HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, August 9, 2015

Tiga buah novel baru in the house.

Assalamualaikum w.b.t

Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke kedai buku , akhirnya semalam dapat jugak aku dan adik-adik menjejakkan kaki ke kedai buku... pilihan kami.. tentulah... Popular. Well , kiteowang memang suka pergi kedai buku Popular kat Jusco Melaka. Dah jadi member , memang tak cari kedai buku lain lahhh.

Haritu aku ada cakap yang aku nak beli novel Tundukkan Playboy Itu & Suamiku Yang Paling Sweet kan? Jenuh jugak aku pusing 203 kali... bukunya tak jumpa-jumpa.. Eh? Untuk novel Tundukkan Playboy Itu , ranking dia Top 7. Tapi , satu copy pun aku tak jumpa. Kecewa sikit. Keluar dari mall aku tak beli pape pun.. melantak je. Nasib lah sebelah Aeon tu ada Tesco. Dalam Tesco tu ada jugak kedai buku Popular , cuma kecik sikit dari Aeon baru ni haaa.

Masuk je dalam tu , terus aku serbu tempat ranking.. Tadaaaa...


Tundukkan Playboy Itu.

Terus aku rembat. Aku cakap kat adik aku , "Kalau aku jumpa copy yang lain. Yang aku pegang ni aku letak balik kat tempat dia. Heheh". Sambil cari tu aku tengok jugak novel lain. TAK ADE!!! Yang aku pegang ni aje lah satu-satunya copy yang ada. Mak aiiii.... Nasib lah aku cepat , kalau tak... mesti kena rembat dengan orang lain. Hahaha.

Yang kedua...


The Greatest Of Destiny.

Aku tertarik dengan buku ni sebab cover dia lawa habes!! Pastu aku baca sinopsis dia pulak. "Hmmmm, macam menarik." Pastu aku suruh adik aku baca sinopsis ni pulak. Dia kata okay.. so , aku pun ambik lah. Hoho

Yang ketigaa...


Suami Edisi Terhad.

Cover cun. Tajuk macam menarik. Sinopsis pun macam okay. Alasan kukuh aku beli novel ni sebab novelis dia , Marissa ni adalah novelis yang sama bagi novel Teduhan Kasih. So, aku cuba bagi kepercayaan pada jalan cerita novel ni.. walaupun aku lebih suka drama daripada pembacaan dari novel. Hahahaa.. maklumlah.. aku mestilah suka Adi Putra yang berlakon. Kuikui.

Overall. Semua novel ni terbitan dari Karya Seni. Nampaknya , aku memang suka novel terbitan Karya Seni ni... Mana tak nya , majoriti novel terbitan dorang , cover dia cun-cun habis. Sebelum aku pilih novel yang ke-2 dan ke-3 , ada lagi tiga buah novel yang aku berkenan disebabkan cover dia cun sangat !! Untuk aku , ianya mempengaruhi mood aku nak beli sesuatu novel selain tajuk dan sinopsis novel.

Untuk pengetahuan korang yang belum tahu , sambil aku cuci mata cari novel untuk dibeli , banyak karya yang femes dulu ,  dorang buat edisi kedua , kononnya sambungan kepada jalan cerita novel yang pertama laa. 
Siti Rosmizah - Andai Itu Takdirnya 2
Damya Hanna - Bicara Hati 2
Umie Nadzimah - Terlanjur Mencintaimu ( siri 2 Kerana Terpaksa Aku Relakan )
Tapi , ketiga-tiga novel kat atas ni aku tak beli sebab aku kurang gemar plot/konflik yang cuba ditengahkan (berdasarkan sinopsis yang aku baca). Jenis aku , aku suka baca jalan cerita yang hero dan heroin yang baru nak kenal. Macam mana nak kenal kau , macam mana kau cuba mengenali @ memahami aku. Haaaaa , macam tu la. Kureng sikit nak amik tahu pasal pihak ketiga cuba tagih balik cinta lama , tak boleh lupa first love lepas kawen la , semua masalah lepas kahwin aku tak suka baca. Hmmmmm. Sakit hati mungkin.

Okay done. Nantikan aku untuk buat review untuk ketiga-tiga novel ini okay. Inshaa Allah , kalau best aku buat review okay. Kalau tak de review , maknanya tak best lah. Hahaha.

p/s : Perasan tak semua novel yang aku beli cover dia hitam? HAHAHAHA
Okay bye. TQ



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

10 comments:

namy yul said...

cantik gler cover tundukkan playboy itu...

Syaza Raihanah said...

Nak sangat beli Tundukkan Playboy Itu tapi banyak novel lagi yang tengah ada dalam waiting list to read. Tahankan dulu drpd beli. Huhu

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

dah lama tak beli novel *cries* dulu masa sekolah lagi, memang minat gila baca novel. and ofkos la suka pergi kat popular. heheee. tapi sekarang ni makin malas nak membaca >.< lepastu dah stop beli novel. tapi lepas baca post ni, tetibe rasa nak baca balik novel

tiga lalat said...

Wahh rajinnyer mengreview buku;)

yoorin melacolea said...

huh.. yg sambungan tu yg nak baca sangat tuuuu.. ^_^

Aya Zuki said...

dah lama x sentuh novel..dulu gile novel huhu

Farrah MF said...

Alamak bestnya kalau dapat duduk diam2,...tak buat apa2 hanya habiskan novel2 tu je :)

Siti Yang Menaip said...

amboi adik manish.. suka baca novel rupanya hehe..

nana liena said...

Tajuk dia bukan main ya.. hahaha.. kita xberapa layan sangat novel mcm ni..huhu..nnti buatlah review ta.nak baca.. hehe.. btw yg ke 2 ncm seronok.

sha dhira said...

love to rean novel from karya seni jugak, hehe.. jemari seni pun best, hlovate.. :D