HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, July 28, 2016

Food review | Nasi Ambeng Menu Warisan Jawa

Assalamualaikum w.b.t

Actually , aku pun tak tahu kenapa aku harus update story pasal Nasi Ambeng ni sekarang ( aku lapaaarrrrr niii ) , nyosal sikit pun hado. Tapi sebab dah terbukak blog ni, update ajelahhh.


Menyelerakan betul sebab banyak sangat lauk pauk. Mengalir air mata jap... bila lahh aku nak dapat merasa makanan sebanyak ini. Aku dah lama teringin nak makan nasi ambeng ni, tapi sebab aku ni bukan food hunter and takde pulak kengkawan aku ada pergi makan cari nasi ambeng nih. Yang ade kedai kedai hipster makanan yang pelik-pelik baru nak up. Makanan tradisional jugak yang paling sedap tau. 

Dulu masa stay kat kuantan , feveret aku Nasi Kerabu. Perghhhh dia tak payah cakap lah wehhh. Bayangkan lah orang pantai timur ni mostly mesti pandai buat nasi kerabu. Bila pergi tempat lain mesti ade yang tak sedap lah, takde feel lahh , tawar lah. Macam macam mulut ni nak komplen.

Balik kepada nasi ambeng punya story. Setahun dua lepas ada niat nak try buat nasi ambeng sendiri ( walhal tak pernah makan pun nasi ambeng ni macam mana rasa dia ) , google resipi and gambar.. "Perghhh banyak nyaa bahan nak kena sediakan." Bukan setakat bahan je, banyak jugak kerja nak kena buat kalau nak masak nasi ambeng ni. Bermula dari situ lah, impian hanya tinggal impian. Burung burung berkicauan terbang balik Johor. Eh?


Tadaaaaa.... Nasi Ambeng yang aku beli masa bulan puasa haritu. RM 5 jer tau.

Maka, perkenalan kami pun bermula di bazaar ramadhan yang ada jual dalam uitm lendu tu. Aku nampak satu stall (stall eh orang panggil?) kecik yang jual nasi ambeng. Dari jauh aku da pandang-pandang pacek macek tu jual. Macam nak datang dekat , pastu pacek tu pun panggil la suruh beli. Dan aku pun mendekatkan diri.

Pot pet pot pet pacek tu bercerita ape tah aku lupa sambil macek bungkuskan aku satu bungkus nasi ambeng. Aku cakap la ni first time aku makan nasi ambeng , so aku nak try. Pastu pacek tu cakap , "Haa cuba la. Kalau sedap besok datang lagi. Tak sedap bagi tau dia." Maka besoknya aku pun datang lagi sebab memangggg sedapppppp. Terliur nih.

Walaupun nasi ambeng nya simple tak macam gambar yang aku google dulu-dulu , tapi sedap dia kemain lagi sehh. Aku siap update kat twitter bagi komen bagai , memang sedap nak suruh kengkawan pi try nasi ambeng pacek tu. Ayam masak kicap dia memang sedap. Pulak nasi ambeng ni memang pakej dia banyak bila gaul kan semua , boleh buat perut aku kenyang , lagi lah aku sukaaa. Terngiang-ngiang kesedapan nasi ambeng pacek macek tu.

HOSPITAL MELAKA

Last week bulan Ramadhan bapak aku masuk hospital , so satu keluarga berbuka kat sana je lah. Ada sekali pergi beli makanan kat kaki lima hospital tu , mini bazaar la. Aku ternampak la nasi ambeng, tapi dia punya lauk pauk tu berbeza dengan pacek yang jual kat bazaar lendu. So, aku tanya la.. "Kenapa nasi ambeng yang ni lain ek? Ade terung la. Sebelum ni makan nasi ambeng takde terung." Pastu orang yang jual tu pun citer la cenggini cenggini , lain tempat lain resipi. Area Johor tu macam macam jenis jawa ade. So, aku pun anggukan aje.

Masa berbuka pun aku try la makan , rasa dia so-so. Tak sesedap pacek lendu tu buat. Ahhhh rindu nak makan nasi ambeng. Mana nak cari area Melaka nihhh? Kat tempat korang ada kedai yang jual nasi ambeng yang sedap tak? Mohon share. Mana lah tahu satu hari nanti aku jejakkan kaki kat tempat korang ke..boleh la pi try.

Takpun , gegurls yang Johorean jawa tu yang mana pandai buat nasi ambeng ni sila pm tepi , nak buat calon adik ipar. Hehehe. Gurau jer.

Okay, sekian sahaja cerita aku dengan nasi ambeng.
Thanks for reading. Byeee.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

5 comments:

nurul rasya said...

makanan feveret time study kat shah alam.

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya kalau ikut tradisi Jawa Johor memang bermacam versi nasi ambeng ni dik. Kakak suka yg ada terung masak kicap atau pajeri sedap. Tapi yg ada terung ni memang susah nak jumpa.

Azwar Syuhada said...

Perghh, sedapnya.. ;)

Izzati Amira said...

@Kakzakie Purvit yeah, akak tu ade cakap nasi ambeng mmg byk version.. cuma mungkin saya lebih prefer yg mcm dlm gambar..hehe

adiba rusli said...

nasi ni mmg feveret!!! wahhhh. terliur dah ni.