HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, May 24, 2015

Buah macang dan sambal tumis


Klik klik jom Strawberry , Blueberry & Raspberry

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari yang lepas abah ada bawak balik buah macang. Buah dia macam pelam/mangga tapi bau and rasa dia lain sikit. You ols boleh google nak tengok buah macang tu macam mana ye. I ols takde gambar.

Then , mak I jadikan buah macang tu gaul sekali dengan sambal belacan. On the next day, mak I ols campur sekali dengan sambal tumis. Oh myyy. Memang lidah and anak tekak tak boleh terima. Rasa dia lain sangat-sangat.

Dah la i ols dah cedok dua sudu besar kat atas nasi yang sikit. Bila sekali suap dalam mulut terus rasa spoil gilaaaa. Suruh adik pergi ambil sambal tumis lain ( yang belum bercampur dengan buah macang ).

Mak tanya , "Kenapa kak?"
Aku geleng kepala je tak nak cakap pape. Ye lah, mak dah penat-penat masak, tak kan aku nak komplen kan? Sometimes tu boleh la , cuma waktu tu aku takde mood nak cakap cakap cakap cakap. Bhahahaa.

Makan macam biasa , tapi sambal buah macang tu tetap ku telankan jua. Lepas makan tengah hari tu , aku cakap dengan adik aku dalam bilik , "Kakcik , akak tak boleh terima lah sambal tadi. Terus spoil tak nak makan."Adik aku angguk perlahan serba salah , hoho.

Malamnya , sambal macang tu ada lagi. Bawak jugak sambal lain ke tempat makan , then abah tanya , "Kak apa beza sambal ni dengan sambal ni?". Soal bapak aku menunjukkan sambal dalam pinggan kaca dan sambal dalam bekas plastik.

Aku tak jawab pun. Mak aku jawabkan.

Sambil tunjukkan ke arah sambal dalam pinggan kaca"Yang ni sambal ada buah macang , dorang tak nak makan. Kan?" , mak pandang aku. Kantoi.

"Haha." , aku gelak sambil angguk kepala. "Tak boleh terima lah mak , rasa spoil gila tengah hari tadi. Terus rasa tak nak makan siang tadi." , akhirnya aku berterus terang.

"Dah agak dahh. Mak tau la." , balas mak.

Yelah , mostly anak dia yang bertiga ni serbu sambal tumis biasa je. Kekeke. Kesian sambal buah macang tu. Korang pernah makan tak? Suka??? Even buah macang tu pun i ols tak makan , ni kan pulak campur dengan sambal. Hmmmm

Haha , okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

6 comments:

Murniwati Awang said...

mak akak suka buat kerabu je buah machang tu..tapi yang muda..rasa macam kerabu mempelam jer..tapi rasa dia lg soft..tak masam sangat..yang masak tak sedap kalau masak sebab bau dia kuat sangat..hihihi

Zierwa Zainal said...

zz kalau mcm tu tak makan jugak..hehe..zz kalau sambal cume suka sambal tumis ikan bilis je..haha

Eka Tikah said...

ibu kite selalu buat mcm tu. campur dgn sambal belacan. sedapp woo. hehe

Anis Ifham said...

tak pernah makan buah macang. hooo.

Adilla Hasya said...

sedaplah kalau buat sambal belacan je pastu gaul dengan macang tu. but rather than macang lagi beter quinin. lebih kurang lah adik beradik. lagi sedap! lagi lagi kalau buah elok. pergh sedap gila

Siti Yang Menaip said...

orang2 tua mmg suka macam cemtu.. kita yg generasi muda sket ni je..
tak berapa pandai makan gitu.. tapi macang mmg ada rasa pelik sket..
akak x penah rasa tp kalo mangga muda ngan smbal belacan penah n not bad..