HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, January 31, 2016

Kredit celcom asyik hilang

Assalamualaikum w.b.t


Okay , siapa yang tak pernah kena tolak kredit secara tiba-tiba? So lucky...or..you will be the next. Huahahahah. Okay , kesakitan pada hati kembali bila aku dapat mesej..

"[RM0:00] Your request could not be processed. Sorry for any incovenience caused. (32)"- from 36881.

Kononnya aku ada request porn pics bagai la, tak pun nombor ekor. Hmmmm

Okayyyy , sejak bila pulak aku ni cerdik akal nak request dekat nombor 5 angka nih? Come on , aku boleh dapat benda yang kau nak bagi tak nak bagi via internet pun boleh la!! Haritu , sebelum start final , aku dapat lagi mesej yang sama dari 5 angka nombor yang lain , dia tolak dalam rm4 jugak lah. Hangin ke tak hangin? Dah la aku penat-penat baru balik dari kelas , pastu sesenang hati dorang ni nak hack pastu tolak kredit aku. Yang paling sakit hatinya , kredit aku tengah expired pun still boleh tolak kredit aku? Hmmmm.

Petangnya aku pun call la celcom center 1111 tu , pastu suara dia f annoying macam nak tak nak layan aku , lagi la aku rasa sakit hati. Hahaha. Dia cakap , refer pada sistem dorang , aku ada buat request kat nombor sekian-sekian , sebab tu la berlakunya penolakan kredit. Aku cakap la yang aku tak de hantar pape message request pun kan , pastu operator tu cakap ,

"Dalam sistem kami , ada bukti yang pihak cik ada buat message request tersebut."

I hate you , i swear i did not okay

Perghh lagi lah aku rasa terbakar , sebabnya , if aku ada buat request , akan berlakunya penolakan kredit , takkan lah aku ni lembap sangat nak pergi call dorang and tanya kenapa kredit aku kena tolak kan? Faham tak situasi tu? Hmmmm. Dah tentu la aku tahu bila aku buat request , konfem lah kredit aku kena tolak , maksudnya tu memang aku yang buat.

The best part is , selalunya lepas call celcom center akan ada message dari pihak celcom soal pasal servis dorang kan? You know what.. aku memang komen habis-habis sampai aku puas..hahaha. Aku cakap la pehal tak improve sistem bagai. Aku ni guna celcom sebab nak support company melayu. Mmm pastu aku cakap la guna magic sim kan akan ada basic internet kan , tapi rupanya dorang limit dalam 100MB @ 500MB sahaja untuk sebulan? Kecewa gilaaaa. In english la tapi..kuikui

Pastu aku tanya la , pihak dorang ni tak boleh detect ke siapa punya kerja ni kan? Pastu dia jawab..

"Maaf cik , memang pihak kami tak boleh nak detect siapa atau company apa yang  hack sistem kami ni."

Oh yaaaaa? Okay aku konon memahami lah sebab , bukan senang nak trace benda-benda macam ni kan.. tapi... rujuk entry blogger Ouhstory ni , dia cerita pasal masalah ni pada tahun 2011. Sekarang ni dah 2016 , apa yang pihak dorang buat untuk improve-kan sistem dorang dalam masa 5 tahun nih? Did NOTHING?..... AT ALL?

"Okay la, so boleh tak pihak celcom ni block semua mesej-mesej macam ni dari nombor telefon saya?"

"Pihak kami tak boleh nak trace bla bla bla.. bila ada report sahaja kami akan block nombor tersebut."


See? Bayangkanlah kalau dalam masa setahun ada 10 jenis mesej macam ni tolak kredit aku dari nombor yang berlainan, sepuluh kali aku kena report dekat celcom center , dan masa tu dah berapa RM aku dah rugi? Kau tahu tak ekonomi sekarang ni macam mana? Well , aku pasti masalah ni bukannya berlaku since tahun 2011 , dah berzaman kan?

