HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, February 8, 2016

Colouring Book : Secret Garden by Johanna Basford

Assalamualaikum w.b.t



Harga : RM 35++ ( masa ni beli kat MiTC event by Popular )
*beli 2 diskaun 30%

Sebenarnya banyak je buku mewarna macam ni kat Popular dengan MPH , lain-lain pelukis la. Ada macam-macam jenis lukisan contohnya kehidupan laut , bandar Perancis , mengenali Jepun...dan pilihan aku adalah taman rahsia ala-ala treasure hunt gitewww.

Actually, masa aku pergi kedai RM 2 dekat pekan berdekatan , aku nampak buku mewarna ni nipis aje dalam 8 helai gituw dengan harga RM 2. Aku beli la sebab unik kan and macam kanak-kanak yang suka mewarna, gambar-gambar bunga bagai. Pulak aku nih dah lama tak mewarna. Then aku upload gambar buku tu kat instagram , then adik aku komen.


Dia tanya mana aku beli buku tu , buku tu mahal. Pastu aku cakap la , RM 2 je. Rupanya buku yang aku beli tu , fake. Yelahh..aku pun paham..harga pun RM 2 kan. Pastu adik aku citer la yang original nya harga puluh-puluh. Lewls..mana aku tahu dia ade buku ori punya. Huhuh.

Then , masa study week sem lepas , buku ni sudah pun menjadi milik aku. Heheheehe. Actually, buku mewarna ni untuk orang dewasa yang kalau nak release tension , buku ni sesuai lah untuk u ols nak release your stress.


Gambar pertama yang aku warna. Hehehe. Ni saje aku ambil masa dua jam. Lamaa gilaa kan? Lukisan daun and bunga dia kecik-kecik , pastu..banyak sangat jenis daun and jenis bunga yang pelbagai buat aku stress nak pilih warna. Hahahah.


Disebabkan dia ala-ala Secret Garden kan..so aku try la nak buat lain daripada yang lain.. end up nampak pelik gilaa. Hmmmm


Memang sangat-sangat take time nak mewarna semua nih. Banyak sangat jenis daun sampai aku stress. Lagi pun aku tak pandai main warna. Aku hanya tahu mewarna sahaja. Nak kasi kreatif-kreatif ni memang bukan aku la. Hohoh.


Overall, lukisan semua cantik-cantik sampai kau tak tahu nak start yang mana dulu. Yang kurengnyaa , kebanyakan saiz lukisan semua kecik-kecik and macam leceh and slow sikit nak mewarna. Pulak aku ni jenis garis tepi dulu biaq nampak kemas. Tu yang take time. Heheh

Mungkin buku mewarna ni nak hilangkan stress korang pasal kerja ke, homework ke, assignment ke..memang betul lah. Sebab masa aku mewarna , aku tak pikir benda lain dah selain memikirkan bunga ni nak kaler apa , daun macam ni sesuai dengan kaler apa. Kaler A dengan B ni matching ke tidak. Haaaa cem tu laa.


Ni summary buku lukisan nih. Memang banyak lukisan dalam buku ni. Cantik-cantik semuanya. Setakat ni aku baru warna 4 page , lama jugak nak siapkan. Miahahahaha. Kepada yang suka melukis atau ada bakat melukis , ada jugak ruang kosong untuk korang melukis.

Kalau tak berkenan buku lukisan jenis forest and bunga-bunga ni , ada jugak jenis lain. Boleh google yaa. Btw, aku suka buku lukisan nih. 

Okay bye. Thank you.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

26 comments:

Aqilah Azmi said...

aaaaa qila terliur nk beli tp mcm malas ahaha .thanks share <3

Izzati Amira said...

@Aqilah Azmi hehehe, fokus belajar dulu ye..most welcome

Aina Akmal said...

Wahhh rajinya akk. Huhu. Nak harap aina mau buku tu pembungkus nasi lemak je. ≧﹏≦

Kim Chaa said...

Cantiknyaaa colour. Kita main appa colourfy je sbb takpandai nak colour manual .. ngeeee

BELLA LEE said...

wah saya ada jugak buku secret garden tu ~ cumanya bru warna satu page pun tak penug lg , penat btol part yg kecik2 tu =='

tashira said...

tak berapa kreatif sgt dlm bab mewarna , rasanya makin stress kot kalau sy buat ni sbb gambar semua kecil2 je hahaha. kdg2 rasa nak beli jugak sbb tgk org lain semua dah ada buku ni T_T

Liya Erf said...

ala cam best je. hehehe

Nazihah@Jiha said...

huhu...bestnya dpt beli...

_numigx said...

Cantik sangat!! Haritu igs ada teringin nak beli tapi mahal nauzubillah.. akhirnya beli colouring book kanak kanak yang gambar ikan besar sebiji.. bolehla buat peneman... hahaahahahajkljefhewiur

Izzati Amira said...

@Aina Akmal ala rugi la beli memahal buat pembungkus nasi lemak..heheh

Izzati Amira said...

@Kim Chaa senang sangat tu. try la yg ni...adventure giteww..heheh

Izzati Amira said...

@BELLA LEE kan? stress jugekk berjam-jam nak habiskan satu page..hihih

Izzati Amira said...

@_numigx hehe tapi bagi saya harga dia sesuai dgn buku tu sendiri..tebal and banyak lukisan. so tak rugi pun..heheh.. suka suka!!

Farah said...

Macam lain sikit pula dari Secret Garden yang jual dekat sini. Ke, akak yang salah tengok agaknya. Tapi, harga dia macam agak murah ya. Akak macam pernah jumpa buku ni tapi harga dia around MYR 60 - MYR 80.

Scya Lollita said...

scya bab mewarna ni dari dulu memang takde bakat sobs T.T

Isma Ismail said...

rajinnyaaa mewarnaaa

Zizie Zack said...

cantik jugak zati colour.. akak ni lagi la xberseni.. kekeke

Izzati Amira said...

@Farah tak pasti la kak farah. tp saya memang beli around RM35 mcm tu.. mungkin sale dari Popular kot. Tapi kat MPH pun lebih kurang je harga nya..

Mohd Noor Shawal said...

shawal datang singgah sini... :) jemput join GA shawal.. ^^ http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

emieysandra said...

cantik!! bestnyaa..leh guna utk release tension. selalu mewarna ng budak-budak dlm kelas je..ngeee. tu pun buah epal yg memang dh separuh a4

leya yeolly said...

Saya ada satu. Muka surat pertama belum siap. Dah verzaman beli tapi tak siap lgi

Izzati Amira said...

@leya yeolly hehehe. mungkin bertahun2 nak habiskan satu buku tu..

Anis Diyana said...

ingatkan colouring book untuk budak2 je rupa-rupanya untuk orang dewasa ada jugak hehe masa kecik2 selalu beli colouring book,tak pernah warna sampai habis satu buku tapi dah beli colouring book yang baru hihi xD

Fieyqa Adelova said...

rajinnya mewarna. kihkih. fieyqa tak rajin nak mewarna, last mewarna bila tah tak ingat dah. haha :D

Nadratul Syazwana said...

Menariknyaaa! Selalu dok tolong adik colour kerja Pendidikan Seni dia jerr ahahah >.<

Aisyah Az said...

ecah ada yang ori pun ! *angkat kening hahahaha
tapi sama je fake or ori. memang release stress pun buat bendaalah ni.