HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, May 6, 2015

Makanan pilihan yang best di Kuala Kangsar


Assalamualaikum w.b.t

Untuk pengetahuan korang , negeri Perak ni memang kaya dengan menara-menara jam. Tak kesah lah dari yang besar atau pun yang kecil. Mostly , pergi lah daerah mana-mana pun , memang korang akan jumpa menara jam kat negeri Perak. Aku terfikir fasal benda ni pun , bila aku diberitahu oleh kawan aku, yang salah seorang classmates aku berhasrat untuk tangkap gambar dekat semua tempat menara jam yang ada dekat negeri Perak Darul Ridzuan ni lepas acara konvokesyen nanti. Wow.

Perak ni antara negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Serius , menara jam tu memang banyak. Tapi kali ni aku nak citer pasal makanan best yang ada kat kuala kangsar. Yang paling feveret is Mi Kuah.

Kedai 1: Serius aku tak pernah tangkap gambar kedai tu. tapi dia jual pau paling sedap ah area situ. Peniaga cina. Nanti aku update gambar , bila aku balik kampung raya nanti. Inshaa Allah.

Dulu , aku pernah cerita yang kalau balik Kuala Kangsar je , memang tak sah kalau family kiteowang tak singgah makan mi kuah. Walaupun kuala terkenal jugak dengan laksa gandum , tapi mi kuah yang simple dekat satu kedai ni jugak yang menjadi pilihan.

Bapak aku selalu cerita , masa dia kecik dulu , Pak Mat ( bapak saudara kiteowang ) , selalu bawak bapak aku makan sini. Makan pulak dengan lada hijau yang direndam dengan cuka. Memang perghh!! DANNNN... Kedai tersebut juga ada jual pau , feveret aku pau ayam. Memang isi/inti banyak jugak lah. Pau pun gebu. Pau kaya, daging pun sedapp. Terlajak laris gituu.

Kedai 2:

Kat sini , cendol best. Mee kuah best, laksa best, mee bandung best. Try lahhh. Laksa kuala ni aku lebih suka beli kat kampung aku je , Cheh, Kati. Sedaappp. Boleh dikatakan, Kuala Kangsar ni memang best lah kalau sebut cendol & laksa kuala. Hehehe.

Kalau nak lebih perasan lagi , kalau korang beli laksa bungkus , dorang akan bungkus laksa, bawang sebiji, cili merah setangkai, daun salad dua tiga helai, dengan timun panjang yang sudah dibelah tiga atau empat dan sebiji buah limau. Balik rumah pandai-pandai lah potong sendiri. Unik kan?

Kacang rempeyek.
Ni memang aku dah google , takde gambar. Rempeyek kat kuala kangsar yang suka makan ni, hanya base dengan kacang semata-mata. Takde ikan bilis or whatsoever. Rasa pun sedap, manis manis takde rasa spicy , boleh makan cem tu je tau. Nanti aku update gambar. Hahaha. Memang sedap ianya dimakan bersama laksa tauuu!!!

Sedihnya tak dapat nak tunjuk gambar kat sini. Huhuhuhu.

Ada banyak lagi tempat makan best kat sini , cuma, untuk family aku , memang dari dulu sampai sekarang, kiteowang suka makan mi kuah aje. Hehehe.

Okay bye.

Credit : 1 , 2 , 4

Daulat Tuanku.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

9 comments:

Farah said...

Baca nama-nama makanan pun dah terliur.

Inani Hazwani said...

sedapnyaa kacang rempeyek :)

Mek Onie said...

MEE BANDUNG FEBERETTTTTTTTTTTTTTT!LAMANYA TAK JALAN-JALAN CARI MAKAN

Sally Samsaiman said...

Jujur kata tak pernah berjalan ke Perak neh...haihhh...mgkn sbb xde sedara kat sana :)

CikLily Putih said...

lama x pi kuala kangsar, mesti dah cantik kan..

CikLily Putih said...

lama x pi kuala kangsar, mesti dah cantik kan..

Encik Skema said...

Negeri Perak memang panjang untuk dihabiskan di PLUS. hahhahaha


Menara Jam banyak kat Perak maybe sebab orang perak menepati masa atau sebaliknya sehingga terpaksa membina menara jam. Hahahaha :3

Izzati Amira said...

@Encik Skema

haippp. haha

Azhair Azhair said...

@Farah
Kalau balik ke Kuala Kangsar ...jangan lupa datang ke D'Auni Kafe ..Kota Lama Kanan...pekena brownies special...