HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, March 26, 2016

My Self : Rahsia Bulan Kelahiran Januari

Assalamualaikum w.b.t


Masa blogwalking beberapa hari yang lepas , terjumpa lah satu entry dari blogger Ani Shafika. Blogger tersebut share entry Rahsia bulan kelahiran kajian daripada Dato Fadhilah Kamsah. Kepada yang bukan Januari-ian @ Januarian @ lahir bulan Januari lahh , boleh rujuk entry blogger Ani Shafika tu ye.

Now , aku nak cerita pasal diri aku je. Yelah , bukan selalu aku share story pasal diri sendiri dekat blog kan? Lifeless lah sebab aku nih jenis duduk rumah je , memang jarang keluar rumah. Even duduk kolej pun aku lebih suka 24 jam dalam bilik..introvert gilaaa kan? Bosannya hidup. Dulu zaman sekolah boleh la selalu share story sebab classmates semua gilaaaa. Memang lah aku suka cerita sikap gilaa orang lain kat blog aku. Tapi , sekarang nih dah matang. 

Even classmate yang rapat pun suka baca blog aku. 
"Zati , zati...bila you nak update blog lagi? Update lah hari-hari..."
Ye. Kalau aku update blog hari-hari , ke laut lah waktu belajar aku. 

Salah satu faktor kenapa aku kurang suka berjalan mungkin sebab duit. Tapi  main main main factor nyaaa... aku malas nak bersiap. Aku malas nak gosok baju , aku malas nak gosok kain , aku malas nak gosok tudung , malas pakai bedak , malas nak spend time masa untuk bersiap lah pokoknya!! Aku selesa jadi simple ( eh padahal aku ni memang pemalas tahap gaban sebenarnya... ).


1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Well , siapa je yang tak pernah bercita-cita tinggi kan? Semua orang ada cita-cita , buat masa sekarang aku tak punya specific goals lagi. Aku ikut je flow yang ada dan try buat yang terbaik. Semoga semuanya dipermudahkan. Aaaaminnnn. Orang yang serius? Sometimes.

2. Suka mendidik dan dididik.
Buat masa ni aku memang kurang suka untuk mendidik @ mengajar sesiapa , mungkin sebab aku nih bukan jenis penyabar dan lagi satu...rasa tak cukup ilmu or tak layak lagi nak jadi contoh kepada orang lain.

3. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Not so me lahhh. Tapi kadang-kadang tu mungkin..paling obvious bila aku tengah tengok drama melayu..perghhh yang kayu tu aku hentam aje!! Hahaha.

4. Suka smart , kemas dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Aku ada sikit sifat sensitif terhadap kebersihan. Tapi , kalau femly aku tahu nih , mesti rasa macam tak percaya je. Memang dorang takkan percaya lahh.

5. Perlu belajar kemahiran sosial , Pendiam kecuali dirangsang & agak pemalu.
Well. That's me. Dah biasa first impression orang level sombong and nampak pendiam. Tapi , bila dah kenal aku...hmmmm

6. Setia pada segala-galanya
I guess so. Memang aku dapat nampak yang ni memang jenis setia. Contohnya.. dah 4 tahun aku tak tukar fon. HAHAHAHAHHA.

7. Suka duduk rumah.
Home sweet home you know. Rumahku , syurgaku.

8. Cukup sayang pada kanak-kanak.
Memang cukup-cukup je lah. Aku bukan jenis yang pantang nampak budak. Kalau yang baik & jenis jual mahal tu aku suka lah. Especially sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik tu. Kalau yang takde related dengan aku & annoying sukaa nangesssss...tak kot.

9. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Yang ni aku memang pelik , walhal aku ni sihat walafiat , Alhamdulillah. Tapi mostly setiap pagi , aku akan selsema. Selsema manja-manja je lahh.

10. Daya tumpuan yang sangat tinggi serta mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Bukan. Kenapa aku tak macam ni?? Hmmmm.

