HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, August 21, 2015

Kepada : Sahabat yang ku sayangi


Assalamualaikum w.b.t

"Awak , saya sayang awak kerana Allah. Nanti bila dekat sana , bila awak jumpa Allah , saya mohon awak jangan tarik  pahala saya , selepas saya bagi tahu awak semua ini."

Tudung awak.

Awak dah sempurna sebab pakai tudung , cuma.. labuhkan bahagian hadapan tu. Tutup 'dada'. Tu yang Islam ajar.

Kaki awak.

Pakai stoking memang tak wajib , tapi yang wajib itu tutup kaki. Dengan pemakaian stoking ianya adalah salah satu cara nak tutup aurat kaki.

Kalau awak nak pakai kasut Phua Chu Kang atau kasut kotak dekat kaki , terpulanglah.. asalkan awak tutup kaki.


Baju awak.

Pakai tudung cantik dah..
Labuhkan tudung pun dah.. Awak labuhkan lah juga bahagian lengan tu. Kalau awak nak lebih selamat , pakai la sarung tangan. Besarkan baju awak , biar nampak kolot di mata orang , tapi tidak di mata Allah.

Muka awak.

Allah dah cantikkan muka awak , jangan palsu kan muka awak dengan cat yang ber-warna-warni.

Awak.. Saya sayang awak sebagai sahabat. Saya harap awak dapat ubah penampilan. Awak sudah tahu kan? Mohon ubah ye. Cuba ambil lighter atau mancis, panaskan jari awak , awak mampu tahan ke? Tidak kan? Masakan awak nak menentang kuasa Dia? Azab Dia? Maka... ubah lah.

"Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang buat perangai? Tegurlah si pemakai , bukan TUDUNG tu." Mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tapi ingat , memang benar yang bertudung itu tidak semestinya baik , tapi sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas azab seksa TIDAK MENUTUP AURAT. Manakala ,orang yang baik pasti akan menutup aurat. Sebab.. tidak ada istilah baik bagi orang yang ingkar arahan penciptanya.

Terima kasih awak , kerana sudi membaca nasihat ringkas ini.

Okay , bye.
Credit tumblr


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

7 comments:

namy yul said...

nasihat yang bagus =)

PeRdU cINta said...

Terima kasih atas peringatan...kerana sayang..

adiba rusli said...

terima kasih atas peringatan. keep it up:)

Siti Yang Menaip said...

thank you for the reminder.. bukan untuk sahabat saja..
tapi untuk semua =')

Farrah MF said...

A beautiful reminder :)
Salam hujung minggu, Izzati!

Nadia Reza said...

Soft reminder.. thanks dear.. ^_*
salam hujung minggu..

nana liena said...

Kita pun kadang terlepas pandang. Sendiri punya pun cuai.. nak ingatkan kawan apatah lagi. Huhu