HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, May 19, 2015

Cara mereka


Assalamualaikum w.b.t

Nak cakap aku peminat korean drama , boleh tahan jugak lah. Tapi tengok cerita jugak lah. Moral value? Ada. Jalan cerita pun berbagai selain mengenengahkan cerita cinta , ada juga benda lain yang dorang nak highlight dalam sesuatu cerita mereka. Contohnya? Cara pembedahan , kajian sains yang memang betul-betul dorang buat research tau.

Sesuatu drama sesebuah negara tu kadang-kadang melambangkan rakyat dia kan? Contoh mudah , drama sinetron dari seberang. Kadangkala tu kita nih menyampah tengok watak yang dimainkan dorang kan?

"Ade ke watak macam ni?"
"Asal kalau dah heroin tu.. semuanya baik sangat?"
"Asal kalau heroin je sampai nambelas lelaki suka kat dia erk? pelik."
"Kalau yang jahat tu jahat sangat!"

Cerita kita pun macam tu jugak , tak payah nak tengok jauh sana. Hoho. Tapi, entry aku kali ini nak share pendapat aku tentang rakyat korea. Terutamanya remaja dari negara tersebut. Untuk pengetahuan, aku tak pernah menjejakkan kaki ke sana , tak pernah berkawan dengan mana-mana remaja korea disana, pendapat aku di sini hanyalah berdasarkan artikel yang aku baca dan drama @ filem yang aku tengok.

Entry kali ini berdasarkan drama korea yang aku selalu tengok contohnya , School 2013, The Inheritors , Who Are You : School 2015 , Death Bell & etc.


Budaya hormat menghormati antara yang muda dengan yang tua.

Sedia maklum , di sana budaya menghormati orang yang lebih tua dan berpengalaman dari kamu adalah sangat penting ataupun dititikberatkan. Bila kau bercakap dalam nada atau bahasa yang kurang sopan , terus dianggap kurang ajar. Well , ini memang ada baiknya.

Dari sudut yang sebaliknya , apa yang aku baca dan perhatikan serta tengok dalam mana-mana drama, budaya senior junior di zaman sekolah semakin tidak terkawal. Mostly, senior dorang akan menyalahgunakan title 'senior' mereka itu untuk membuli pelajar yang lebih muda dari mereka. Mereka akan membuli, bersikap kurang ajar kepada mana-mana pelajar yang dorang tak suka.

Ada tengok berita pasal senior pukul junior dia sebab tak hormat senior dia kat tv baru-baru ni?

Keluarga berpengaruh

Jadi pelajar yang cantik, handsome, pandai, berbakat besar, hodoh tapi kalau kau punya parents takde 'kuasa' atau kau bukan dari kalangan keluarga bangsawan , kau akan dipandang rendah. Terutamanya dari pelajar yang parents dia kaya raya serta berpengaruh.

Takde pengaruh , orang takkan pandang tinggi pada kau. It's very hard to living in Korea. 'How I wish i could go there so bad , travel.'

Aku ada baca comments dari satu artikel tu ( artikel yang sudah di-translate ) , bila korang nak interview kerja , interviewer akan tanya , mak bapak korang kerja apa. Sebab apa? Kalau korang berasal dari keluarga yang berpengaruh , kau ada peluang yang tinggi untuk di ambil bekerja, sebab dorang nak create business network. Tahu tak apa tu cabel? Cabel ni menggunakan perkhidmatan orang dalam , baca SINI. Contoh nak kerja kat Syarikat A , asalkan kau kenal orang dalam syarikat tu, peluang kau tinggi untuk diserap dalam organisasi syarikat tersebut. Rakyat kita pun sama je.

Bukan aku yang takut , tapi bayangkan lah. Ramai yang commit suicide sebab tekanan dunia luar yang selalu dorang terima. Caci maki bagai. Dorang pun manusia biasa.

Harsh comments @ Bad impression.

Ye , aku kengkadang suka jugak scroll mana-mana website yang selalu update kisah selebriti kegemaran aku. Ada satu web tu , selalunya akan randomly post about knetizen comments kemudian translate kan dalam english dan dia akan share kat post dia tu.

Contoh. Gambar si polan naik berat badan.
"Eee gemuk, hodoh pulak tu."
"Sebelum ni dia banggakan sangat badan dia yang cantik tu , tapi tengok lah sekarang ni."

Gambar si polan yang cantik di-upload.
"Hidung dia ni dah mancung. Mesti buat surgeri , she's very ugly back then."

