HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, May 10, 2015

Makan-makan di Boat Noodle , Berjaya Times Square

Iklan nuffnang tak muncul? Jom klik iklan SINI dan SINI . TQ

Assalamualaikum w.b.t

Last week , aku sekeluarga pergi rumah paksu aku dekat Sungai Buloh. Dah dua minggu berkira-kira nak pergi atau tak. Aku je yang malas keluar , tak habis feeling habis final sem lagi. Perlukan masa nak rehat-rehat lagi kat rumah. Honestly , aku memang jenis tak bosan duduk rumah asalkan ada internet. Heheh. Panas lah macam mana pun , aku still suka duduk dalam rumah.

Then, aku pun mula bertanya kat paksu aku , kat tempat dia tu apa yang best. Ye lah , alang-alang keluar jenjalan , kena lah pergi melawat banyak tempat kan. Semua tempat yang kiteowang pergi ni mengambil masa 30 minit dari Kem Askar Paya Jaras.

Kiteowang pergi laman seni , jalan TAR dan makan-makan kat Boat Noodle. Actually , aku yang tergedik nak bawak family aku datang makan kat sini. Hehe , kat Melaka takde cawangannya lagi. Hmmm. Lagipun , paksu & maksu pun tak pernah datang kat tempat yang aku nak bawak ni (dorang tahu jalan je, tapi tak pernah pergi). Sesat? Waze kan ade. Haha.

So, here we go.


Semua tahu TS ni besar lah jugak... Ini kali kedua aku datang TS , hari tu sebab nak main game aje. Kali ni datang nak makan aje. Hahaha. Memang orang sangat ramai kat kedai ni. Kedai pun kecik aje. So, kena beratur sementara nak tunggu nama dipanggil. Ko tahu ape pekerja tu tulis nama aku?

Jatia.

Ugh , aku dah cakap nama aku Izzati. Lantak dia lahhh. Malas aku nak bahas-bahas. 


Semua jenis noodle kiteowang order. Harga RM1.90 semangkuk , tak termasuk GST & Services Boat Noodle tu sendiri lagi. Tak silap aku , tax-nya asing. Kalau salah maaflah. Lupa resit tu letak mana ntah.

Aku makan dua mangkuk je sebab dah kenyang. Before ni dah lunch nasi. Masa ni makan dalam jam 5 petang macam tu.

Well, bagi aku rasa dia biasa je.


2 mangkuk kecik ni RM1. Aku ingat mangkuk dia besar , rupanya memang kecik aje. Hahahah. Rasa dia macam kuih limas @ tepung pelita. Lebih kurang macam tu la kekdahnya. By the way , rasanya sedap.


Hasil dari 8 orang makan. Actually ade lagi , nanti runtuh plak. Meja pun goyang-goyang. Tak memasal plak nanti. Hehehe

Air kiteowang minum yang jenis Drink of the day je. Hari tu air dia air pandan , RM3.90. Air pandan dan ais. Nak minum yang jenis lain macam kelapa bagai tu jugak , tapi kat menu board tulis 'out of stock' , bila kiteowang dah nak habis makan , tengok ade je orang order air kelapa yang shake or blended macam tu. Ishhhh.

Services kat sini , so-so. Tak laju mana pun. So-so nak ke arah slow. Tengok masa jugak kot. Untuk pergi sekali lagi tunggu la lagi setahun atau dua tahun lagi kot.

Okay itu je. Bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

13 comments:

Mazni Munawar said...

tak pernah makan kat sini lagi. ramai kata sedap TAT

Zizie Zack said...

tak pernah teringin nak mkn boat noodle. nasib baik kuantiti sikit, harga berpatutan. kalau hujung minggu, servis slow, sangat difahami.

Janna Cuna said...

Cuna pun makan boat noodle kat TS semalam . try semua jenis noodle and tepung pelita tu jugak . not bad la tapi takde lah sedap gila :P

Dayahfirds Ibrahim said...

Sedappp nyeeerr. Tak pernah pegi lagi kat sini. Sebab kat terengganu tak der. ahahaha

Cik Miela said...

Nampak macam sedap. Dahlah tengah lapar ni, huhu

fifie feyca said...

hehehehe!! sedap nya... bla ntah nk cuba ni...

Farah said...

Rasanya biasa-biasa je rupanya. Ramai orang kata sedap sangat sebelum ni. Saya percaya je.

Mime MF said...

mcm menarik..boleh la try nanti..;)

Sweethoneybelle said...

zati boleh geng kak la . kak pon dok umah tak pe asal ada intenet . tmbh ada anak kecik sekrg ni suka lagi duduk rumah dari jalan2.

wah boat noodle tak penah try lagi ni . tgk ramai review ckp best .

sharifahsyahirah said...

Lahai boot noodles dekat TS ke ? baru tau. esok jugak pergi. hehe

Gee Lion said...

Untung laaa.. kita kat sini melantak meggi je. Huhu

CikLily Putih said...

boat noodle memang sedap kan..

Eka Tikah said...

pehh banyak tu. bertingkat2. hehe. kite selalu tengok orang makan kat situ, kite entah bile :P