HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, November 6, 2015

Cuti mid semester


Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk cuti mid semester. Ye , sekarang ni aku adalah budak degree di UiTM yang berdekatan dengan rumah aku , hehe. Alhamdulillah , setakat ni semuanya berjalan dengan baik , harapnya segala urusan dipermudahkan dunia akhirat. Diberi peluang untuk satu rumah dengan kawan-kawan yang pandai dan rajin , membuatkan aku pun nak jadi macam dorang jugak. Classmates pun best.

Memandangkan ni first sem aku sebagai budak degree , pihak atas dah tentukan kelas pelajar. So, macam biasa , kalau melibatkan 'penentuan' , aku memang takde jodoh dengan kengkawan lama atau classmates yang aku rapat masa diploma dulu. Hmmm. Disebabkan dah biasa , so aku takde masalah sangat. Boleh je hidup sendiri. Well , ada je batchmates lama yang aku kenal dalam kelas tu , jadi.. aku bukanlah forever alone. Miahahahaaa


Rutin harian aku? Selalu datang kelas lambat. Tak pasti kenapa , mungkin sebab dah biasa roommate dengan Lily , hampir setiap hari aku datang kelas lambat. Bukan lambat 10 - 20 minit tau , lambat aku ni selalunya 2-3 minit sebelum kelas bermula. Means , beberapa minit sebelum lecturer masuk kelas?? Adat belajar ni kan kena datang awal sebelum guru datang mengajar. Bak kata Lily , "Datang kelas awal-awal buat apa , nanti gosip je."

Betul lah tu. Sehabis mungkin aku akan tiru cara si Lily ni. Tiru yang baik-baik and yang mampu aku buat aje laa. Contohnya , sambil dengar lecturer bercakap , sambil tu aku ambil notes. Memang sepatutnya macam tu kan? Tapi dulu masa diploma aku tak buat.. hmmm sebab tu laaa. Walaupun tak faham , buat je nota dalam kelas. Alhamdulillah , aku berjaya menjadi vampire di samping Lily , kita resap yang baik-baik. Thanks Lily , Inaz , Paen & Shera sebab sudi ajar aku.

*part yang aku tak boleh tiru Lily ni adalah cara dia berjimat. Erghhh , aku annoyed gila dengan cara penjimatan yang dia lakukan. Hahahah. Sorry.


Jenis aku ni suka belajar dengan banyak orang , so semua yang pandai-pandai tu aku akan tanya dorang itu ini. Aku akan pergi bilik dorang and tuntut ilmu. Sebabnya , setiap orang punya cara yang berbeza dalam penyampaian ilmu , aku pulak tak boleh stick dengan satu orang bila datang bab menuntut ilmu. So , best kan buat macam ni? Hehehe.

*teringat masa zaman SPM , setiap Ahad aku akan pergi rumah Hui Shin nak belajar Add Maths. Kena la buat something untuk dapatkan sesuatu kan? So , berusaha ya kawan-kawan.


Classmates. Spot me. Heheh

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

16 comments:

Farah Arina said...

belajar dengan banyak orang ni bagus and lagi senang faham kan. and kadang-kadang ada part yang orang A ter-miss but orang B ada bagi tau. i spot you, hehe

Siti Yang Menaip said...

selamat enjoy cuti tu..

Mazni Munawar said...

ahahaha degree part 1 rupanya xD bertambah kawan2 baru akak hehe. eh jap akak habis diploma tu ada konvo ke? ke tunggu habis degree baru konvo?

Aliah Rahim said...

bestnya kak zati dapat dekat lendu balik. btw yg budak lelaki belah kiri tu azmi kan?

FarhanahAdzlan said...

samalaa tengah cuti mid sem and degree 1st year hihi

amira faqihah said...

selamat bercuti :)

Farah said...

Serious ke depan rumah je?

Amir Khalis said...

macam kenal je blog ni hehe. saya yang atas bukit tu hahaha

Aqilah Azmi said...

omg sama heheheh qila suka belajar dgn org pepandai reramai haha gituwwwww

Sabrina SA said...

pandainya kak zatiii T-T adore gilaaa.. btw good luck kak zati ;)

Izzati Amira said...

@Farah Arina

yeahhh betul betul!

Izzati Amira said...

@Mazni Munawar

inshaa Allah , soon nak convo dahh..kekeke

Izzati Amira said...

@Aliah Rahim

eh? hahah

Izzati Amira said...

@Aqilah Azmi

bagus-bagus. keep it up ye!

Izzati Amira said...

@Sabrina SA

lalalaaaa (mane ade).. thanks , good luck jugak (:

Syamsid Dhuha said...

New friends , new experienced right ? Definitely you'll gain new experienced and journey that you'll be created A good memories with them :D

- Syamsid Blog -