Okay...yang kat bawah ni macam bukan aku...so marilah kita berhuhuhhhhuuhuuu....

11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.
KAH!

12. Pandai mengambil hati orang lain.
Dari segi apa ya??

13. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
WAHAHAHAHAH..

14. Sikap cemburu yang sangat tinggi.
Error 404

p/s: gambar ehsan google
Thank you. Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, March 22, 2016

Food Review : Kapten Pisang X Tea Mania , Bukit Beruang

Assalamualaikum w.b.t

Cafe/Kedai : RGBTea Mania
Instagram : @teamania.mlk / @teamania.klebang
Alamat : Bukit Beruang , Melaka Gambar Peta / Gambar 2 )

UPDATE : 2 OKTOBER 2016
Saya dimaklumkan bahawa since Ramadhan 2016 yang lepas ( end of July ) , pisang goreng cheese sudah tidak beroperasi lagi di Tea Mania. Tetapi, dekat Melaka Central (MC) ade lagi.





Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, March 19, 2016

New York Postcard from Blogger Doodles of Life

Assalamualaikum w.b.t


Yeay. Poskad ni sudah diterima sejak dua minggu lepas...lamaaa kan baru nak update? Nampak je Kak Farah update nak bagi poskad , terus sent emel. Hehehe. Thanks Kak Farah for the NY Postcard. 

Aku terima poskad ni masa aku dah nak gerak balik kolej ( 2 weeks ago ) , so sekarang ni balik rumah baru lah dapat update story. Sorryyyyyy.


"Assalamualaikum Izzati !
Greetings from New York City. Hope this postcard will find its way to you. Good luck for your degree. It will be hard but insya Allah , it will be worth it. Do your best and make your parents and yourself proud."

Thank you Kak Farah for your wish & good luck jugak ye.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, March 14, 2016

Cara nak dapatkan Baucer RM100 dari Zalora



Assalamualaikum w.b.t

As promise , entry lepas aku ada cakap nak share entry macam mana nak dapatkan baucar RM100 dari pihak Zalora. Senang je , korang hantar emel kat staff Zalora and inform dorang yang..

"Saya berminat untuk berkolaborasi dengan pihak Zalora. Blog saya http://nineteencapri.blogspot.com. "

ke --->  nurul.aini@my.zalora.com

Simple je kan? Then , tunggu lah respons dari staff Zalora. Macam aku , staff Zalora yang approach aku , dia post komen kat entry aku.


Aku nih memang tidak mudah percaya dengan emel-emel yang boleh membuatkan duit aku lesap bila klik link tak tentu fasal. After doing some research and staff Zalora pun dah cakap 'ini bukan spam' , aku pun hantar la emel kat dia. Pantas tau dia reply emel kita. Tapi , kalau dia lambat reply tu maknanya mestilah dorang busy kan?

Cara nak collaborate nih , pihak mereka akan suruh kita post satu entry contohnya tips fesyen muslimah while travelling , tips penggayaan trendy shawl atau macam aku , diminta untuk post entry berkaitan menjaga kebersihan kulit. Best kan jadi blogger?



Pihak mereka ada provide guide article untuk kita create entry. So, memang tak payah pening-pening la nak fikir or cari idea nak buat macam mana kan. Macam aku , 100% entry yang dorang bagi in english. Disebabkan most readers aku ni Malays , so aku request lah boleh tak buat dalam bahasa Melayu ( sebab dia cakap boleh buat entry ikut style sendiri ) , then staff tu reply suruh buat mix malays and english. 

But!! As bloggers yang penuh dengan idea , apply lah skills anda tu dengan create entry yang sesuai dengan penggayaan penulisan blog anda , baru lah rasa puas tu timbul. Kita kan nak share info or something yang berguna buat readers kita kan? So..happy sharing and blogging.

Boleh je nak post entry 100% english , tapi.. "Tetiba pulak post entry in english..buat tebiat?"...well..mentality melayu..HAHAHA.

