HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, May 12, 2015

Bila pening kepala dan demam datang menyerang


Assalamualaikum w.b.t

Semalam , seharian aku tak bukak laptop. Petang hari sebelumnya aku dah mula rasa tak okay. Lepas asar tu aku dah mula pening kepala. By the way , aku ni memang jarang sangat kena demam or sakit kepala. Mungkin sebab faktor cuaca , kejap panas biasa, kejap panas sangat... terus aku tutup laptop mintak adik aku buatkan air sejuk untuk minum. Sejukkan badan lah kononnya.

Then, lepas maghrib tu terus rasa takde mood gilaaa. Lepas solat terus knock off atas katil berselimut. Sapu tangan yang kecik tu mintak adik basahkan dengan air , then aku letak atas dahi. InshaAllah besok sihat lah.

Sepanjang malam tu aku langsung tak boleh tidur. Apa orang panggil tu , tidur tidur ayam... Siap boleh rasa and pikir yang kepala otak aku ni diperbuat daripada besi yang berat-berat tersangat berat tu. Nak angkat dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Aku rasa macam otak aku ni tempat projek pembinaan, semua besi berat-berat dihempap atas otak aku. Macam tu la yang aku rasa. Honestly, inilah pening kepala yang paling teruk aku pernah kena. Dengan demamnya sekali.

Tak tahu lah dari celah mana aku boleh demam , padahal duduk dalam rumah je. On the next day, pergi klinik doktor cakap kena food poisoning. Actually, adik, mak and abah aku pun kena benda yang sama. Cuma aku je yang demam. Yang lain sakit perut and cirit-birit. Lepas ni kena lebih berhati-hati okay. Jaga kebersihan. Cuaca panas macam ni banyakkan minum air masak ye.

Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Allahuakbar.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

11 comments:

Inani Hazwani said...

kalau tak sihat memang kepala pun rasa berat je kan

Sally Samsaiman said...

get well soon...skrg ni tgh musim ni...sbb cuaca tak tentu...

Syaza Raihanah said...

Get well soon...

Izzati Amira said...

@Syaza Raihanah @Sally Samsaiman @Inani Hazwani tu la kann

Nabihah said...

banyak banyak kan bersabar dan semoga cepat sembuh :-)

Gee Lion said...

saya paling tak suka kena demam.. sebab badan jadi longlai pening loya... mencik nyer......

semoga cepat sembuh cik izzati..

Mime MF said...

get well soon dear..

yoorin melacolea said...

rasa macam nak demam jugakk..dah start sakit tekak..uhuk uhuk uhuk..

nurul mustafa said...

Minum air secukupnya yee. Jaga diri dan semoga cepat sembuh :D

Eka Tikah said...

sekali dua menyerang sakit woo. get well soon ^^

mas yana said...

semoga cepat sembuh :)