HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, May 1, 2015

Drama isteri melayu zaman kini


Assalamualaikum w.b.t

Mak aku ada citer kat aku , "Sekarang ni ( nak nak drama petang slot popular tu ) , semua cerita pasal isteri derhaka kat suami kak kan?."

Lebih kurang macam tu la mak aku cakap. Korang ghaase?? Meh baca pendapat aku dulu. Hehe.

Tak dinafikan , slot popular tersebut memang mendapat tempat di hati peminat @ penonton , nak nak yang gilaa drama sweet sweet , loving moment between wifey dengan husband  , almaklumlah.. mostly cerita diadaptasi dari novel kot. Sape tak gilaa??

Aku tak gila. Haha.


Aku pun kaki drama jugak ( certain drama je aku tengok, bergantung pada hero heroin & jalan cerita ) , sebelum tukar rumah ( last sem haritu ), dari rumah sewa ke bilik kolej uitm. Setiap petang dok layan Istikharah Cinta dengan Asam Pedas Untuk Dia. Best okayy. Tapi dua-dua citer ni si isteri dengar kata suami. Means, tak banyak melawan macam yang sekarang ni dan beberapa cerita yang sebelumnya. Hahaha.

Bila imbas balik , memang betul. Mostly cerita novel yang diadaptasi ni watak isteri jenis merajuk tunggu sampai suami pujuk ( bukan drama lah kalau tak macam ni kan? well ) . Pujuk pulak jenis yang kena pujuk bagai nak rak pulak tu. Aku tak boleh komen cerita yang sekarang ni sebab tak layan cerita tu sangat. Aku tak boleh terima suara heroin dia, bila part naik hangin kat suami dia je , aku rasa suara dia annoying. Hahah. So, kesimpulannya kita tak payah tengok.

Banyak post yang aku tengok dekat timeline facebook dok komen pasal benda ni. Si isteri suka tinggi suara dengan suami , merajuk tak layan suami tanpa sebab yang munasabah. Ayooo. But still , kalau takde demand,  takkan la production saja-saja nak buat drama kan??? Cerita ni selalu trending kat twitter kot. Siap fesyen si heroin juga menjadi rebutan. Cuma nak cakap , hero memang hensem. HAHAHAHA


Bagi aku, cerita yang okay sikit macam cerita Projek Memikat Suami , lakonan Emma Maembong dengan Aiman Hakim. Masa tu dia dapat gambar suami dia tengah dating dengan perempuan lain , but still.. dia bukakkan stoking suami dia, sediakan makan malam, layan suami dia baik-baik. What a good character right?? Sesuai dijadikan contoh buat para isteri DAN bakal isteri di luar sana. Haaha. Sabar.

Korang pulak rasa macam mana? Do share your thoughts about this.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

22 comments:

Eyra Saha said...

salam.. waahh.. rajin hapdate tgh tgh mlm ni eh.. haha.. yup.. setuju dgn cita projek pikat2 suami sampai melekat.. eh.. haha.. cm tu baru cth isteri yg baek.. yg recently ni bderet cita bini xbapa nk elok.. tkt ade yg terikut.. garu kpla laki dyeorg haha.. btw jemput singgah
eyrasaha.blogspot.com :)

Hajar Shikin said...

Lately ramai juga yang duk komen pasal watak heroin yang annoying. Nasib baik saya tak pernah layan drama ni..haha

Mazni Munawar said...

Cerita hati perempuan kah? Hahaha. Mostly cite2 melayu zaman skrng mmng cmni. Saya pun dh jarang layan drama petang2 ni uhukzz

Izzati Amira said...

@Mazni Munawar

HAHAH.. jawapan tu 99% tepat. hikhik. tak kesah la drama apa2 pun, kita tak spesifikkan tajuk drama yg mana kan. :)

Izzati Amira said...

@Eyra Saha

harapnya, masa akan datang ada citer yg boleh bagi moral value yg baik untuk penonton :) isteriku mithali ke... hehehe

Farah said...

Dah lama tak tengok cerita Melayu, jadi tak tahu apa trends terkini sekarang.

Cik Anis said...

haah memang pun. Pastu isteri miskin suami kaya..or vice versa. mcm2 skang ni. dah tu tema 'kahwin paksa' tu kebanyakkan novel ngan cita bole dikatakan pelaris. satu lagi, xsilap Cik Anis, drama2 cenggini bermula dgn drama korea. kalau dulu cita Full House tu. pendapat masing2 kan.. tp kdg2 layan jgak nk hilang bosan haha

Miss Xyz said...

saya dh penat dgn drama melayu. skrg lebih layan kdrama. kdrama wlupun ada cliche tp kdg2 dia ada plot twist & fakta2 menarik yg saya bljr along the way.

Izzati Amira said...

@Cik Anis

kan? semua tema lebih kurang je.. nak nampakkan citer tu sweet, kahwin paksa. adoi

Izzati Amira said...

@Miss Xyz

betul! kadang2 ada term yang kita tak tahu pun boleh belajar melalui drama dorang. cerita dorang ni banyak buat research...

Aisyah Az said...

hahah drama melayu yang diadaptasikan dari novel ni best kekadang but sometimes macam over sangat buat penonton emosional tak pasal pasal. hahaha. overall kena pandai pilih cerita, ada cerita yang good moral values, ada yang langsung tak beri any positive thought. ehehe

terpanjang pulak. hai kak zati! i'm back ;')

Miss Oren said...

aku tak tau senanya nak komen apa bab aku mmg tak berapa nak layan sgat citer adaptasi sekarang ni.. heh. tu aje, keyh bye.. hahaa

zahrenn na said...

nice...betul2 sekarangni banyak cerita melayu yang tak menepati islam. nama je drama yang berbentuk islam tapi..hmm...hampeh....

Alia Syuhada said...

tuhla..yg nengok budak2 skolah rndh pon ade..xthu la knp cite skang suka diadaptasi dari novel..huhu..

Syifa Auliya said...

Haha cehh sama la kita minta drama kikiki

Zizie Zack said...

itulah. cerita dibuat untuk memberi pengajaran di samping menghiburkan. tapi kalau semua drama nak buat konsep isteri derhaka, meluat la nak tengok haaa.

Eka Tikah said...

kite dah lama tak tengok drama. senang cerita dah lama tak tengok tv. hikhik :P

Nurazlan Azmi said...

cikgu marah kalau tengok cerita melayu sebab tak ada nilai yang baik dan bawak pengaruh buruk cnth : couple

Gee Lion said...

Drama ni selalunya dikaitkan dengan realiti kehidupan manusia. Kadang2 terfikir juga, adakah perumpamaan ini boleh diguna pakai dlm konteks masyarakat kita kerana sekiranya 'Ya'; adakah itu bermakna memang ramai isteri di luar sana yg bersifat agak 'kurang sopan' pada suaminya?

"Filem kita wajah kita budaya kita?"

Jari Manis said...

alamak..x boleh n kshare sbb x layan drama tv tu...huhuh...asyik layan kDrama idak pun running man

Amy J said...

hahaha. xtau la nak cakap apa... belum jadi isteri lagi. tapi betullah. jangan selalu tinggikan suara. hormatlah suami.. jangan calarkan maruah dia.. kita juga malu

Anis Ifham said...

tak minat nak layan drama kat tv tu... bo..ring. ehehehe.