HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, May 31, 2015

Reader's request : Macam mana aku buat kawan di Universiti


Assalamualaikum w.b.t

Hampir tersenyum kecil ( hampir okay.. belum senyum kecil lagi ) , bila dapat request dari blogger Mazni yang bertanyakan...


HA.HA.HA.

Secara fizikal dan mental nya aku bukanlah jenis yang suka approach orang dahulu. Kenapa? Since aku dari sekolah rendah lagi , aku selalu bertukar-tukar sekolah , pulak aku ni bukan jenis ringan mulut nak memulakan perbualan. Aku malu. Hahaha. Geleng kepala.

Kenal dengan roommate.
So, masa aku kat Lendu dulu , orang pertama yang aku kenal adalah roommate aku , Erra. Dia yang tanya nama aku dulu... see?? Bukan aku yang approach dia? Hahaha. So, untuk seminggu tu memang aku dengan dia je lah. Alhamdulillah , aku dapat roommate yang selalu ada kat bilik , baik , hormat privasi , sometimes kami boleh kongsi cerita sama-sama , bertukar cerita dari pengalaman yang sama.. dan macam-macam lagi. Tapi sometimes , aku rasa dia ni annoying... annoying dalam diam , tanpa dia sedar. Hahaha. Eh girl , i miss you lah.

Kenal dengan jiran.
Lepas habis MDS , minggu seterusnya dah boleh start kuliah. Walaupun kami ( roommate ) dari kos yang sama , tapi kelas tak sama. Masa tu , pengurusan kolej tempatkan 5 bilik yang berjiran adalah dari kos yang sama. So, masa tu aku just perlu cari antara jiran-jiran tu , sapa yang satu kelas dengan aku. Ye , aku segan nak approach orang , tapi nak tak nak.. aku kena cari kawan jugak sebab aku tak tahu langsung kelas untuk first course aku kat mana. Satu satu aku ketuk bilik , tapi takde orang. Rupanya owner 3 bilik tersebut tengah berkumpul kat satu bilik ni buat makan-makan , sembang-sembang.. Aku dengan roommate je tak join dorang.. hahaha. Tak tahu kenapa.

Ye la, sepanjang MDS aku tak pernah langsung nampak muka jiran kiri kanan dengan dua bilik depan. Seriously , minggu MDS waktu tu memang busy. Subuh dah keluar , tengah malam baru balik , takde masa nak lepak sebab penat sangat.

Dahulunya kami ni strangers

Kenal dengan classmates.
Okay , lepas aku approach bilik sebelah , dengan muka senyum kambing aku pun bertanya , "Korang dah tahu kelas? Sape kat sini kelas B?"

Ada sorang awek comel angkat tangan.

"Besok pergi kelas sesama eh. Kita tak tahu kelas kat mana. Nama awak sape?"
"Mira." , balas awek comel tu.

Untuk seminggu , pergi mana-mana je aku dengan macek ni lahh. Macek Mira , heheh. Terima kasih tak terhingga sebab awak sweet sangat.

Dalam kelas
Most of the time , dalam kelas aku ni jenis tak banyak cakap sangat lah.. mula-mula je.. Tapi bila dah lama kenal , aku banyak cakap jugak ( dengan kawan pompuan especially ) . Aku memang berat mulut nak bercakap dengan classmate lelaki.. yang rajin bercakap dengan aku pun sebab dorang approach dulu , means mulakan topik perbualan dulu. Aku memang tak campur sangat dengan dorang , haha.

Selalunya , lepas kelas tamat , aku terus melulu menuju ke bilik. Masa part 1 dulu memang aku adalah antara orang yang pertama keluar dari kelas , sebabnya? Aku nak tidur. Hahaha. Puncanya roommate aku la , selalu lepas dia balik kelas.. mesti dia tidur. So, aku pun terikut sama. Hehe. Aku memang tak sosial @ jenis keluar sangat dari bilik. Aku memang jenis suka duduk bilik je.


Tips ??
Kalau lalu lalang kat level , berselisih dengan muka yang agak familiar dengan kita , rajinkan bagi senyuman. Senyum itu sedekah... Nak berkawan dengan orang baru ni jangan sombong sangat tau , bila orang tanya kita satu soalan , kita tanya la balik dua soalan. Barulah nampak diri tu peramah sikit kan. 

Tak faham sesuatu , rajinkan bertanya. Jangan diam je.

