HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, May 14, 2015

Resipi Bujang : Kuey Teow Goreng

Sumber : flickr. Credit pic : nasilemaklover

Assalamualaikum w.b.t

Yes to resipi bujang please! Hehe. Okay kita nak share resipi mudah untuk para bujang yang jarang sentuh kuali kat dapur tu ( macam aku je...HAHAHAH). Boleh jugak nak apply untuk beginner yang baru nak belajar memasak tu. Meh dekat sini meh.

Bahan-bahan ( hidangan untuk 1 orang ):
Kuey teow 1 bungkus *
Bawang merah ditumbuk - 1 ulas yang kecil
Kicap - 2@3 sudu
Sos - 3@4 sudu
Sambal kisar - 3@4 sudu
Kucai - secukupnya
Taugeh - secukupnya
Telur - 1 biji
Secubit garam @ perencah rasa tumix/knorr

Cara-cara
1. Kuey teow tidak perlu dibasuh , * ambil la segenggam letak dalam pinggan , agaklah korang nak makan banyak mana. Untuk seorang je tau , nama pun resipi bujang. Yang selebihnya , ikat dalam plastik, simpan dalam peti ais.

2. Mula-mula panaskan kuali , lepas panas tu masukkan minyak dua tiga sudu macam tu.

3. Masukkan bawang merah yang telah ditumbuk. Goreng seketika lepas tu masukkan sambal kisar/tumis ( boleh dapatkan dipasaraya berdekatan , yang dah siap ni memang banyak. Brand Adabi tu sedap ).

4. Kemudian masukkan sos dan kicap , tak lama tu masukkan pula kuey teow tadi.

5. Gaul biar rata. Kemudian masukkan pula telur , seeloknya goreng telur ditepi kuey teow. Bila telur dah masak sikit baru lah ratakan atau gaulkan sekali dengan semua kuey teow. Dan masukkan secubit garam atau perencah rasa sikit.

6. Lastly masukkan taugeh dan juga kucai. Tak lama tu dah boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.

Bahan bujang, cara bujang itulah resipi bujang. HAHAAAHA.

Okay selamat mencuba.
Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

8 comments:

Syaza Raihanah said...

Okey, saya lapar. Hehe

Inani Hazwani said...

Akak terliur. :P

Gee Lion said...

kak gee tahu makan je.. ahakss..

yoorin melacolea said...

ngencesss tengokkk..

Amy J said...

alamak Zati, gambar x menahan. hahahaha. saya suka gak kalau bosan masak kuey tiow.

syadzilamustafa said...

bestnye..kuetiaw...blogwalkinghere

Eka Tikah said...

kite kalau goreng mee ke kuey teow ke tak letak tauge. sbb tak suke hehe

Jari Manis said...

menambat selera tul