HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, September 4, 2015

Inspirasi & Pendorong

Assalamualaikum w.b.t

Ku. Gagahkan jugak untuk update satu entri. Sebab aku nak berkongsi cerita. Sudi-sudilah baca ye.


Siapakah orang yang memberi aku inspirasi dan menjadi pendorong semangat aku sejak akhir-akhir ini? Ramai sangat.

Dari dulu sampai sekarang , tentu lah mak bapak aku. Yang sentiasa pesan itu ini , bebel itu ini. Walaupun kekadang aku ni degil dan suka melawan. Allahuakbar , aku masih disayangi. Tak lupa , adik beradik aku. Tengok dorang bersungguh-sungguh dalam pelajaran , menjadikan jiwa aku lebih kuat , menjadikan naluri seorang kakak yang nakkkkk sangat tunjuk contoh yang baik kat dorang. Acewahhh. Aku pernah jadi bodoh lah dulu. Serius. Bodoh dengan ego dan sikap sendiri.

Note : Terima kasih kerana sentiasa hadirkan orang-orang yang baik untuk aku dampingi & kenali. Alhamdulillah.


Sekarang ni aku lebih sedar. Selepas dapat kerja , aku jadi orang yang lebih bertanggungjawab? Lebih kurang lah. Aku dah mula rasa , susahnya nak cari rezeki. Tersedar , macam mana lah mak dengan abah boleh besarkan kami adik beradik dengan hidup yang cukup baik macam ni. Kami tak mewah. Ada masa boleh dikatakan cukup-cukup makan , kadang-kadang walaupun rasa sesak dengan kewangan , tapi kami masih boleh hidup. Tak payah compare lah dengan kawan aku yang hidup lagi susah..


Rezeki.

Kita dapat gaji. Dah dapat tu , mula lah kereta kemek la (terlanggar tiang gate , teruk la bagi aku. fobia jap), peti ais dah tak sejuk lah (mungkin sebab banyak pindah randah , tu yang rosak dalam tu) , motherboard pc pun dah tak boleh diselamatkan (dah lama hidup agaknya..hehe) . Ya , semuanya memerlukan duit. Mulanya , berkeluh jugak. Tapi , bila fikir-fikir balik. Sebenarnya , separuh dari gaji kita tu , rezeki untuk kereta kita. Separuh dari gaji kita tu , rezeki untuk dapat peti ais baru . Separuh dari gaji kita tu , rezeki untuk ganti motherboard baru.

Kenapa jadi macam ni? Mungkin kita kurang menderma atau bersedekah dalam erti kata lain.. berkongsi rezeki dengan orang lain? Ye , aku akui. Jarang menghulurkan beberapa keping duit untuk sedekah kat mana-mana tabung masjid. Sebab , aku sebelum ni pun tak bekerja.. satu. Dua nya , aku rasa , dah lah aku ni tak kerja. Macam mana nak bersedekah? Hidup pun mak abah tanggung.

Dulu macam tu la. Tapi sekarang dah tukar , "Berkongsilah walaupun rezeki yang kamu ada itu sedikit." Ada satu pos dekat instagram ni , teringin sangat nak share kat sini. Inshaa Allah nanti aku share.


Inspirasi.

Alhamdulillah , aku bekerja dengan bos dan pengurus yang baik. Dalam kedai tu , asalnya aku dengan kawan aku jadi kerani. Lepas dia berhenti , aku sengsorang selama sebulan jadi kerani dekat situ. Bos aku ni boleh dikatakan berduit jugak lah. Pendidikan? Sekolah sampai darjah 6 je. Tapi macam mana dia boleh jadi pengarah syarikat kapal?

Rajin bersedekah.

Dia tak pernah cerita pun dia selalu bersedekah dekat aku. Tapi , sebagai kerani yang rekod perbelanjaan bos , dia catat semua perbelanjaan dia. Banyak yang aku nampak , sedekah sedekah sedekah. Dalam hati , "Murah rezeki betul. Patutlah...". Macam kisah Syed Al-Bukhary.

Sangat-sangat memberi inspirasi. Mulai saat itu , aku dah tanamkan dalam diri. Aku nak jadi macam dia. Bukan pengarah syarikat kapal ( sebab aku tak minat ) , ikut benda yang baik lah kan? Iaitu rajin bersedekah. Walau sedikit mana pun hasil yang aku dapat , aku harus sucikan harta aku. Gaji yang aku dapat 100% bukan milik aku. Separuh dari nya , milik hamba Allah yang lain jugak.
Dulu , masa aku kecik-kecik , kalau pergi pasar malam , kadang-kadang aku bagi 20 sen dekat pacek macek adik yang selalu duduk atas jalan letak tabung kecil kat depan tu. Masa pergi pasar malam , abah bagi RM 2 je. Yelah , budak-budak kan , so sikit je la aku dapat hulur sebab nak beli sate , gula-gula, eksrem seposen. Tapi kan , kalau jalan-jalan dekat pasar malam , mesti aku akan terjumpa RM 5. Banyak kali jugak lah. 

