak sambung degree kex

AlEyza Jafri said...

Salam kak, nak tanya kalau ambil diploma dia/dais dkt uitm ni diiktiraf mqa tak?

Izzati Amira said...

@AlEyza Jafri wassalam, tak pasti la. awak boleh semak kt website/link dorang ye.

kalau berkenaan jpa, diploma saya tak tau. tapi untuk degree, saya dapat jpa. sorry if tk byk bantu.

Izzati Amira said...

@Anonymous okay je. kenapa dlm dilema pulak? heheh

Jen said...

addmath saya dapat D.
Math saya dapat A.
BI saya dapat B.
Akaun A
Agak2 lepas tak kak untuk DIA?
Saya student sains+akaun dan saya lelaki huhuhu.

Izzati Amira said...

@Jen tak silap... masa nk mohon upu.. dia ada bahagian semakan result. awak masukkan result spm kt situ, then dia akan list kan sama ada kos sekian sekian mana yg sesuai dgn awak. try cari ye (:

AlEyza Jafri said...

Okey2 terima kasih akak😊. Saya nak amik accounting ni. Apa cabaran yg saye kene siap sedia. Hihi

Izzati Amira said...

@AlEyza Jafri takde lah cabaran mana. sebab semua kos takde yang mudah. pesanan sis, kalau awak betul2 minat. teruskan minat awak tu. usaha sampai berjaya :)