Banyak bebel pun tak guna , nah aku salin semula cara-cara nak block message dari nombor sekian-sekian kat bawah ni..  Kredit blogger 8vertising ;

33193     39339
32263     39611
39886     32626
33220     39611
37773     36881

Actually , mesti lah nombor-nombor yang lebih kurang macam kat atas ni. Haa , aku ingat lagi , operator tu cakap , mesej yang nombor dia bermula dengan angka 3 ni memang jenis dari kompeni yang curi-curi duit pengguna telco macam kita nih. So, berhati-hati lah u ols. Tak tahu lah kalau berkomplot dengan kompeni ni ke apa kan.. oppssss. Well , mungkin ada cara untuk refund balik duit kita kat KPDNKK , but it's okay lepas aku dah jumpa cara-cara nak block kat bawah ni.

So, cara-cara nak block mesej celcom @ company yang suka tolak kredit kita tanpa kita sedar atau tak nih.

Contoh aku dapat mesej dari 36881 , boleh send message STOP ALL hantar ke 36881.

Ataupun.. stop semua habes cerita!

STOP ALL dan hantar ke 11911

Ni dari commentators blogger tersebut , tak pasti lahh betul atau tak tapi try je lahh..

STOP MMS dan hantar ke 11911

Aku tak dapat pastikan adakah cara ni berkesan atau tak sebab aku pun baru try hari ni. Tengok aje lah nanti if dapat lagi mesej-mesej macam ni atau tak kan. Fyi , cara ni untuk celcom je kot. Untuk telco lain aku tak pasti.

Question : Ada suggestion pelan telco terbaik yang pernah anda/korang guna tak? Please share. Yang pentingnya , tak menganiaya pengguna...hihihi.

Maaf lah jika ada yang tak selesa dengan cara aku luahkan apa yang aku rasa untuk entry kali ni. Huahahaha. Okay sekian.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

30 comments:

Asya Atien said...

Asha pun slalu kena mcm tu last2 tukar pkai onexox jimat pun jimat klu minat pm asha ya

PeRdU cINta said...

PC pun pernah kena...no celcom juga....tiba tiba kredit kena tolak...tapi lepas report alhamdulillah ok...

Aechaziz said...

Most of the celcom cust face the same problems. Just have to send the STOP ALL message. They cant do anythg. Im using digi. Okay no problems abt this spamming message that take our credit.

tashira said...

celcom mmg macam ni kak. kite dari dulu lagi kena tapi malas nak ambil peduli so g lah beli sim baru je. menyampah sgt. hehe

Fieyqa Adelova said...

huhuhu sakit hati kan bila kredit kena tolak macam tu je. dulu guna celcom pun selalu masalah yg sama haha. sekarang dah tukar okay sikit ^^

Nur Zafirah said...

My dad pernah kena lepastu time celcom tanya servis diaorg tu memang kena maki hamun habis la hahahahahaha

Ahmad Hasif said...

Okay First of alll guna umobile xde benda shit suka sedut kredit org.. Digi and celcom selalu terjadi dh kemaruk xde duit ke apa... Umobile xde caj terselindung so far guna dh bertahun lamanya okay..

Skrg tgh nk try friendi.. Nk tgk cmner pula performance.. So far Umobile is the best..

Next...

Tuk pasal no digit 5.. Call center suruh Block nombor dr company tu tanya dari company mana ? Lepas tu suruh dorg unsubcribe dan Block no dari Company.. After that amik no laporan yg kita call simpan as bukti.. Boleh report d skmm.. Try cari di fb group ada group yg tgh banteras gejala nie kalau nk sama2 banteras.. Haha..

For info digi selalu buat.. Sekali sedut sampai RM5 siapa x hangin pagi2 buta kena sedut mmg cair la telinga call center tu...

Cikna said...

