HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, April 8, 2016

Item reviews : Dream Catcher & Mini Air Humidifier

Assalamualaikum w.b.t

*pencuci mata* Hehehehe.

Okay , so dalam dua minggu ni macam-macam pulak aku beli barang secara online. Haru betul. Semua benda nak dibeli nya. Hmmmm.

Tapi sebelum tuu...


Pelekat peti ais pemberian Sis JM. Yeayyyyyyy. Alhamdulillah. Terima kasih sis sebab sudi bagi gift comel ni kat kita , siap ada gambar sis JM lagi tau. And.. pelekat peti ais pun ada nama i olsss. Suka dengan blog sis JM sebab banyak sangat info-info travelling yang boleh diguna pakai untuk kita yang ada perancangan atau ade plan nak travelling ke luar negara. Yang pastinya , semua entry sis JM ke Korea I dah habeskan.. Hehehehe. Thanks again.



Sebenarnya adik yang bongsu ni tergedik - gedik - gedik - gedik sangat nak botol MY BOTTLE tu. Hampir dua tiga bulan jugak lah buat tak endah je kat request dia tu. Mana tak nya.. nak botol tu sebab botol tu ada tulisan MY BOTTLE sahaja???? Aku syak dia ni ikut trend sangat. Ye lahh , even buku #88 Love Life pun nak dibelinya (ni last year dah belikan). Nampak sangat dia ikut trend.

Beli lah pape air botol pun , kalau letak air masak...tetap rasa air masak jugak. Takde nya berubah jadi air Cool Blog Yam Milkshake!!! Eh? Hahaha.

Dok tengah cari-cari instagram yang jual MY BOTTLE tu dengan harga yang berpatutan , terjumpa lah instagram yang satu ni. Ade IG lain yang harga lagi murah , tapi sebab IG ni dia ada jual dream catcher , item yang dah dua tahun aku teringin nak beli. So, combine ajelah. Jimat kos postage kan? Masa beli ni pun each ade diskaun 20% ( ada some defect yang tak dimaklumkan...dah dapat baru aku nampak defect dia ) , mungkin sebab tu la ada diskaun kot. Hehehe

Instagram : @rainbows.square


Air Humidifier. Actually, item macam ni memang aku dah cari lamaaaaaaaaa gilaaaaa. Mulanya aku jumpa jugak dekat lelong , tapi sebab tak berapa percaya sangat aku hold la dulu. Ada setahun lebih aku cari item ni kat IG? Hahaha.

Yelahh , Malaysia kan panaihhh. So, aku fikir dengan ada nya benda alah ni , mungkin hidup aku akan berasa lebih tenang dan keruan. Rupanya tidak jugekkk. Sebab air yang keluar tu sikit lahhhh. Memang tak rasa pape pun. Adoi. Nama pun mini kan..so...memang mini lah air yang keluaq tu. Hmmmmmmmmmmmmmm. Frust. Rumah tak pakai aircond.

Dulu roommate ada pakai yang besar punya tau , memang sejuk satu bilik. Air kan.. So, aku expect benda kechik nih kepuasan dia macam tu jugak lah kan. But no........

sumber google

Semangat kan air dia keluar? Walhal sebab background dia hitam. In reality... tak banyak macam ni pun...and hampir tak nampak pun gaisss. Aku try buat lubang..macam tak berhasil je. Kang kalau salah cucuk , terus rosak tak boleh pakai. Actually , yang mini-mini ni lebih sesuai kalau untuk aromatherapy lah ek.

Well , aku beli dari instagram : @ig_unik_murah

Seriously IG ni banyak jual item yang sangat sangat menguji kehendak aku. Ada mini sewing , cotton candy maker yang comel , pan grill & steamboat , pan takoyaki and macam macam lagii.


Dia ade jual mini aircond , tapi aku insist jugak nak beli air humidifier tu. Nak tahu feedback sila pergi ke stated IG okay.

Okat that's all. Thanks ah sudi baca apa yang aku bebel.
Kekekeke.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

15 comments:

nurul rasya said...

comelnya mini aircond

Sharifah Amarina said...

Nice. Comel. Teringin nak beli jugak.

Mazni Munawar said...

alamak comelnya! k nak pegi usha ig dia!

Ana Fatihah said...

Benda kecik2 comel2 nih memang menguji betul. Rasa macam nak kumpul je semua benda tuu. :D

• Ain Cho'in • said...

Serious comel mini aircond tu siap berlampu lagi. Biase la nama pun mini kan. Hehe ! :)

Nur Najah said...

comell gilaa. hehehe

miss fifi said...

wah cantiknya kaler dreamcatcher tu <3

Nadratul Syazwana said...

Seronok gila mini aircond! Haha samalah Zati suka gila benda kecik comel ni tapi rasa macam tak tahan lama je so tak pernah beli lagi :B

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Kemain kiut melampau... =) ok nak usha usha jugakk!

Lollipop Manis said...

dah lama sebenarnya nak try beli mini aircond tu, tapi takot kang indah khabar dari rupa. hahaha. mau tak sampai seminggu jahanam bendatu dapat dekat sy. kekekeke.

Izzaty Zaty said...

omooo comelnyaaaaa. dreamcatcher tu, serious lawa. im in lavh *mata love love*

Sally Samsaiman said...

benda yg kadang tak nampak perlunya beli ni sellaunya kita end up beli..hahahaha

Farah said...

Dream catcher tu comel sangat!

Erni Hasmiza said...

Omaii comelnya dream catcher tu... menguji betul

Aisya 사구라 said...

dah lama juga ushar air humidifier... nak beli takut membazir. tgh saving!!!!!!!