HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, May 15, 2015

Hadiah buat guru

Assalamualaikum w.b.t

Besok 16 May.. Hari Guru dah woii. 3 tahun sudah aku meninggalkan alam persekolahan. Rindu. Hehe. By the way , aku nak share satu story mengenai sambutan Hari Guru yang aku pernah sambut dulu.


Ni cerita masa aku darjah 1.

Memandangkan masa tu aku kecik and takde duit poket or belum start zaman menyimpan duit lagi jadinya aku mintak bapak aku belikan hadiah untuk aku hadiahkan kat cikgu @ guru kelas aku.

"Abah , besok hari guru. Nak bagi cikgu hadiah ape?"

Then bapak aku soal balik , "Buat apa nak kasi hadiah kat cikgu? Cikgu kau dah kaya dah , takpayah bagi hadiah." Aku bukannya asal dari keluarga yang senang , biasa-biasa aje.

Aku muncung. Ini tak boleh jadi , takkanlah aku tak bagi hadiah langsung kat cikgu aku? Masa tu aku antara pelajar yang rapat dengan guru kelas kot. Then bapak aku settlekan masalah kecik ni dengan cara dia.

"Pergi amik kotak kasut atau mana-mana kotak kecik." - arah bapak aku.

Kemudiannya , aku tengok bapak aku masukkan Apollo , Maggi dua tiga pek dalam kotak. Pastu, dibalutnya kotak tu cantek-cantek and tulis nama cikgu and nama aku besar-besar guna marker pen kat atas hadiah tu. Dekat adik lelaki aku pun. Ohmyyyyy. Unexpected okayyy.


"Bagi barang buat ape , baik bagi makanan. Boleh makan." - kata bapak aku. Ikutkan bapak aku , dia nak balut dengan kertas surat khabar je , tapi nasib baiklah ada kertas pembalut hadiah hasil simpanan aku. Mak Uda aku kahwin , semua pembalut hadiah aku simpan. HAHAHAHA

Besoknya , masa kat padang perhimpunan ada acara bagi hadiah kat guru-guru yang dorang nak kasi lah kan. Masa nak tunggu giliran nama guru kelas aku dipanggil , aku serba salah and malu sama ada nak bagi atau tak hadiah tu kat cikgu aku. Maluu sangat sebab kawan-kawan lain bagi hadiah cantik-cantik , aku? Bagi makanan. Hmmmm.

Lepas bagi hadiah tu aku terus cepat-cepat duduk kat tempat duduk aku semula. Lepas tu tak ingat ape dahh. HAHAHAHA.

Okay itu je pengalaman Hari Guru yang aku tak boleh lupa.
Korang ade jugak pengalaman Hari Guru yang best-best? Jom share.


SELAMAT HARI GURU

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

6 comments:

Tyka Syazawani said...

hehe! Cute, takpa, yang penting kita ikhlas bagikan?? saya pun bg makanan time hari guru, biskut tiger, ntah mungkin hancur-menghancur bila sampai kat tgn cikgu. hehe

Mazni Munawar said...

rindu kat cikgu saya T^T tahun lepas tak bagi hadiah papepun kat cikgu

Farah said...

Peer pressure kan masa kecil dulu tengok kawan bagi hadiah yang best-best dekat cikgu.

Encik Skema said...

hahahha,, saya sekali saja pernah bagi hadiah hari guru waktu Darjah 6. haha..

kekadang kita pun rasa malu bila nak bagi hadiah yang tak seberapa berbanding kengkawan yang lain,, tapi, hadiah yang paling pelik yakni istimewa lah hadiah yang paling akan diingati. :D

Apa apa pun, saya setiap hari jumpa cikgu, maklumlah, mak sendiri cikgu. So, paham pahamlah kalau buat salah.. kena tembak dengan bazooka.

Jari Manis said...

dh x ingat sbb dh laaaaaaaaaaamaaaaa sgt tinggal zaman sekolah

Siti Yang Menaip said...

hehehe akaklah antara cikgu yang suka kalo dapat makanan..
sedapnye =D