Celcom mmg kecik duit nak2 tang data dia,dhla call center kena bayo tunggu pun lama gak... sdhnye Cikna guna digi postpaid je ckp bln bayo,huhuu....

Farah said...

Nanti saya nak check la nombor Celcom saya. Takut juga jadi macam ni.

Izzati Amira said...

@Nur Zafirah bagus bagus!! hahaha

Izzati Amira said...

@Ahmad Hasif nice sharing. cadangan anda akan dipertimbangkan...heheh

terima kasih banyak2. lepas ni nk rujuk mmber yg pakai umobile. TQ

Izzati Amira said...

@Cikna kita tak mampu la nak guna postpaid. mungkin dah kerja nanti boleh try. hehe

Izzati Amira said...

@Asya Atien tak pernah dengar onexox... adek beradek celcom gak ke?

Aqilah Azmi said...

Ala nape takde yg comment maxis HIKHIK sbb qila guna maxis. Entah lah. Mcm ok je. Dia mmg tak suka sedut2 ni la hehe. I'm sorry for u kak huhu. Lain kali ngamuk je dkt diorang tu. Rude betul taknak tlg kita haha

Izzati Amira said...

@Aqilah Azmi maxis pun sometimes okay... sometimes tak. dulu guna maxis jugek... tapi kejap je..hihihi

Scya Lollita said...

sama lah memang menyakitkan hati betul sabar je lah haihh
thanks for the info ! ^_^

Ilman Nafia said...

boleh try onexox. Melayu punya jugak kalau x silap :D

Miss Wawa said...

Wawa tak minat sgt celcom lepas kes pkai bil melambung. Actually dapat surat dtg rumah bil cecah 300 lbih tp atas nama wawa dan nombor tel lain. Mcm mna diaorang buat kerja. :(

Izzati Amira said...

@Miss Wawa serius laaaa? perghh ni lagi menyakitkan hati. kalo zati..memang tak la nak bayar..bukan kita punya kan...hmmm

Azwar Syuhada said...

My mom dulu selalu kena, alih-alih terus beralih ke MAXIS. Settle! ;)

Nazihah@Jiha said...

hmm memang begitulah celcom ni huhuhu dah lama setia dgn celcom ni, sy pun prnh terkena juga, tak langgan pun tetiba wujud, kdg2 takut nak send balik, terfikir yg bukan2 akan jadi pula hehehe

Aina Akmal said...

Hahahhahahaha.i feel you sis. saya jrang kena. Tapi ayah saya selalu. Kesian ayah huhu. Selalu kalau kena macam ni.. saya stop all je. Snnangg

Zizie Zack said...

sebab ni la saya berhenti guna celcom dulu.. sekarang guna pun sebab magic sim. sekarang, blum buat hal lagi.. we'll see later.. kalo jadi gak, i nak sembur jugak la.. kekeke

Nabila Syifa said...

benda2 macam ni semak kat hp je..kan?

Nadiya Nedy said...

no saya dh kena..tiap hari dia tolak..kl kredit byk..rm2 skli tolak..kl kredit sikit..kurang sikit dia tolak.

Yina Lanaa said...

No mak sya pun, baru top up 11-aug rm30.00 tetiba hari ni tinggal rm0.01 padahal mak call adik no celcom.. Perasan dr bulan lepas cepat sgt habis kredit, selalu sya top upkan mcm makan banyak sbb mak jarang pakai. Tetiba slalu plak makin kurus keditnye

SHARK REAN said...

Tq kak!!!

Yina Lanaa said...

Solution-tukar telco lain. Ktaorg tukar ke dgi

fa-na_ said...

ada tu kwn mak sya, kena smpai 1000!kuang ajo betul!

fa-na_ said...

saya pun pkai magic sim...tapi knp every time top-up dia tolak rm 0.54? pelik.. mmg la bersen je,,,tapi kalau dlm sebulan tu top-up smpai 3 kali....x mmpos?pkai bukan setahun 2..aihhh