HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, January 17, 2016

Food Review : Restoran Selera Warisan D'Maria

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum bermulanya final exam haritu , around 20 december lah kot , aku dengan family pergi MITC Melaka nak melantak shell out yang ramai sangat orang share kat twitter and facebook. Restoran Selera Warisan D'Maria namanya.

Alamat : 
Restoran Selera Warisan D'Maria
No 25 , Jalan KF4 , Kota Fesyen MITC , Ayer Keroh Melaka.

Satu baris dengan bangunan Bank Islam. Kota fesyen MITC takdelah besar mana , nanti pusing-pusing jumpa lah. Hahaha. Kecik aje kedainya , view dari tepi jalan. Tapi bila pergi depan kedai , banyak jugak lah meja yang disediakan kat depan kedai tu.

Suasana kedai memang simple aje , kawan aku suggest pergi petang sebab kalau pergi malam mungkin akan ramai orang , so nanti makanan lambat sampai. Bila pergi petang tu, rasa panas jugak sebab tempat makan tu berada kat tengah-tengah antara dua bangunan , no fresh air. Disediakan dua kipas besar berdiri untuk customer , but still... bolehlahh. Takde lah panas gilaaaaa.

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama kami makan kat tempat-tempat macam ni , rasa lost jugak sebab tak tahu nak order macam mana. Ada jugak aku tanya kengkawan aku yang dah makan kat sini , katanya harga ikut kepala kot sebab haritu dorang pergi 4 orang , so satu kepala rm30. Dalam hati aku , "Ni lagi mahal dari Seoul Garden yang boleh makan macam macam". Aku fikir , mungkin rm30 ni, semua jenis seafood ade kot. Mula-mula pikir macam tu lah kan. Kita nak support , so kita pergi makan and try sendiri.


Tadaaaaa.....

Makan ala shell out ni , you ols makan tanpa pinggan , pastu lauknya terdiri daripada pelbagai seafood ( yang kedai makan tu provide ajelahh ). Bapak aku dah heran , adik-adik aku lagi lahh heran ( macam mana nak makan and order). No pening-pening ,so aku pun pergi tanya macek yang sedang sibuk balut meja dengan plastik plus selotep meja tu bagai , how to order lahh.

So, macam ni... satu set RM 30... bukan satu kepala ye. Satu set tu ade ketam, udang, sotong dan siput kupang ( some brocolli , bunga kobis , salad , limau nipis + sup ) dan kuah. Servis okay je, less than 5 minutes dorang dah start hidang makanan kat atas meja. Siap ada pencuci mulut , buah oren lagi tauuu.

Satu family 6 orang , kami order 4 set. Ni pun dah rasa macam banyak. Bagi aku , untuk dua orang , satu set pun cukup!! Serius!! Lain lahh kalau jenis yang kuat melantak cam we olsss. Hahahha


Ketam + Udang + Siput kupang
Yang tiga jenis seafood ni bagi aku okay je. Tetap rasa ketam, udang dan siput.

Sotong
Untuk sotong ade spoil sikit , masa aku makan sotong ade liat , and saiz nya besar-besar tau. So, kepada gigi yang tak kuat susah la nak kunyah sikit demi sikit. Disebabkan susah kunyah masa makan tu , aku terpaksa telan terus. Nak telan pun susah sebab saiz dia agak besauuu. Hahaha.

Sos
Bagi aku rasa sos yang di curahkan ke atas seafood kat atas ni biasa-biasa aje. Tapi, bagi kawan aku yang dah pernah makan kat sini , "Sedapppp gilaaaaaaaa." Tu dia punya komen lah , kita kan taste lain-lain. 

Sup
Disediakan jugak sup dalam mangkuk kecik , bagi aku sup dia sedapp. Tapi masa tu sup nya dah sejuk, kalau makan time sup panas konfem lagi power.

Air asam boi
Seriously aku tak suka rasa dia. Memang aku tak boleh telan ahh. So, aku minum mineral water je. Tak pasti la kalau ada air lain , tapi masa tu ade air asam boi jee.


Habesss jugekkkkkk......Alhamdulillah.
Overall :

Lokasi okay. Tak berapa nak strategik sebab agak tersorok , sebab tu perlunya online promotion. Kalau tak heboh kat fb or twitter , mesti ramai lagi yang tak tahu nihh. And , dah masuk Jalan Jalan Cari Makan ( da lama tak tengok JJCM nih ).