Happy shopping with Zalora.
Okay that's all. Thank you.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, March 9, 2016

Review | First Time Online Shopping di Zalora


Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya , dapat jugak online shopping dekat website Zalora. Yeayyyy , peluang yang jarang muncul harus lah kita rembat kan? Alhamdulillah , one of the staff pihak Zalora approach aku ajak buat collaboration ( ramai bloggers yang pernah dapat peluang macam ni kan? ) bersama pihak Zalora. Kepada yang nak tahu macam mana nak dapatkan baucar ni , aku akan share story dekat upcoming entry okay?

Lepas dapat je baucar dari pihak Zalora , aku pun order barang hari Khamis , petang Jumaat parcel dah sampai!!! Serius servis Zalora memang tip top!!! Dia hantar sendiri sampai depan rumah tau , pihak Zalora tidak menggunakan perkhidmatan penghantaran pos laju.


Belek punya belek.. Satu tab demi satu tab aku bukak. Akhirnya aku pilih trendy jacket JaXon nihh. Waaaaaaaaa... Yang atas ni kaler biru kan , aku pilih warna hitam which is masa tu tinggal 1 piece je. Aku memang suka beli benda yang selalu tinggal satu je dalam stok kan? Heheh. Nasib saiz jacket yang tinggal ni sesuai dengan saiz aku.

Actually , dah lama aku nak ada varsity jacket sendiri. Varsity jacket kan dulu mahal nak dekat RM100. Then, aku slow slow lah simpan impian aku untuk memiliki varsity jacket tu , since part 2 diploma rasanya. Aku pulak jenis yang takkan beli baju over RM80 nih semata-mata untuk penuhi kehendak sendiri. Tapi tak sangka kan , peluang untuk dapatkan jacket kesukaan aku secara percuma telah pun tiba. Tak sia-sia jadi blogger yang penuh dedikasi , hadiah untuk diri sendiri. Miahahaha.

Bab membeli baju nih aku memang cerewet , nak nak yang jenis mahal mahal nih. Aku akan fikirkan macam-macam faktor , harga , kualiti , kalau aku beli..berapa kerap aku akan pakai baju ni. Membazir lah beli baju memahal , tapi pakai sekali dua je ( hmmmmm, ada la 2-3 helai baju dalam almari aku tu baru pakai sekali dua ). Tu yang menyesal tak sudah tu. Hehehe


Aku beli jacket ni menggunakan Baucar RM100 pemberian pihak Zalora. Masa aku beli , harga jacket ni around RM70-80 ( harga asal RM90-100 , seingat aku la ). Lepas dapat parcel , aku nak screen cap balik jacket yang aku beli untuk update kat blog from website , harga da jadi RM48 !!!

Guna baucar kan.. tarak hal lahhh.

Honestly , banyak gila jacket yang stylo milo yang design superbbb gempak memang rambang mata. Dah la design cun habes , harga pun murahh and sangat affordable tau. Tak menyesal lahh. First time impression memang aku kasi 5 bintang lah dekat Zalora nih. Kenapa tak beli varsity? Masa survey , kat website harga varsity around RM50 , rasa rugi lah guna baucar RM100 , tapi beli baju harga RM50...kan?

Okay , so collaboration aku dengan pihak Zalora adalah , publish kan article ni Tips Skincare Untuk Kulit Berjerawat. Then , lepas selesai tu , dapat lah baucar RM100 dari pihak Zalora dan telah pun selamat bertukar menjadi jacket pilihan aku. Simple je design dia kan? Hehehe.

Satu lagi kelebihan yang korang akan dapat if korang register account dekat Zalora , especially untuk first timer , pihak Zalora akan bagi RM25 off untuk pembelian pertama anda bersama mereka. Best gilaa kan??? So , tunggu apa lagi? Jom serbu!!

Okay bye , thank you.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.