HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, March 26, 2016

My Self : Rahsia Bulan Kelahiran Januari

Assalamualaikum w.b.t


Masa blogwalking beberapa hari yang lepas , terjumpa lah satu entry dari blogger Ani Shafika. Blogger tersebut share entry Rahsia bulan kelahiran kajian daripada Dato Fadhilah Kamsah. Kepada yang bukan Januari-ian @ Januarian @ lahir bulan Januari lahh , boleh rujuk entry blogger Ani Shafika tu ye.

Now , aku nak cerita pasal diri aku je. Yelah , bukan selalu aku share story pasal diri sendiri dekat blog kan? Lifeless lah sebab aku nih jenis duduk rumah je , memang jarang keluar rumah. Even duduk kolej pun aku lebih suka 24 jam dalam bilik..introvert gilaaa kan? Bosannya hidup. Dulu zaman sekolah boleh la selalu share story sebab classmates semua gilaaaa. Memang lah aku suka cerita sikap gilaa orang lain kat blog aku. Tapi , sekarang nih dah matang. 

Even classmate yang rapat pun suka baca blog aku. 
"Zati , zati...bila you nak update blog lagi? Update lah hari-hari..."
Ye. Kalau aku update blog hari-hari , ke laut lah waktu belajar aku. 

Salah satu faktor kenapa aku kurang suka berjalan mungkin sebab duit. Tapi  main main main factor nyaaa... aku malas nak bersiap. Aku malas nak gosok baju , aku malas nak gosok kain , aku malas nak gosok tudung , malas pakai bedak , malas nak spend time masa untuk bersiap lah pokoknya!! Aku selesa jadi simple ( eh padahal aku ni memang pemalas tahap gaban sebenarnya... ).


1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Well , siapa je yang tak pernah bercita-cita tinggi kan? Semua orang ada cita-cita , buat masa sekarang aku tak punya specific goals lagi. Aku ikut je flow yang ada dan try buat yang terbaik. Semoga semuanya dipermudahkan. Aaaaminnnn. Orang yang serius? Sometimes.

2. Suka mendidik dan dididik.
Buat masa ni aku memang kurang suka untuk mendidik @ mengajar sesiapa , mungkin sebab aku nih bukan jenis penyabar dan lagi satu...rasa tak cukup ilmu or tak layak lagi nak jadi contoh kepada orang lain.

3. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Not so me lahhh. Tapi kadang-kadang tu mungkin..paling obvious bila aku tengah tengok drama melayu..perghhh yang kayu tu aku hentam aje!! Hahaha.

4. Suka smart , kemas dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Aku ada sikit sifat sensitif terhadap kebersihan. Tapi , kalau femly aku tahu nih , mesti rasa macam tak percaya je. Memang dorang takkan percaya lahh.

5. Perlu belajar kemahiran sosial , Pendiam kecuali dirangsang & agak pemalu.
Well. That's me. Dah biasa first impression orang level sombong and nampak pendiam. Tapi , bila dah kenal aku...hmmmm

6. Setia pada segala-galanya
I guess so. Memang aku dapat nampak yang ni memang jenis setia. Contohnya.. dah 4 tahun aku tak tukar fon. HAHAHAHAHHA.

7. Suka duduk rumah.
Home sweet home you know. Rumahku , syurgaku.

8. Cukup sayang pada kanak-kanak.
Memang cukup-cukup je lah. Aku bukan jenis yang pantang nampak budak. Kalau yang baik & jenis jual mahal tu aku suka lah. Especially sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik tu. Kalau yang takde related dengan aku & annoying sukaa nangesssss...tak kot.

9. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Yang ni aku memang pelik , walhal aku ni sihat walafiat , Alhamdulillah. Tapi mostly setiap pagi , aku akan selsema. Selsema manja-manja je lahh.

10. Daya tumpuan yang sangat tinggi serta mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Bukan. Kenapa aku tak macam ni?? Hmmmm.

Okay...yang kat bawah ni macam bukan aku...so marilah kita berhuhuhhhhuuhuuu....

11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.
KAH!

12. Pandai mengambil hati orang lain.
Dari segi apa ya??

13. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
WAHAHAHAHAH..

14. Sikap cemburu yang sangat tinggi.
Error 404

p/s: gambar ehsan google
Thank you. Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

1 comment:

Zizie Zack said...

hahahaha... Error 404 tu yang paling takleh blah!!!