HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, November 6, 2015

Cuti mid semester


Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk cuti mid semester. Ye , sekarang ni aku adalah budak degree di UiTM yang berdekatan dengan rumah aku , hehe. Alhamdulillah , setakat ni semuanya berjalan dengan baik , harapnya segala urusan dipermudahkan dunia akhirat. Diberi peluang untuk satu rumah dengan kawan-kawan yang pandai dan rajin , membuatkan aku pun nak jadi macam dorang jugak. Classmates pun best.

Memandangkan ni first sem aku sebagai budak degree , pihak atas dah tentukan kelas pelajar. So, macam biasa , kalau melibatkan 'penentuan' , aku memang takde jodoh dengan kengkawan lama atau classmates yang aku rapat masa diploma dulu. Hmmm. Disebabkan dah biasa , so aku takde masalah sangat. Boleh je hidup sendiri. Well , ada je batchmates lama yang aku kenal dalam kelas tu , jadi.. aku bukanlah forever alone. Miahahahaaa


Rutin harian aku? Selalu datang kelas lambat. Tak pasti kenapa , mungkin sebab dah biasa roommate dengan Lily , hampir setiap hari aku datang kelas lambat. Bukan lambat 10 - 20 minit tau , lambat aku ni selalunya 2-3 minit sebelum kelas bermula. Means , beberapa minit sebelum lecturer masuk kelas?? Adat belajar ni kan kena datang awal sebelum guru datang mengajar. Bak kata Lily , "Datang kelas awal-awal buat apa , nanti gosip je."

Betul lah tu. Sehabis mungkin aku akan tiru cara si Lily ni. Tiru yang baik-baik and yang mampu aku buat aje laa. Contohnya , sambil dengar lecturer bercakap , sambil tu aku ambil notes. Memang sepatutnya macam tu kan? Tapi dulu masa diploma aku tak buat.. hmmm sebab tu laaa. Walaupun tak faham , buat je nota dalam kelas. Alhamdulillah , aku berjaya menjadi vampire di samping Lily , kita resap yang baik-baik. Thanks Lily , Inaz , Paen & Shera sebab sudi ajar aku.

*part yang aku tak boleh tiru Lily ni adalah cara dia berjimat. Erghhh , aku annoyed gila dengan cara penjimatan yang dia lakukan. Hahahah. Sorry.


Jenis aku ni suka belajar dengan banyak orang , so semua yang pandai-pandai tu aku akan tanya dorang itu ini. Aku akan pergi bilik dorang and tuntut ilmu. Sebabnya , setiap orang punya cara yang berbeza dalam penyampaian ilmu , aku pulak tak boleh stick dengan satu orang bila datang bab menuntut ilmu. So , best kan buat macam ni? Hehehe.

*teringat masa zaman SPM , setiap Ahad aku akan pergi rumah Hui Shin nak belajar Add Maths. Kena la buat something untuk dapatkan sesuatu kan? So , berusaha ya kawan-kawan.


Classmates. Spot me. Heheh

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Counting days : Konvokesyen


Pics credit to the right owner.

Eksaited pulak tengok gambar-gambar orang yang dah konvo nih. Semuanya cantik-cantik and kreatif gilaaaaa. Aku? Masih menghitung hari. Hehe

Any suggestion?? Tempat cantik-cantik untuk shooting area Seri Iskandar? Sendiri and kawan-kawan jer yang jadi photographer. Heeee. Segala cadangan amat dihargai.

Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.