HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, May 17, 2015

Perasaan Kita Bila Kawan Tahu Kita Ada Blog

I wish.

Assalamualaikum w.b.t

Oh yeah. Hari ini kita nak bercerita mengenai perasaan. Acewahhhhh. Bukan fasal cinta ye kawan-kawan. Belum apa-apa lagi korang dah terbeliak mata , jantung dah dup dap dup dap eh. Kemain kauu.

Aku mula berblogging sejak tahun 2010. Thanks to my friend , Syairah sebab sudi ajarkan aku mengenai dunia blog. Macam mana nak create , nak design bagai. Thank you. Kemudian, kawan aku Nadia sebab sudi ajarkan macam mana nak mahirkan diri dalam pembacaan coding untuk design blog bagi blog kita ni bertambah-tambah comel. Dan, kawan aku Mursyida @ Mucet sebab ajar aku dunia blogwalking. Wahhhh. Masa tu rakan sekelas aku aje yang tahu aku ada blog.


Tapi , lepas masa berlalu dan terus berlalu aku tak kesah sangat kalau ada kengkawan yang aku kenal baca blog aku as long as kau tak bawak cerita dalam blog ke luar. Do you get what I mean? Haha. Disebabkan aku rajin post link ke fesbuk , bilangan pembaca bertambah besar sedikit bila rakan sekelas aku masa form 5 pun turut baca and kadang-kadang suka dengan penulisan aku. Kata mereka , luahan aku dalam blog ni kelakar-kelakar. Katanyaa lahh...

Okay , kali ini aku bertambah segan sikit.


Masa aku part 1 , aku diminta oleh lecturer untuk memperkenalkan diri di hadapan kelas. Okayyyyy. So, aku pun mention hobby aku adalah 'blogging'. Bila Sir kemukakan soalan , ada pulak kawan aku ni suruh bagitahu nama link blog aku. Ugh.

Kau tahu tak, bila kau da nervous cakap kat depan ( berhadapan dengan rakan kelas yang baru kenal ) , aku jadi tak tentu arah. Tanpa mengatakan tidak , terus aku bagi tahu link aku, siap tulis kat whiteboard lagi. And.... dah tentu half of my classmates would search for it , right? Hmmmm.

Kenapa nak malu sedangkan kau tak kesah kengkawan kau baca blog kau?

Kalau mereka tahu sekadar tahu , aku okay je. Tapi, bila some of them suka cerita balik atau ulang balik cerita yang aku share , aku jadi tak senang. Dan , untuk aku yang kena umumkan yang aku ni ada blog.. Aku jadi segan. Hahaha. Tak tahu lah aku ini dipanggil penyakit apa. Ekekeke.

"Hey kawan-kawan , aku ada blog. Jom lah datang baca life story aku." - ugh No! Hehe, gurau je.

Reaction yang aku selalu terima dari kawan-kawan aku.

Most of them mesti suka kacau-kacau aku. Pastu dorang akan cakap , "Semalam entry Zati ada mention nama aku lah. Tetiba pulak rasa diri ni famous." , erkkk? Perlu ke? Hahaha. Aku tau dorang menganjing aku , hahaha.

Tahan aje lah telinga. Tebalkan muka.

Paling tak boleh blah , bila tengah surfing sama-sama kat library ke kat mana ke , bila dorang bosan tak tahu nak buat apa , dorang akan bukak blog aku. Pastu baca, pastu gelak-gelak. Eeeeeee...

"Tak payah la..."
"Nak bukak jugak , nak tengok Zati update apa.."
"Bukan ada pape pun.."
*tekan enter.. tadaaa...*

Pastu bila baca , dorang akan buat bunyi. "kEKEKEKE", "Woooooo." Dan macam-macam lagi bunyi binatang yang lain , hahaha. Okay ini tipu.

Korang mesti ada pengalaman yang sama kan? Dan, majoritinya korang tak kesah orang yang tak dikenali dalam dunia realiti baca blog korang , tapi korang sangat kesah kalau sedara mara, kawan sekelas, adik beradik baca blog korang.. kan? kan?

Well, aku tak kesah sebab aku tak pernah post entry yang melibatkan keluarga kat sini. Miahahaah. Lainlah kalau yang jenis suka melayan perasaan bagai tu , hoho. Bagi aku, terpulang pada diri sendiri lahh. Yang penting , korang tahu batas apa yang boleh dah tak boleh diceritakan kepada umum.

So, apakah perasaannya?
Jawapan aku : Dah tahu, tahu je lah. What to do then... Haha.

Sekian.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

24 comments:

Miss Xyz said...

rasanya ramai akan rasa cmni. saya pun sama. tapi klu blogger femes mcm fatin liyana semua tu, dah xleh elak dah ahaha

Syaza Raihanah said...

SR tak bagitahu Sr seorang blogger kecuali yang rapat sahaja. Tapi rasanya ramai yg dah tahu sebab SR letak link blog dekat social media cuma mungkin dorang tak cakap apa-apa :)

Janna Cuna said...

haahaaha , betul sangat entry ni . segan bila kawan kawan baca blog lepas tu mention pasal entry blog kita kat luar.

