HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, August 8, 2015

K-Drama Review : Master's Sun

Heyya.



Kita nak review drama yang baru je habis tengok minggu ni. Cerita ni best okay ; Master's Sun. Cerita lama , baru kali ni rasa nak tengok. Master's Sun lakonan So Jisub dan Gong Hyojin.

Total episode : 17 episode.

Sinopsis.

A romantic comedy with horror elements. Selepas kemalangan kereta , Tae Gong Shil terlantar di atas katil hospital selama 3 tahun. Selepas bangun dari 'koma' , dia mendapati dirinya boleh melihat roh orang yang dah mati. Dia ni takut sangat pada hantu, tapi nak buat macam mana... hantu-hantu yang sering muncul di sekeliling dia suka kacau hidup dia. Mostly nya nak mintak tolong tunaikan hasrat si mati yang tak tercapai semasa hidup. Kononnya , selagi roh si mati tidak tenteram (sesuatu hajat tidak tercapai semasa hidup), mereka tidak akan meninggalkan bumi.

Secara kebetulan , si Tae Gong Shil ni terserempak dengan Joo Jong Won , seorang pengarah Kingdom shopping mall yang kaya. Setiap kali hantu muncul menganggu Tae Gong Shil , secara automatik hantu tu semua akan hilang jika dia bersentuhan dengan Joo Jong Won. Sejak dari itu , Tae Gong Shil sentiasa mencari peluang untuk mendekati Joo Jong Won agar hantu-hantu yang selalu berada di sekelilingnya berhenti dari menganggu hidup dia. Tetapi , Joo Jong Won tidak suka orang asing seperti Tae Gong Shil yang kelihatan seperti seorang perempuan yang hidupnya tidak terurus menganggu dirinya.

Walaubagaimanapun , selepas mengetahui kebolehan Tae Gong Shil yang boleh melihat hantu , lalu dia mengambil Tae Gong Shil bekerja dengan dirinya dan memberi perempuan itu satu misi yang berkaitan dengan kekasihnya yang telah mati 15 tahun yang lalu akibat kemalangan. Adakah Tae Gong Shil menerima tawaran Joo Jong Won itu? Apakah ganjarannya?

Nanti tengok lah eh.

Notes.

Kepada yang betul-betul tak boleh tengok hantu dalam tv tak payah lah tengok eh. Macam aku ni 89% mata akan tutup kalau hantu muncul kat tv ni. Hahahhaha , muka dorang seram-seram kot. Nak nak kalau yang suka muncul tiba-tiba... yang merangkak , yang merenung pun seram jugak. Hahahah. Tapi citer ni bukan 100% horror tau. Ada kisah cinta , kasih sayang ,tanggungjawab , komedi.. best lah bagi aku. OST Drama pun best-best tau.

Yang si hero ni bagi aku dia kelakar. Kelakar tang mana tu korang kena tengok sendiri lahh. Spoil pulak kalau aku bukak cerita sekarang kan. Okay kasi can lahhh... episode 12 , bila hero kena nyanyi lagu kanak-kanak.. Serius lawak!! Dari segi karakter dari episode 1 , dia ni jenis yang takkan buat benda yang dia tak suka. So, bila dia terpaksa buat demi 'roh budak yang dah mati' .... rasa kelakar pulak. Hahahah. Cerita aje okay. Memang banyak part yang kelakar pasal hero ni..heheh

Tapi aku suka dia buat benda kat bawah ni..


 Get lost !!

Rate : 4.7/5

Okay , selamat menonton.
Bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

5 comments:

Farah said...

Suka sangat cerita ni! Adik saya yang tak suka sangat cerita Korea pun kata cerita ni best :D

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

pasni nak tengok la. huhuhu. kena cari teman untuk tengok >.<

Siti Yang Menaip said...

heheheh kojo !!
akak tngk sikit je citer ni.. tapi hero hensem =D

sha dhira said...

ggeojyeo.. hehehe.. shad pun suka kdama ni, mmg best.. lagu ost dia pun best.. :D

Yoo ♡ said...

haha review akak ni buatkan saya rasa nak tengok balik cerita ni... heh serious best, tambah tengok dengan kawan-2 waktu duduk asrama dulu ;D