HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, May 5, 2015

Free postage dan Private instagram


Assalamualaikum w.b.t

Satu. Rasanya, online shoppers yang tegar mesti dah banyak kali jumpa perkataan atau ayat memancing macam ni kan? Semua barang free postage. Postage barang , kami tanggung. Eghh. Liar!

Aku mintak maaf , kalau memang betul-betul ada online shop yang memang tanggung kos pengeposan nih. Kalau ada, and korang pun pernah ada pengalaman beli barang dari online shop tersebut , sila maklumkan aku okay. Nak jugak aku merasa 'free postage' nih.

Takpun ,  bagitahu je harga sudah include dengan harga postage. Tak payah lah tipu cakap harga postage tu free. Aiyaaaa.

Dua. Online shop yang jenis private instagram dia. Ughhh.

* tengah dok scrolling , tengok orang pemes promote online shop *
Aku : Wahh, ni lah barang yang aku cari-cari!!!
* PRIVATE * - please follow & wait while your request is being approved.
Aku : HEOLLL~~~~

Terus takde mood tahu.
Tapi, kadang-kadang tu, kalau dah nak sangat barang tu, nak tak nak, kena tunggu jugak la dorang approve request kita ye dok?

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

11 comments:

Norjulaida Abdul Wahab said...

Setujuuuu!!

Sally Samsaiman said...

bertabah la jiwa! hahahaha...kadang mmg camtu...sbb dorang nak follower.. :D

Mazni Munawar said...

memang ade ig yg free postage. saya penah beli dgn dia, friendly sgt :D
yg private insta tu betul, kita nak survey2 dulu barang tu cmne, belum tentu nk beli pun. kang kalau unfollow balik kang marah. hahaha

Inani Hazwani said...

tak suka jugak yang private kan IG. heh.

Farah said...

Pernah juga baca pasal free postage or including postage ni. Peniaga sebenarnya kena jujur.

Amy J said...

adik kita kata, yang bab private insta tu sebab xnak orang amek gambar and buat shop fake sendiri... skang kan macam2 fake shop online ada..

setakat ni rasanya xde free postage lg. kita shop kat lazada dengan lelong je

ezyra daniel said...

free postage? hurmm takde maknanye hehe... memang annoying gila kalau yg private tu..ishh ish.. btw saya klik 4 IKEA untuk awak

Eka Tikah said...

tak suka online shop yg private ig dyeorg. nak minta follow la tu. kan?

Izzati Amira said...

@Amy J well, kalau tak nak orang copy gambar, then they should put their own watermark. hahaha

Cikk Mimin said...

haha, marah betul.. cara mereka mcm2 untuk menjual produk mereka.

Encik Skema said...

nasib saya bukan jenis yang suka shop online even teringin lah jugak