Aisyah Az said...

kita sama . hahaha

tapi bila pikir balik,
kenapa nak malu, klau malu baik takyah buat blog. hahah. aisyah tak kesah sangat kawan tahu.. jangan sampai nganjing ecah kat luar dah la

ஐ iqwa-niera ஐ said...

hahahaha kalau sy pn akan segan bila kwn2 tahu ada blog nak nak lagi yg buat kerja sama2 dekat library lpastu saja stalk blog kita hahaha *malu*

Keiko Zai said...

Rasa malu bila kawan rapat/kawan yang sekelas dengan kita baca blog kita. Maluuu. haha. Biar orang xkenal baca. Nanti nak blogging pun xbest plak kawan2 baca & mention depan kita. Mula rasa segan haha. Kalau boleh xnak kawan tau pun ada blog.

Mazni Munawar said...

ehh kita sama! saya pun sangat2 tak suka bila org yg saya kenal baca blog saya. terutamanya kawan satu skolalah. tapi comfirm ada punya yg tau saya ade blog, hahaha. redha jelah kan T__T

Khai_Sol said...

Sama ! Cerita dlm blog biar habis situ je lah . Ada yang sibuk ajuk balik . adoi

Fendi Rocka said...

testing

Fendi Rocka said...

aku pun alami isu yang sama, dulu.datang pejabat dorang ceritakan post aku kat orang lain, walaupun bukan benda buruk..malahan benda baik pun akan buat aku rasa kekok bila cerita aku dikongsi semula di depan muka aku.

since then aku dah tak paparkan blog aku di fb.tapi skrg aku alami dilemma di semula sebab kawan aku ada ckp "when i read ur statuses, u should be a blogger".

padahal aku mmg blogger.kahkha

LoNa FrEak said...

hhahahaha...penah gak rasa mcm ni...tp lama2 pk bio ler...hehehe

Izzati Amira said...

@Miss Xyz

itu memang tak boleh nak cakap ape dahhh..heheh

Izzati Amira said...

@Aisyah Az
sooo right!!!

Izzati Amira said...

@Fendi Rocka

wow, ciri2 seorang blogger ni memang boleh nampak pada statuses ek... *clap clap*

Hidayah Suhailee said...

wooo. kekeke.. biasa sudah. hahaha. tp kengkadang terpksa buat nda tau seja .pekakkan telingaaa

Siti Nurzafirah said...

haha.. bagi tahu kat kekawan ada blog bila dah habis belajar.. supaya tak kena bahan... mula bergiat aktif dan kadang2 terdow tu pun pown time dah nak abes belajar.. hehe

SakinaAlia said...

hi sis :) sy setuju sgt2 dengan ap yg sis tulis, dulu sy ada fb tp xpernah pula nk share link sbb tahu nnt mesti semua kwn and family akan ulang balik ap yg kita tulis walaupun xda tulis bnda xbaik haha, sbnrnya sy xpasti real punca sy buat blog sejak 2011 sampai sekarang mmg xda siapa yg ajar utk edit blog selama ni google je huhu tp utk bagitahu umum(cth dlm kelas) pasal blog kita sy mmg malu nk bgtahu smpai pernah cikgu ckp kalau blogger bg link tp sy refused kata xada, tp mmg certain friends yg dh tahu kita redha jelah kan asal xsebut2 kt depan kita hoho buat entry pun sebenarnya diri sendiri je yg baca balik hehe

Kakak Tiri Cinderella said...

Hahahah Sengih sengih baca entry nie :P Saya first buat blog dulu ada mention dalam Facebook. And masa Madam yang ajar Muet tanya saya suka watpe, saya jawab blogging. Sekarang saya rasa menyesal mention pasal blog kat orang yang saya kenal. Hakhakhak. Siap pesan kat bestfriend yang tau pasal blog saya supaya jangan bagitau kat orang lain :P Weee Anyway, memang malu pun kalo ada yang ulang balik ayat yang kita guna pakai dalam blog :P Hikss.

Farah said...

Kita sama! Sangat tak suka kalau orang ulang balik apa yang kita tulis dalam blod in real life.

Jari Manis said...

klau sis JM..tak nk kawan2 rapat tahu ada blog sbb MALU!!!! tapi org lain tahu ok lak kan..ishhh

Encik Skema said...

for me, blog ni macam nak expose diri kita kat orang luar. Bercerita tentang life kita untuk orang lain.. but 'orang lain' yang dimaksudkan tu adalah orang yang kita tak kenal, bukan friends, family.
HAHAHA...

Sapa tak segan,, hari ni tulis entry pasal makan nasi ayam kat hotel, esok satu sekolah gosip "budak tu makan nasi ayam kat hotel.." . belum kira cikgu cikgu,

Paling penting, bila blog dibaca oleh orang yang mengenali kita luar dalam. Susah woo nak gosip pasal diorang. Wahaha..

Anis Ifham said...

kalau saya.. rasa malu bila tau saya ada blog. ahahaha. apatah lagi kalau ada ahli famili baca, dush! xD

Bro Ley said...

Wow2..siap gtau kat dpan kelas link blog..hahaha.. Nasib la aku xgtau siapa2 yg aku kenal lg kecuali adik2 aku je.

Kalau interview pun aku elak gatu hobi aku blogging. Bagitau hobby yg cliche2 je mcm main futsal biar xde org tahu aku ada blog..haha..

Izzati Amira said...

@Bro Ley masa tu nervous tak boleh control , otak pun blank. so jawab je laaa... nak refuse share link, tapi masa tu mmg xde idea..hmmmm