Dan bermacam-macam lagi komen yang tak masuk dek akal , aku tak ingat sangat. Bagi aku, semua ini cyberbully + keyboard warrior. Hanya berani melemparkan komen diatas papan keyboard sahaja. Korang tolonglah jangan cuba contohi sikap cyberbully + keyboard warrior nih. Nak tegur tu boleh , tapi cuba amalkan langkah-langkah atau adab yang baik untuk menegur seseorang. Okay? Aku waktu tak matang dulu selalu lempiaskan ketidakpuasan hati aku pada blog. Haha. Itu dulu.

Membuli rakan sekelas.

Dunia sekarang ni sangatlah menakutkan. Bila tengok berita kat tv pasal pelajar sekolah kena buli , memang sedih dan simpati. Teringat kat adik-adik, sedara mara yang masih bersekolah. Alhamdulillah diri ini tak pernah terlibat dalam aktiviti buli membuli dibuli di sekolah. Macam mana pulak dengan generasi yang akan datang? Anak cucu kita?

Berbalik kepada cerita drama Korea yang aku selalu tengok ni. Dalam kelas sekolah menengah tinggi tu akan ada budak yang nerd, bodoh sombong kaya, baik , pandai, rajin study, selalu make up jaga muka dan most of them SELFISH.Ya, mereka sangat-sangat pentingkan diri sendiri , majoritinya laa.

Bila salah seorang kawan dalam kelas kena buli , buli bukan setakat kena sapu sampah, tapi 10 kali ganda lebih teruk dari tu okay. Dan, takde sape-sape pun akan tolong kawan yang sorang tu. Semuanya sibuk dengan hal masing-masing , tak nak masuk campur urusan orang tu kononnya. Sebab kalau kau masuk campur , kau pulak akan jadi mangsa yang seterusnya. Hmmm.

Tak dinafikan , ramai pelajar dorang akan commit suicide sebab hidup mereka penuh dengan tekanan. Tekanan dari orang luar yang selalu judge dorang , pentingkan diri sendiri, dan rasa diri mereka tu terlampau bagus. Dan, mostly pihak sekolah akan tutup kes sebab tak nak nama baik sekolah tercemar.

Pendapat aku , hidup di sana memang pedih. Kau nak hidup bahagia, muka kena cantik , duit kena ada, pengaruh keluarga itu penting. Hidup yang perlu memenuhi ex-pehpeh-tation orang lain. Haha. Ingat , kita manusia semua tidak sempurna.


Tapi , semua ni apa yang aku nampak sikap dalam kalangan pelajar sekolah aje lah. Mungkin beberapa peratus sahaja. Tak semua okay , cuma yang sedikit tu lah telah mencalarkan nama baik pihak lain yang tak bersalah. Well , ada banyak lagi cerita pasal budak sekolah yang lebih kurang macam ni. Boleh google sendiri okay.

Apa pulak pendapat korang yang suka tengok kdrama nih?
"Walaubagaimanapun , ia tak menghilang impian aku untuk melihat kecantikan negara Korea itu satu hari nanti. Hehe."

Tak semua setuju dengan pendapat kita.
Sorry. Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

lama dah tak layan cerita korea...

Afiqah said...

people nowadays hohoho

Mazni Munawar said...

suka gila dgn entry akak ni! tpi bab buli rakan sekelas tu mmng betul. saya tengok mana2 cite korea pasal school life mmng ade bab buli2.

tpi bagi saya, cerita korea tetap best dan banyak pengajaran. diorng tak terlampau mengetengahkan bab2 cinta sangat.

Eyqa Zq said...

To be honest, drama korea lagi hebat dr drama melayu. keh keh keh. Tapi ada juga lah filem melayu yg hebat (but yes, mostly film, jarang drama yang hebat).

Lama da tak tgk drama korea juga. Selalu layan time kat U jak, time zaman2 periksa, suma org dok study kite je layan lappy. Haha.

Jari Manis said...

suka tgk pelakon yg cantik dan hensem tu

Eka Tikah said...

kite rasa malas dah nak tengok drama malaysia sekarang ni. bosan. haha

Gee Lion said...

kak gee dah lama gilerrr tak layan drama korean. but utk drama korean yg kak gee pernah layan, kak gee cenderung utk setuju dgn semua point2 cik zati kat atas. furthermore, yg lebih baik tentang drama korean ini adalah dorang suka mempromote culture dorang di mata dunia. sebab tu sekarang, ramai yg idam nak p melawat tempat2 kat sana kan? =)

Farah said...

Semua points yang diketengahkan ini adalah sangat betul! Perasan juga benda-benda ni masa tengok Korean dramas.