HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, March 9, 2016

Review | First Time Online Shopping di Zalora


Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya , dapat jugak online shopping dekat website Zalora. Yeayyyy , peluang yang jarang muncul harus lah kita rembat kan? Alhamdulillah , one of the staff pihak Zalora approach aku ajak buat collaboration ( ramai bloggers yang pernah dapat peluang macam ni kan? ) bersama pihak Zalora. Kepada yang nak tahu macam mana nak dapatkan baucar ni , aku akan share story dekat upcoming entry okay?

Lepas dapat je baucar dari pihak Zalora , aku pun order barang hari Khamis , petang Jumaat parcel dah sampai!!! Serius servis Zalora memang tip top!!! Dia hantar sendiri sampai depan rumah tau , pihak Zalora tidak menggunakan perkhidmatan penghantaran pos laju.


Belek punya belek.. Satu tab demi satu tab aku bukak. Akhirnya aku pilih trendy jacket JaXon nihh. Waaaaaaaaa... Yang atas ni kaler biru kan , aku pilih warna hitam which is masa tu tinggal 1 piece je. Aku memang suka beli benda yang selalu tinggal satu je dalam stok kan? Heheh. Nasib saiz jacket yang tinggal ni sesuai dengan saiz aku.

Actually , dah lama aku nak ada varsity jacket sendiri. Varsity jacket kan dulu mahal nak dekat RM100. Then, aku slow slow lah simpan impian aku untuk memiliki varsity jacket tu , since part 2 diploma rasanya. Aku pulak jenis yang takkan beli baju over RM80 nih semata-mata untuk penuhi kehendak sendiri. Tapi tak sangka kan , peluang untuk dapatkan jacket kesukaan aku secara percuma telah pun tiba. Tak sia-sia jadi blogger yang penuh dedikasi , hadiah untuk diri sendiri. Miahahaha.

Bab membeli baju nih aku memang cerewet , nak nak yang jenis mahal mahal nih. Aku akan fikirkan macam-macam faktor , harga , kualiti , kalau aku beli..berapa kerap aku akan pakai baju ni. Membazir lah beli baju memahal , tapi pakai sekali dua je ( hmmmmm, ada la 2-3 helai baju dalam almari aku tu baru pakai sekali dua ). Tu yang menyesal tak sudah tu. Hehehe


Aku beli jacket ni menggunakan Baucar RM100 pemberian pihak Zalora. Masa aku beli , harga jacket ni around RM70-80 ( harga asal RM90-100 , seingat aku la ). Lepas dapat parcel , aku nak screen cap balik jacket yang aku beli untuk update kat blog from website , harga da jadi RM48 !!!

Guna baucar kan.. tarak hal lahhh.

Honestly , banyak gila jacket yang stylo milo yang design superbbb gempak memang rambang mata. Dah la design cun habes , harga pun murahh and sangat affordable tau. Tak menyesal lahh. First time impression memang aku kasi 5 bintang lah dekat Zalora nih. Kenapa tak beli varsity? Masa survey , kat website harga varsity around RM50 , rasa rugi lah guna baucar RM100 , tapi beli baju harga RM50...kan?

Okay , so collaboration aku dengan pihak Zalora adalah , publish kan article ni Tips Skincare Untuk Kulit Berjerawat. Then , lepas selesai tu , dapat lah baucar RM100 dari pihak Zalora dan telah pun selamat bertukar menjadi jacket pilihan aku. Simple je design dia kan? Hehehe.

Satu lagi kelebihan yang korang akan dapat if korang register account dekat Zalora , especially untuk first timer , pihak Zalora akan bagi RM25 off untuk pembelian pertama anda bersama mereka. Best gilaa kan??? So , tunggu apa lagi? Jom serbu!!

Okay bye , thank you.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

9 comments:

Ahmad Hasif said...

waaa seronok ye dapat voucher dari zalora.. lawa juga jaket tu...

Singgah Sini.. Jemput baca

Nak Cari 20 Orang Yang Nak Belajar SEO> site.

Mazni Munawar said...

Saya dulu pun prnah jugak collaboration dgn zalora, tpi dpt kupon rm50 jelah. Beli kasut pakai kupon tu, mmng best! xD

Jelesnyaaaa. Lawanya jaketttt. Suka semua baju2 zalora sbb lawa gila TAT

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

yang voucher extra tu kira burn je eh? hazy beli 4 beg guna voucher tu nak cukupkan rm100 >.<

Eka Tikah said...

kite pernah dapat baucer. kite amek handbag. so far, berpuas hati dgn zalora. hehe

Fieyqa Adelova said...

waaah tahniah dapat dapat baucar dari zalora! hiks ><w

tashira said...

sy pn berkira2 jugak nak beli baju yg mahal2 ni. haha takut last2 nanti guna dalam 1 2 hari je. membazir. murah rezeki akak :)

Farah said...

Cantik juga jacket nya.

Nisa' said...

I've never tried buying any items from Zalora before even though I want to. Cuma phobia dari segi saiz. Badan serupa giant pear, hard to find clothes/pants that suit me well, le sigh~

Diya Hanun said...

Hehe..bestnye..samalah kita..baru je beli guna voucher zalora :D