HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, May 27, 2015

Mewarna itu hobi yang sudah lama ku tinggalkan

Assalamualaikum w.b.t

Dulu , aku memang suka sangat mewarna. Lagi suka mewarna daripada melukis , aku tak pandai sangat bab melukis ni , sebab imaginasi aku tak berapa nak tinggi sangat. Mewarna? Skill aku biasa-biasa je , level budak sekolah rendah. Serius!! Kalau buat pertandingan dengan budak sekolah rendah , konfem aku boleh menang!! Hahaha.

Seriously , aku jarang join pertandingan mewarna ni sebab mak bapak tak bape nak support sangat , so bakat tu sia-sia begitu sahaja , cesss poyo! Alaaa..masa tadika dulu aku join yang menari-nari , lagu Hati Kama ( Siti Nurhaliza & Noraniza Idris ). Parents aku support yang tu. Haha

Baru-baru ni aku spend time dengan buku mewarna adik aku. See? Level budak sekolah ke level tadika? hoho

Kisah masa aku darjah 3.
Aku memang suka mewarna , sebab dunia atas lukisan tu penuh dengan warna yang cantik. Masa aku darjah 3 , aku ada sorang kawan yang pandai mewarna gak , since then aku mesti nak lawan dia. Heheh. Kami bestfriend , so tak salah kan nak bersaing sesama kawan dengan cara yang sihat? Masa ujian pendidikan seni , aku dapat A , then cikgu seni bawak aku dengan kengkawan lain join pertandingan mewarna kat Mega Mall Kuantan. Tak menang pun. Not to be racist , tapi aku acknowledge bakat rakan sebaya berbangsa cina , dorang memang terbaik dalam bab mewarna.

Dalam hati , nampak je dorang... dah tahu dah siapa yang akan menang. Hoho.

Memang aku jealous dengan orang yang pandai melukis ni. Kreatif sangat. Hehe

Kisah masa aku darjah 6.
Masa darjah 6 pulak , ada mall berdekatan kawasan rumah anjur pertandingan mewarna jugak. Aku ni pandai guna stabilo je. Tengok kiri kanan , takde chinese ( setahu aku kawasan navy Lumut memang takde chinese , setahu pemikiran budak-budak la... ) . "Yes , boleh menang ni!!" , kata aku dalam hati.

Tak lama tu datang tiga empat orang budak cina dengan parents dorang. Okay... probability untuk menang itu tipis. Most of them , akan guna pensil warna Jumbo tau , aku tak suka sebab besar sangat pensil warna nya. Dan.... aku hanya menang saguhati Top 10 je. Top 3 semua dapat kat budak cina. Huhu. Takpe , takde rezeki walaupun kecewa sikit.

Aku ada file tempat simpan koleksi lukisan dan lukisan yang aku pernah warna. Mana ntah aku letak file tu. Hehe

Kisah masa aku Form 1.
Kali ni bukan pertandingan , ni cerita masa ujian pendidikan seni. Dalam sekolah tu , sekolah menengah campur , ada indian, chinese & malays. Ada classmate aku sorang tu , perempuan chinese , dia buat lukisan air terjun. Guna water color pulak tu. Perghhhhh , memang cantik gilaaaaaa. Rasa nak bagi 500 markah!!! Cantik sangat.

Nenek aku chinese , pandai lukis gak. Aku rasa aku mewarisi bakat mengira dan seni sikit dari Atuk aku.. acewahhhhhh. Aku panggil nenek aku , Atuk , masa kecik-kecik Atuk layan jugak aku melukis mewarna bagai ni. Hehe. Ingat lagi masa zaman crayon Buncho hitam tu tengah femes. Aku pujuk mak aku , mintak duit nak belikan crayon. Tapi mak tak bagi , then Tok Wan yang nampak cucu dia tak dapat apa yang di request , Tok Wan hulurkan 3 keping duit syiling emas RM1. Terus aku pergi beli crayon. Hahaha.

Adik aku yang bongsu tu banyak join pertandingan mewarna , tak malu untuk aku cakap kat sini , aku adalah antara faktor yang membantu dia menang pertandingan mewarna. Haha. Aku tak tolong adik aku mewarna kat kertas dia , aku just bantu dari jauh je , "Adik, guna kaler hijau tu. Adik guna warna merah pekat.". Hamper besar harus dikongsikan bersama. Ekekeeke.

Itu semua kenangan. Sandarkan pada kenangan.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

17 comments:

Murniwati Awang said...

nice story..loni akak pon dah pandai mewarna..mewarna coloring book Alysa & Danish..hihihi

Izzati Amira said...

@Murniwati Awang akak pun da macam saya... haha

Fazleyatul Aini said...

saya memang fail bab artistik ni
memang tak pandai langsung la melukis ke mewarna ke
rasanya kalau lukis orang lidi pon hodoh T_T

namy yul said...

waa..tak sangkanya..sy kagum dengn org2 berbakat nie..
sy plak memang xd bakat melukis ke mewarna,
saya cuma reti tulis, baca & kira sahaja..hahahaa ='D

Eka Tikah said...

lamanya tak mewarna. tapi bila tengok adik saudara mewarna macam best. haha

Dayana Zahari said...

Cantiklah Izzati lukis! Hehe and yes betul Chinese memang pandai mewarna, kalau pergi pertandingan mewarna tu, macam takde harapan je rasa, :P :P , tapi takpe, never give up on that bakat, inshaAllah one day boleh go far mana tau ;)

Icah Banjarmasin said...

Ziarah malam salam ukhuwah dari INDONESIA...

Zafirah Jamaludin said...

saya suka mewarna, suka melukis tapi sayang takde bakat langsung so segan nak mewarna/melukis hahahaha

Kakzakie said...

Kenangan indah bila ingat balik semuanya Izzati.
Kakak ni melukis ke mewarna memang outlah..:)

Gee Lion said...

Wujud lagi ea hobi macam tu? Eh.. (nampak tak berapa lama dah tak pegang pensil warna....?)

Anis Ifham said...

Anis kalau mewarna tak pandai sangat, tapi kalau melukis... favorite! hihihihi.

Khai♥Rin : anies said...

mewarna ni kdg2 boleh jadi terapi sbb tgk kita menjadikan sesuatu tu berwarna warni ;-)

Dunia Zumal said...

Zumal selalu rasa jeles bila tengok lukisan kawan2 yang nampak cantik, Zumal lukis tak pernah jadi cam dorang buat...

Encik Skema said...

Tak kreatif untuk melukis, so mewarna sahajalah. Tu pun yang basic sahaja, tak ada nak bertona bagai.. hahah..

Suka warna gambar yang lukisannya dibold (macam gambar monster Inc. kat atas tu) ,, Rasa kemas sahaja lukisannya. Haahah.. :3

Kakak Tiri Cinderella said...

Saya sampai sekarang suka mewarna walaupun warna macam budak budak. haha siap beli warna lagi :P pastu buku mewarna... sila berebut dengan adik adik :P Hahaha

Afiqah said...

tulahh yg bakat melukis ni. jeles kitaaa T.T kita tak pandai sangat

Farah said...

Untung Zati pandai mewarna. Kita ni memang tak berbakat langsung dalam bidang seni.