HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, June 15, 2015

Food review :Truly Signature & Trulytwo Cafe

Assalamualaikum w.b.t

Lepas aktiviti berkayak di belakang Zoo Melaka , Ayer Keroh. Kami bertiga menuju ke boutique cafe yang baru bukak di Bukit Baru , Melaka.

Truly Signature & Trulytwo Cafe. 
Konsep : Premium Label Concept Boutique & Cafe
Instagram : @trulysignature & @trulytwocafe


OPEN DAILY : 12 PM - 9 PM


Muka pintu Butik Truly Signature di Bukit Baru , Melaka. Cantik kan? Serba putih dindingnya. Memang cantik lah. Kira-kira 10-15 minit dari Aeon Jusco Melaka lama. Masa masuk tu , kami menerima greetings dari pekerja butik.


Sebaik sahaja bukak pintu , korang akan nampak kerusi meja dimana trulytwocafe ni berada di ground floor bangunan. Simple and nice. Trulytwocafe ni hanya menyediakan dessert yang sweet-sweet gitu. Tiada makanan berat. Nak bersantai , lepak dengan members sesuai lah.


Kat belakang cafe tu ada banyak design baju dan tudung dari jenama yang femes jugaklah seperti Tudung Ruffle , Modvier & banyak lagi. Boleh cekidaut dekat instagram dorang okay.

Dekat tingkat atas pun ada jual baju jugak , cuma kiteowang tak naik atas pun. Datang nak lepak makan je.


Tujuan kami ke sini sebab nak pekena desserts dekat trulytwocafe ni je. Disebabkan aku ni follow both of their ig , gambar-gambar desserts yang dorang share memang mouth-watering habes!! Gagah tak gagah jugak lah nak datang sini. Heheh



Sundae Cheese Cakes

Hidangan dessert yang pertama sampai ke meja pilihan Shera sherot , hihi. Masa nak pilih menu , aku refer ig je sebab dalam menu book takde gambar , so nama yang pelik-pelik tu aku tak tahu rupa dia macam mana. 

Ianya adalah campuran cheese cake & caramelised walnut di bahagian bawah , di tambah pula dengan 3 skop aiskrim berperisa vanila dan juga butterscotch sauce kat bahagian atas aiskrim. Bagi aku , cheese cake dia memang sedap , aiskrim vanila toksah dok cakap lah. Paling enak caramelised walnut dia tu.. aku sukaaaaa... Very recommended!!


Hazelnut Milkshake & French Miniature 

Hazelnut Milkshake.
Fiqa yang order air ni , well feveret aku walaupun first time aku minum Hazelnut Milkshake nih , well aku suka minuman yang ada rasa kacang ni. Sedap memang sedap , rasa dia tak terlalu manis sangat. Topping dia tu aku rasa dia letak eskrem dengan butterscotch sauce. Dah last last tu baru aku terfikir... kacau butterscotch tu dengan air laaaagiiii sedap. Serius!!

French Miniature.
Ni aku yang order sebab deco dia cun. Miahaaahaa... Apa yang ada dalam hidangan dessert yang satu ini adalah Chocolate Mousse , Panna Cotta & Creme Brulee with vanilla ice cream. Yang ni memang sweet habes. Terutamanya yang Panna Cotta ( with strawberry on top ) dan Creme Brulee tu. Aku bukanlah penggemar makanan yang manis sangat ni , so bagi aku benda dua ni memang manis. 

Yang aku puas hati , atas strawberry tu dia ada letak sauce ape tah @ dia guna madu.. masa aku gigit strawberry tu , mula-mula rasa manis , kemudian baru muncul rasa masam strawberry. Best! Choco mousse pun sedap.


Overall okay. Customer service okay ; 3.6 bintang 
Greetings masa nak masuk tu okay. Apa-apa soalan yang kawan aku tanya pasal desserts yang dorang provide diberi explaination yang baik. Masa nak tengok baju , takde pekerja yang ikut bontot customer. Cuma lack sikit masa nak bayar , yang jadi cashier tu tak senyum & dorang tak provide bil . Tak perasan pulak kalau ada notes 'nak bil @ resit kena mintak'. Well , aku memang perlukan resit untuk kira & semak perbelanjaan aku. Hehe.


Nak tahu alamat dan banyak lagi pasal dorang , silalah follow instagram dorang okay!!

Okay itu je. Bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

11 comments:

BudakVanilla said...

cheese cake tu nampak sedap sangat. macam aiskrim lak. :D semua la sedap. meleleh airliur tengok gambar :D

Farrah MF said...

Bestnya lepak2 sambil makan desserts yumm yummm! :)

Eny Abdullah said...

sedapnya tgk icecream tuuuu!

mardiana abu darin said...

Bagus jugak konsep mcm.ni. nak2 mcm akk yg ada anak ni. Org kata sambil.menyoping anak2 blh ralitkan dgn desert2 tu kan. Baru mama blh pilih dgn aman Dan damai.

Tapi nu jauh kat Melaka pulak....

Ada kesempatan akk terjah ye!

Iris Jasmine said...

cantik kedai dia kan. desserts pun mcm sedap. terus mengidam nak makan yg manis2. >.<

Lissa said...

sundae cheese cakes tu sangat menyelerakan ooohh.hihih

Aisyah Az said...

tergugat kejap tengok sundae tu,aihhh

Azwar Syuhada said...

Perghh nampak menyelerakan Sundae Cheese tu. Harganya mahal x?

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

teringin cheesecake tu. fuhh. lagi2 tengah puasa ni

Farah said...

Cantik deko kedai ni. Makanan dia pun nampak cantik juga.

Eka Tikah said...

sedapnye sundae cheese cakes. kat melake? kene try ni. hehe