HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, March 5, 2016

My Self | 5 Things I Hate & Like The Most


Assalamualaikum w.b.t

Hai hai. Kita dah start semester baru minggu lepas. Rancang tadi nak update fasal dunia semester baru , tapi da satu perenggan..tiba tiba lost tak tahu nak cerita apa. Delete post pastu blogwalking. Jumpa entry Blogger ecah tag kita dekat entry dia , so...sebab nak update jugak cerita pasal diri sendiri ( kebetulan related pulak kann.... ) , maka terhasil lahh ini. Sesiapa yang berminat untuk mengenali tuan blogger dengan lebih dekat...secara online.. meh baca nih. Kot kita ada kimia ke , acewaahh. Heheh.

5 Things I Hate & Like  The Most


1.Cuaca yang panas..( bahang nyahh! ) | Hujan

Ye , aku tahu neraka lagi panas. Tapi , aku sedang bercakap pasal cuaca sekarang nih a.k.a weather kat Malaysia sekarang ni , aku pun tahu neraka tu panas. Nak saling mengingati pun agak lah...kan? Chill. Cuaca yang panas sampai aku tidur pun boleh berpeluh , tu antara perkara yang aku kurang berkenan.

Aku memang sukaa gilaa bila tempat aku stay hujan , tapi takde lah sampai tahap banjir pun aku bergembira sakan. Hujan tu kan rahmat. Sejuk pulak tu. Kalau hujan turun , ianya merupakan kebahagiaan buat diri aku. So , jangan lah fikir bila hujan turun , sedih di dalam hati bertambah pilu macam kebanyakan drama kat TV tu ye. Tapi, bila da start guruh berdentum tu , sedih sikit sebab kena off kan wifi rumah. HAHAHAH.

2.Selfish 100% | Tolerance

Oh yang jenis 100% selfish tak hengat orang lain nih memang tak boleh buat kawan @ bestprenn ahh! So far , aku tak pernah lagi jumpa or berkawan dengan orang yang sikap nnya 100% macam ni. Sebab bagi aku , setiap orang kena ada sikap selfish tu dalam diri. Dunia sekarang ni macam-macam manusia ada , kalau kita 24 jam berlembut , kita pun takkan sedar yang sebenarnya orang macam ni pernah pijak kepala kita.

Hidup kat dunia nih kena lah ada sikap toleransi dalam diri. Tak boleh pentingkan diri sendiri , kena jadi more considerable. Sebabnya , bukan kita sorang je hidup dekat muka bumi ni (lain lah kalau kau suka jadi forever alone). Ada masa kita perlukan orang luar untuk bantu kita , kita tak tahu in future nasib kita macam mana kan. So, kena jaga hubungan kita dengan orang lain. Mana tahu , one day kita perlu kan pertolongan orang tu ke. Who knows?


3.Suka ambil kesempatan 

Ada sesetengah orang tu jenis yang suka ambil kesempatan untuk kepentingan diri dia sendiri. Masa dia susah , orang tolong dia. Tapi bila si kawan tu perlukan pertolongan ( which in condition yang dia mampu untuk bantu ) , tapi dia tak buat. Bukan lah si kawan tu nak berkira , tapi....awak ni memang jenis tak kenang budi eh? <-------- bukan pengalaman diri sendiri.

Macam aku , aku suka duduk or tinggal serumah dengan budak-budak pandai dan baik. Supaya , aku pun boleh jadi pandai and baik macam dorang. Kita sendiri tahu diri kita ni macam mana , so bila bergaul dengan orang-orang macam ni kan bagus. Ambil kesempatan in a good ways la kan? Bagus lah kan? Heheh.

4.Any kind of animal especially insects

Aku bukan lah pencinta haiwan. Aku kurang gemar part yang boleh terbang and spesis merangkak berkaki empat. Itu je aku nak citer. Selebihnya terpulang kepada imagination korang nak fikir what kind of binatang yang aku kurang suka. Hehehe.

5.Badan berpeluh , lepastu baring atas katil @ terus tidur

Aku bukan lah jenis yang neat freak tau. Kau berpeluh baru balik dari kelas terus landing atas katil sendiri takpe , tapi janganlah kau pergi landing atas katil aku. Hahaha. Aku berpeluh pun tak landing atas katil kawan aku. Ade je kawan aku yang jenis metabolisma tinggi nih landing atas katil aku , tapi... how could i say no? So, aku biarkan je lah dorang baring atas katil aku. Lepas dorang blah , aku cabut cadar pergi basuh. Hahaha. Keterlaluan kah??? Aku bukannya cuci cadar depan mata dia , aku buat sorok-sorok. Miahahaha. Berpeluh > baring atas katil > bakteria > muncul lahh jerawat. So , kita avoid okayy?

That's all.

p/s : One day. I wish that I can go travelling to Seoul with my friends... before reaching 24 years old...Hoping.... Pleaseeee......Semoga termakbul. Aaaaminnn.

Seoul... Tunggu Aku Datang.

Okay bye. Thank you.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

4 comments:

Mazni Munawar said...

hahaha nombor 1,2,3 sama. saya pun x suka xD

Aqilah Azmi said...

amin! qila pun nk gk pi seoul :(((
hihihi

eeeeee yg number 5 tu hm mmg bukan neat freak but still? eh hello tu my katil. and bersebab ok nak geli haha.

anyway qila pun nk tukar cadar lah nanti hihi <3

fyfa alya said...

HUHU.. no 1 tu sebab mmg x leh but pa pe..too hot to handle.. KAHKAHKAHH!
tp part suka amik kesempatan tu mmg semua benci..melampau tau spesis cenggitu..I pon x suka haiwan..huhu..dulu housemate bela kucing dalm rumah..fikir dy ja..kucing tu masuk bilik naik atas katil bagai..tak fikir lak.haissh..time tu setiap 3 hari tukar cadar kot...

Husna Rahman said...

sbb asyik duk berangan duk korea tu tahan aje cuaca panas giler...haha...soon ke korea for sure..