Aku rasa , style orang sekarang ni bukannya macam , "Hai , nama saya Munah, nama awak?" , no no no. Guna cara lain , 
"Baru balik kelas ke?" , 
"Kos apa?" , 
"Duduk kolej mana?" , 
"Muka macam familiar lah" - ayat tackle, hoho. Well , lebih kurang macam tu lah. Hahah.

Okay , inilah cerita aku masa kat Lendu dulu. Agak nerd jugak lah.. hahah.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

18 comments:

Lee-kun said...

Hmmmm, rasa macam pernah tengok Zati ni..tapi kat mana ye..? Ada tercross path kat mana2 ke?


Eheeeee...menjadi tak..? XP Tapi serious, macam selalu tengok jek Cik Zati ni.. ^^

Izzati Amira said...

@Lee-kun haha , serius laa? yg chubby2 tu saya la tu. hahaha

Zierwa Zainal said...

entry ni buat zz terkenang masa bljr dlu.. zz dr sek rendah, men hatta sek memandu pun pindah2.. so zz rasa mcm jd kebiasaan pulak cri kwn.. terbalik la kita..huhu.. zz yg akan approach dlu. kwn sblah zz mse orientasi zz tgur dlu and kebetulan satu kos dgn zz so best friend lah dgn dia dr sem 1 smpai akhir.

masa sem 2 zz buat part time yang membuatkan suma org kenal zz. smpaikan kwn zz ckp ape ko ni dasat betul, jln mna2 pun sume org kenal ko. sbb part time zz tu pengurus kelas tusyen under MPP untuk subjek2 yang sush. nak kna deal ngan org kn.. masa sem 4 pulak zz bergiat aktif dgn persatuan kos zz so buat mcm zz kenal byk org, byk lecturer.

tapi at the end, zz rse org kenal zz sebab nama zz rasanya.. lain dari yang lain..haha..

p.s terpanjang pulak..

Mazni Munawar said...

Thankyou kak zati. Mmng kat sana nnti kena peramah dan banyak mulutlah bila jumpa org2 lain kan. Huhu

Aisyah Az said...

ecah pun memula dulu risau kemahen, tapi bila study sana dia macam natural tau. terus dapat kawan, rapat then jadi selesa dengan people there. bersyukur sangat.

Izzati Amira said...
This comment has been removed by the author.
Izzati Amira said...

@Zierwa Zainal thanks for sharing zz!!

Izzati Amira said...

@Mazni Munawar welcome mazni!

Izzati Amira said...

@Aisyah Az kan kan kan? i feel u ecah! hehe

Nabihah Arrose said...

oh macam tu caranya,terima kasih atas perkongsian kak Izzati Amira :-)

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

hai zati !! perasaan kat tempat baru mmg fuhh, dupdap je. sebab tak kenal orang sekeliling. heheee. tapi minggu MDS mmg seriously penat gila kan !! hazy UiTM puncak alam, so rumah kteorg mcm apartment. satu rumah 4 bilik, satu bilik 2 orang. zati bayangkan je lah, seminggu MDS tu, hazy tak kenal pun housemate !! padahal satu rumah. kenal roommate je. tapi lama2 dah boleh get along dengan housemates semua. seronok !!

Izzati Amira said...

@Nur Haziqah Mohd Rosli kan...minggu MDS mmg busy

Lee-kun said...

@Izzati Amira serious...serious.. mungkin pelanduk dua serupa kooot.. ^^

adibah debot said...

teknik yang amat berkesan. hahaha.

Farah said...

Memang kena ringankan mulut sikit masa kita baru-baru nak berkenalan dengan orang.

Amy J said...

betul bab senyuman tu. jangan malu untuk senyum. maybe one day we could turn out to be friends :D

Anonymous said...

hi . sy ni jenis awkward and malu tahap extreme punya hahaha. nak tanya kalo dgn org baru kenal, guna awak saya ke kau aku. sy sejujurnya sgt2 janggal nk guna kau aku bila ckp dgn org baru, tapi bila sy guna awk sy org akan label mcm pelik or kuno.. so . what do u think?

Izzati Amira said...

@Anonymous

bg saya, takde masalah nak bahasakan diri saya/awak/kita semua tu asalkan kita selesa dengan panggilan tersebut. pilih mana yang awak rasa selesa. lantak lah orang nak cakap apa, asalkan kita selesa.

sebab utk panggilan aku/kau ni mcm terlalu kasar kalau baru kenal kan? hehe. terpulang pada diri sendiri, yg penting kita rasa benda tu selesa and tak kurang ajar. hihi