Menu untuk shell out ade 4 jenis je. Kalau ada kengkawan tak minat makan seafood , ade jugak nasi goreng yang pelbagai. Okay kot harga makanan dengan kuantiti makanan yang dihidangkan. Nak try boleh sangat. Presentation , cun. Servis , cun. Pekerja yang menjawab pertanyaan aku pun jawab soalan aku dengan baik , even dia macek okayyy. Lagi tua dari aku , tak kerekkk punnn.

Fyi , harga set tak termasuk harga nasi dan air tau. Harga dia lain-lain.
Rate : 3.5/5. Bagi aku and family yang bukan penggemar seafood. 
Yang tak syok-nya.. makan kena cover , as perempuan kenalah makan jaga tudung tak comot bagai kan , nak lipat pergelangan baju pun tak bolehh .. lecehh gilaaa. Nampak macam over plak kalau perempuan macam i olss ni makan macam jantan kann?? Hahaha. Aku bukan jenis kaki slamber dekat public. So, hmmmmm... cam tu ahh. Hahaha
...............................................................................................
Keyword : Makan ala shell out di Restoran Selera Warisan D'Maria
...............................................................................................

Sekian terima kasih.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

17 comments:

Nur Najah said...

Jie tak pernah lagi makan takdak pinggan camtu tp teringin gilaa hahhaa. sedap nampak gambar2 tuu hehe

Anis Amir said...

gamakny kalau sy pergi dgn family, mmg kena ceramah laa. "knp makan takde pinggan?" "comotlaaaa" "panasnyaa" | Tp, kak Zati okey ke mkn nasi takberalas ap-ap? hehe*curious jgk XD

Izzati Amira said...

@Nur Najah ada masa nanti pergi la try. puas la makan.. hehe

Izzati Amira said...

@Anis Amir lagi best makan tak beralas pinggan, sebab makan seafood ni kan mencabar sikit. hahaha.. ala ala mcm makan dlm talam jugak laa...hehehe best!

Azwar Syuhada said...

Rasa lapar pula tengok. Dah lama tak makan seafood, thanks for sharing!

Aqilah Azmi said...

Wahhh terliurrr huhuhu
qila pun takde lah gila seafood but yeah TT_TT huhuw!
thanks share hikhik

Nur Zafirah said...

Tiba² lapar huhu

BudakVanilla said...

best nie makan guna tangan je. seafood lak tu. tengok gambar macam sedap.je semua. harga pun berpatutan :)

Misaki PureBlood said...

omg omg omg.. memang taklah Misaki makan dekat sini... apatah lagi dengan family.. kena ceramah.. makan ape makanan letak tak berlapik.. ahahahaha

Misaki lagi lah tak suka makan macam ni, uwaaaaaaa TT^TT semakkan mata.. adik makan ketam ke ikan ke, tulang tauk dekat atas meja makan, Misaki marah suruh letak dalam pinggan.. kekeke XD

tapi nampak sedap makanan tu :3

pst:/ makan dm talam takpe g.. tak kisah XD

Izzati Amira said...

@Misaki PureBlood wahhh. ni memang jenis tak boleh makan tanpa pinggan nih. hahahah

best per..makan seafood kan leceh kalo guna pinggan..heheh

kiteowang selalunya tulang/sisa yang dah tak makan memang letak luar dari pinggan. lain orang, lain caranya kan? hehe

Aisyah Az said...

sis buat me lapar memalam ni. aihhhh nak kena try jugak ni. nomnom

Misaki PureBlood said...

@Izzati Amira ngehehe.. betul sgt.. XD memang takleh kalau takde pinggan aahaha :3

rasa tak lengkap.. rasa serabut pun ada kalau tadak pinggan (tapi kalau ada pinggan bebanyak, renyah lak nak basuh ahahahahaha :3

yups betul tu, lain org lain caranya.. :3 hehehe..

Aisya Ahamad said...

Tak pernah lg bershell out ni. Hehehe

CikLily Putih said...

ayer keroh? ok boleh pi nanti

hafizi said...

macam takut je nak makan macam tu? betul x?

Izzati Amira said...

@hafizi kenapa nak rasa takut pulak? hmmmm

Joe balok said...

Makan je..xyah,nk cover sgt.xperlu pun.bknye mkn gelojoh