HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, May 18, 2015

Benarkah tulisan jawi cuma tinggal atas batu nisan sahaja?

Assalamualaikum w.b.t


Benarkah? Okay aku sentap.

Gambar ini dikongsikan oleh senior masa zaman sekolah aku. Dulu dia nih nakal , femes sebab nakal kat sekolah. Tak tahu lah macam mana boleh jadi friend kat fesbuk. Dia tak kenal aku pun , aku budak baik (miahaaahahahahha 1000x). Hahaha. Tapi sekarang ni , senior aku nih da berubah. Berubah ke arah yang lebih baik , Alhamdulillah.

Tak semua dalam kalangan kita nih pernah menerima pendidikan di sekolah agama. Alhamdulillah , aku berterima kasih kepada mak abah aku sebab hantarkan aku ke sekolah agama ( sekolah rendah ). Masa tu kiteowang stay kat Balok , Kuantan. Aku start sekolah agama masa tahun 2002. Waktu tu, untuk budak darjah 2 , sesi pendidikan adalah pada waktu pagi. Tapi sebab aku sekolah biasa sesi pagi , so aku kena datang sekolah agama sesi petang. Aku diletakkan sekelas dengan budak darjah 5.

Masa tu terkial-kial lagi nak belajar menulis jawi. Bila kenangkan balik , waktu sekolah memang banyak kenangan manis. Pernah masa mula-mula nak belajar , aku tulis guna pembaris , kakak budak darjah 5 atau ustazah aku yang suruh , biar nampak kemas katanya. Hehe.


Ada la dalam dua tiga minggu yang lepas , mak aku tunjukkan whatsapp text dalam bahasa jawi kat aku. Mak aku suruh baca kan untuk dia. Aku pun baca aje lah. Honestly , bacaan aku tu biasa-biasa, masih ada jugak yang tersekat-sekat sebab dah lama aku tak mengadap tulisan jawi. Bagi aku tulisan jawi dengan tulisan al-quran tak sama sebab tulisan jawi takdok baris atas bawah dan baris depan , heheh.

Adik aku still impress dengan kebolehan aku membaca tulisan jawi dengan lancar. Aku bersyukur sebab Allah S.W.T masih menguatkan daya ingatan aku untuk membaca tulisan jawi dengan baik. Cuma nak bagitau , aku pernah dapat 100 dalam paper jawi tau. Heheh , pastu bapak aku bagi aku RM1. Woi , dulu RM1 tu nilai dia amat besar bagi aku okayyy.

Kita patah balik , betul ke tulisan jawi semakin pupus di muka bumi ni? Tinggal atas batu nisan je ke? Tepuk dada tanya hati.


Boleh baca , tapi tak paham maksud pantun ni. Hmmm

Okay korang pulak macam mana?
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

15 comments:

Haffizul Iskandar said...

Ok, memang tak tahu baca jawi. Hmm, rasa dah rugi pulak sebab tak betul-betul belajar dulu.

kucen master said...

boleh je baca. tapi merangkak sikit .heheee

http://kucenmaster.blogspot.com/

NaD Dea said...

Alhamdulillah. Boleh baca dan tulis lagi walaupun dah 3 tahun tinggalkan semua tu. Berkat masuk SAM dulu. Hehe :)

MG schmidt said...

mksd pantun tu
dunia ni tak kekal :)
semua yg ada hanya pinjaman dariNYA

Izzati Amira said...

@MG schmidt

terima kasih (:

rayonce said...

hi , bw here and read yor posts , Interesting ! btw I followed your blog , mind following mine back ? http://rayonceknowles.blogspot.com/

Khai_Sol said...

Kita selalu ponteng sekolah agama, tu yg slow sikit . Hahah, tapi alhamdulillah boleh baca jawi tapi kalau tulis jawi tu kurang lah . Banyak jumpa kitab tulisan jawi mcm ni kat maktabah kolej As Sofa dlu . Merangkak gak lah baca. Hee

Kakak Tiri Cinderella said...

Saya baca jawi okey jer alhamdulillah. Masalahnya, nak menulis tuu.. Taktau mana huruf patut ada, mana patut buang, mana takyah sambung... Bla bla blaa. Tapi saya suka tulisan jawi :)

Farah said...

Rindu sangat nak baca tulisan jawi. Macam saya, saya praktiskan menulis dan membaca tulisan jawi at least sekali sebulan.

Jari Manis said...

tak pandai sgt baca jawi sbb dh lama tinggal...yg pertama tu..."tulisan jawi cuma yang tinggal di batu nisan"

Jari Manis said...

pantun tu :
buah ini buah berangan
masak di bungkus sapu tangan
dunia ini pinjam pinjaman
akhirat kelak kampung halaman

Farra N said...

nasib boleh baca..walau pn slow2 mengeja..haha..=..=...kena refresh balik ni..

Gee Lion said...

buah ini buah berangan,
masak dibungkus sapu tangan,
dunia ini pinjam-pinjaman,
akhirat kelak kampung halaman?

betul ke idok kak gee translate ni?

maknanya, dunia ini hanya pinjaman & di akhirat sanalah tempat yg kekal kita tinggal.

memang kalau dilihat senario pendidikan sekarang, jarang anak muda (especially generasi cilik sekarang) yg pandai membaca/menulis jawi. mungkin pendidikan awal dari rumah itu juga perlu dilakukan oleh ibubapa.

entahlah..

Encik Skema said...

sekolah rendah memang pro tulis jawi sebab memang hari hari tulis jat sekolah agama..

masuk sekolah menengah, skill tu semakin terhakis, cuma time subjek agama time Form 3 sahaja yang ustazahnya gunakan tulisan Jawi ketika mengajar. Ustzah lain, semua tulis rumi.

Now, skill membaca masih ada.. cuma skill menulis sudah semakin hilang ditelan zaman,, haha..

rasanya ada surat khabar yang jawi, UTUSAN MELAYU tak silap. entah ada lagi atau tak.. T_T

Anis Ifham said...

baca lancar. tulis merangkak sikit. ehehehe. suka baca jawi kat satu kolum Mastika. tu la satu-satunya majalah yang saya jumpa ada kolum jawi.