HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, February 25, 2016

Tips | Rutin Skin Care Untuk Kulit Berjerawat

Assalamualaikum w.b.t 


#Skin care routine for acne prone skin
#Skin care basic routine

Today , nak share tips penjagaan rutin skin care khas untuk kulit gegurls or boboys yang berjerawat. Actually , untuk gegurls yang kulitnya dah sedia licin pun boleh amalkan jugak sebab perlu jugak untuk kita maintain kebersihan kulit agar bebas jerawat giteww.

Tak dinafikan , since teenagers or since kita care sangat pasal kemunculan jerawat during the day of PMS , kita sentiasa berjuang atau struggle untuk hapuskan jerawat dekat muka kita nih. Even though jerawat tu menumpang untuk beberapa hari je kat muka kita kan? kan? Tapi tak semua jerawat macam tu , ada yang bertahun-tahun menempek bagaikan parasit..ughh stress. Bila ada event penting macam family wedding , bestfriends wedding , graduation events masa tu lah jerawat muncul. 120% stress sebab nanti nak tangkap gambar , jerawat seketul yang muncul kat muka boleh buat mood spoil. Kan gegurls kan? Hahah.

Menjadi lumrah hidup sebab kita tinggal di dalam negara yang beriklim panas , kulit kita lebih cenderung jadi berminyak dan selalu terdedah kepada cahaya matahari. Jadinya , menjadi satu kemestian untuk kita sentiasa menjaga kebersihan kulit supaya bebas jerawat. Sedikit tips untuk guide you ols yang still endah tak endah fasal penjagaan kulit muka nih.

Let's check out the skin care routine every woman and men should apply daily. 


1. Keep It Clean | Pastikan kulit kita sentiasa bersih.

It doesn't matter what kind of skin type you have , keeping your skin clean is the first step to avoid acne. Cleanse your face twice a day with a facial cleanser that suit your skin type. Gently massage your facial cleanser in a circular motion and rinse with lukewarm water. ( Masa ni pori-pori muka pun terbuka kau pun rasa bahagia sebab dah tak rasa muka tu melekit-lekit dah ). Avoid touching your face throughout the day ; Nota penting ; bila dah seharian beraktiviti main phone , laptop , memasak or study bagai , elakkan tangan you ols dari pi usap-usap kat kulit muka. Tu salah satu punca muka tu boleh naik jerawat. Jadi..elakkan ye.

Sila baca jenis pencuci muka sebelum membeli ye , jangan main rembat suka hati je , jenis masalah kulit kering , kau beli jenis untuk kulit berminyak..hmmm. Satu lagi , lepas sikat rambut or main rambut dengan tangan , jangan sentuh-sentuh muka dah ye. Sebab rambut ni salah satu tempat menyimpan banyak kekotoran (habuk debu sebagainya) , melainkan anda botak.


2. Tone It Up | Gunakan penyegar muka (toner).

Applying toner after washing your face is important as it helps swipe off the excess dirt away from your pores. Pour some toner onto a cotton pad and swipe off the dirt at the areas of your chin and T zone. 

Kebaikan penggunaan toner , ia dapat mengecutkan pori , menyingkirkan kulit mati , seimbangkan pH kulit , mengembalikan keremajaan kulit dan menyegarkan kulit. Tetapi , 
disebabkan toner ni ada disadvantages untuk kulit muka , disarankan agar penggunaannya hanya 3 kali seminggu.  Jangan pakai selalu tau.


3. Lighten the Makeup Routine | Elakkan heavy makeup setiap hari.

Women tend to wear makeup every single time they step out of the house and this may damage your skin in the long run. Go easy on your makeup. Jangan selalu pakai makeup tebal-tebal pada muka anda. Semua orang tahu , majoriti alat solek atau kosmetik diperbuat daripada bahan kimia dan ini boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda terutamanya bagi perempuan yang berkulit sensitif.

Last but not least , banyakkan minum air masak.


Then tadaaaaa.... baru lah boleh dapat kulit idaman cantik macam girl group SISTAR nihh. Mudah kan? Kalau kita jaga 3 SIMPLE STEPS nih , inshaaAllah kulit kita akan bebas daripada jerawat.

Jenis aku kulit berminyak , so 3 simple steps ni memang aku amalkan , sebab tu tak ado jerawat. Hehe. Korang pulak macam mana? Jaga kulit ke idok? 

Okay itu sahaja. Sekian. Selamat beramal ye kawan-kawan. TQ.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

9 comments:

Kim Chaa said...

Setiap hari pakai toner .. Hohoh

Aqilah Azmi said...

aaaa i love skincare routine!!!

Sharifah Amarina said...

saya guna sabun kunyit je. hihi.

Nur Zafirah said...

Thank you for sharing! Muka kita selalu ada jerawat sbb tangan ni asyik usik muka hahaha

tashira said...

baru tau tak boleh guna toner setiap hari. hahaha ingatkan lebih byk guna toner kulit lebih berseri hahaha lol thanks kak :)

♥ Ain Cho'in ♥ said...

Alhamdulillah setakat ker hari ini kulit muka and seluruh kulit memang di jaga. Penah ade jerawat naik kat muka bila stress datang. Huhu. APTB betul. :D

Mazni Munawar said...

saya pun jarang juga jaga muka :( lepasni nk kena jaga muka bebaik setiap hari. thanks for the tips!

fyfa alya said...

nice sharing girl!

awak suka laki kaya tak? mata duitan or kepentingn masa depan? jom share di blog sya okey!

Lady Shah said...

toner rasanya paling penting..kalau tak mesti muka menggerutu. huu