...........................................................Sebenarnya , Ahad ni aku bakal sambung degree Yeah, bos aku tahu lah sebab aku dah inform dia awal-awal. Pastu dia cakap , "Lepas ni boleh la kerja dekat bank. Jadi pegawai."

See , satu bebanan jugak bila kita belajar satu-satu kos tu , orang terus akan cakap kita akan kerja yang berkaitan dengan kira-kira jugak. Well , aku tahu lah kemampuan aku macam mana. Pastu aku cakap lah , "Kalau ada rezeki saya , inshaa Allah."

Bos aku geleng kepala."Mesti ada rezeki."
"Saya teringin jugak nak bukak bisnes sendiri."
Bos geleng lagi. "Jangan. Cari pengalaman dulu."
Okay.... aku diam.
"Cari pengalaman. Kalau awak nak bukak bisnes tudung , kerja dengan orang yang bukak kedai tudung. Kalau awak nak bukak kedai kek , kerja dekat kedai kek. Dari situ , awak boleh tahu , mana nak cari supplier , mana nak cari material , macam mana proses dia dari A-Z."
SERIUS!! Aku tersentuh gila bila dia bagi nasihat macam ni.

Berkongsi ilmu.

Semakin kita gali ilmu , semakin sedar yang kita ni bodoh. Aku masih lagi insan yang masih kurang dengan ilmu , tapi aku suka kongsi. Walaupun ilmu aku sikit , tapi aku suka kongsi kalau ada yang bertanya. Sebab aku tahu , tak boleh kedekut untuk share ilmu. Kau akan mula rasa riak dan bangga diri. Sometimes , bila aku dapat kongsi sesuatu dengan orang , aku TER- terasa bangga jugak tapi.. lebih kepada PUAS , puas sebab dapat share dengan orang lain.

But still , kalau orang yang sama asyik ulang soalan yang sama , aku jadi fed up. Dah , kau tanya orang lain aje lah. Okay , sikap yang satu ni aku akan cuba perbaiki lagi. Hehe.

................................................Sekarang ni , aku masih lagi jadi part-time-dropshipper. Bila kita layan dan cuba penuhi kehendak customer. Macam-macam jenis sikap manusia yang aku handle. Yang paling senang , paham okay lah. Yang susah sikit , mintak itu ini. Yang perit , kena marah tu biasa lah , risau supplier tak boleh penuhi kehendak customer. Yang sakit , tanya itu ini , tapi tak beli pape. HAHAHAHA. Bukan rezeki. Tak pe lah kan.

The end...................Panjang kan aku cerita. Dah lama tak posting entry. Actually , aku memang banyak cerita nak share. Kekangan masa mungkin.. dan aku dah start malas nak karang entri.. hahahah. Sorry. Bila baca balik , nerd and poyo pulak entry aku kali nih. Hahaha. Anggaplah ia monolog dalaman bertulis dari aku. Ceh! Hehe

Macam mana life korang sekarang? So far , it's good? Sejak akhir-akhir ni.. ada yang memberi inspirasi dalam hidup korang tak? Mind to share?

Okay bye. TQ.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

4 comments:

Farah said...

Semua orang yang berada di sekeliling saya memberi inspirasi kepada saya :)

Zizie Zack said...

kalau zizie, family! zizie pun bukan datang dari keluarga yg senang.. dh hbs belajar pun, susah nak dapat kerja.. nak kata memilih, tak pun.. siap mintak level spm lg.. mungkin belum ada rezeki.. betul apa yang zati kata.. kalau kita ni kurang memberi, Dia tarik sedikit2 dari segi lain.. nice sharing zati :)

Kakak Tiri Cinderella said...

Okey, entry nie best. Mak bapak memang inspirasi utama dalam apa jua keadaan :)

Pasal bersedekah tuu... Yups. Kadang kadang saya pun guna alasan sama --' Sampailah saya terbaca satu quote... Masa susah, masa takde pape, masa kering kontang tuu laa kita patut bersedekah. Sebab Allah akan balas lebih lagi kepada kita. Hurm... Sangat sangat betul :)

Sama lah jugak dengan nasihat tentang pengalaman tuu. Tak terikir pun. Sangat bermanfaat :)

Apa apa pun, In shaa Allah semoga kita semua mampu teruskan hidup dengan sentiasa positif sebab tentangan memang akan sentiasa ada :)

All da best !

Amy J said...

hmm. lepas ni memang kena banyakkan bersedekah la kan. moga moga kita semua dimurahkan rezeki