HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, May 28, 2015

Today's Knowledge : Event Boundary


Klik sini jom : doraemon , nobita , shizuka

Assalamualaikum w.b.t

Orait , kita nak share info dari instagram @atokdean . Bukan share sesaje , aku share sebab aku pernah mengalami situasi yang dipanggil 'Event Boundary' . Tak tau lah korang pernah hadapi situasi macam ni atau tak..

Event Boundary ini adalah satu situasi dimana bermula dari titik A , kita nak menuju ke titik B untuk buat sesuatu perkara , tapi sampai kat titik B je , terus lupa apa perkara yang kita nak buat tu. Situasi macam ni selalu berlaku dekat aku masa kat rumah.


Tak faham lagi ?

Aku guna gaya penceritaan pulak.

Contohnya , masa kau duduk dalam bilik , kau nak ambil surat khabar dekat depan rumah. Jadi , kau pun keluar dari bilik kau lalu berjalan menuju ke depan rumah , tapi sampai depan rumah tiba-tiba kau tak ingat apa benda yang kau nak ambil tu , tak pun kau pelik , "Kenapa aku keluar dari bilik?"

Okay , itu la namanya Event Boundary.

Gabriel Radvansky adalah seorang saintis yang telah menghabiskan hampir 20 tahun untuk mengkaji masalah ini. Dengan mengambil contoh, bergerak dari dapur ke bilik, otak akan mengesan dan mencipta memori tentang maklumat yang ada di dapur dan kemudiannya memberi tumpuan kepada bilik yang bakal dituju. Menurut kajiannya pintu boleh menyebabkan minda manusia memisahkan episod aktiviti seseorang. Dalam kata mudah , pintu itu menjadi pemisah dimensi yang membuatkan seseorang terlupa. Itulah Event Boundary.


Menarik tak pengetahuan ni?

Kalau situasi di atas terjadi kat aku , selalunya aku akan berpatah balik dari titik asal. Contoh kalau aku dari bilik nak ambil surat khabar , sampai kat depan aku terlupa nak buat apa. Then, aku akan patah balik ke bilik aku. Konfem aku akan ingat semula. Hehe.

Korang punya kisah pulak macam mana?

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

15 comments:

Khai♥Rin : anies said...

bgs nyer ada org buat kajian sebegini... patut dpt nobel prize ni ;-)

CikLily Putih said...

selalu kena.. ntah apa yang difikirkan tak tau la kan

Dunia Zumal said...

Zumal selalu gak jadi camtu. Kekadang ambil masa juga nak kembali ingat...

sue sue said...

Selalu kene...tapi ade berkaitan juga dengan kekuatan minda kita :)



Singgah blogwalking...:)
Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

Gee Lion said...

duduk dalam bilik, konon nak minum air. pastu p dapur. sampai dapur lupa dah nak buat ape.. lagi dasat boleh sambung tengok katon kat TV.. =D
Event Boundary rupanya. Jadi dlm hal ini, pintulah yg bersalah? HAHA!

Mazni Munawar said...

Eh mcm sayalah :o kadang2 tu saya letak kunci kt sofa ruang tamu pastu pegi masuk bilik beberapa saat, keluar dri bilik tu lupa kunci ltak kt mana. Pastu kelam kabut cri kunci tu balik. Hahahaha

انيس ادنن said...

selalunya akan terus lupa... ahahaha!

Kakak Tiri Cinderella said...

Alahaiiiiiiiiiii biasa sangat kena benda nie :P

sharifahsyahirah said...

selalu sangat kena benda macam ni. muhehehe

Afiqah said...

macam sama jee dgn df selalu lupa hahahaha

Aisya A. said...

ilmu baru untuk hari ni! baru tau ada jugak benda alah org panggil event boundary ni. thanks! hehe

tp selalu lah jadi mcm tu. bila dh tak ingat malas nak fikir dah, pergi buat benda lain dulu. nanti pepandai la teringat sendiri. :D

Farrah MF said...

Ada nama rupanya utk mende ni :)

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

kelakar jugak ingat pasal event boundary ni. sebab memang kalau patah balik dari pintu tu, nanti ingat semula

Amy J said...

oh, itu rupanya nama dia. menarik! baru tahu. hahaha. selalu terjadi macam ni kat saya..lepas tu blur memanjang sampai sudah xtau apa nak amek sebenarnya

saya dah klik semua tu! :D

eh, kalau awak nak klik tabung saya juga, awak cari iklan adsense tau. yang nuffnang dah x menjadi sangat.

buka je homepage, terus nampak iklan2 semua nnti. :)

Izzati Amira said...

@Amy J noted kak amy! hehe