HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, July 23, 2016

The scenery

Assalamualaikum w.b.t

Saje nak share views yang kebetulan aku nampak. Subhanallah. Always fall in love dengan kecantikan dan keindahan alam semula jadi. Ni kalau aku jadi traveler , mesti beribu gambar aku share kat sini. Hahaha , memandangkan aku ni jenis suka duduk rumah je, so ade beberapa je lah ye.


Ni gambar pemandangan awan dari side view kolej Tun Sabariah. Aku memang pantang nampak awan banyak-banyak kat langit nih. Suka tenung layan cantiknya awan nih. Pastu pemikiran akan ke laut.. Mula lah terbayang pasal Goku punya awan dalam citer Dragon Ball.. Pastu bayang lagi kalau aku ade kawan macam Doraemon , ni mesti aku boleh ajak adik adik and kawan aku yang lain main kat atas awan. Perghhh best nyaaaa.

Tu lahh cara nya bila aku nak hilangkan stress. Aku bukannya jenis kaki keluar hilangkan stress dengan pergi food hunting, layan movies, joli sana sini. Bukan gaya hidup aku. Biarlah aku dengan cara aku, tidak membazir dan duduk lah dalam bilik layan korean drama sambil makan megi ke.. snack apollo ke. Huahuahuaha


Pada satu malam study week tu, langit kat Lendu cenggini haaa. Seram pun ade jugak sebab awan gelap mengelilingi bumi Lendu. Masa ni roommate balik, aku sorang je kat bilik dengan beberapa orang housemate lain (yang anti-sosial macam aku gak, haha).

Tapi cantik kan?


Seriously pemandangan yang ni antara best of the best aku pernah tengok. Kiri kanan pokok kaler hijau yang rendang-rendang. Cantek gilaaaa. 

Gambar ni adik aku yang amik, aku paksa dia amikkan lawa-lawa sebab masa ni aku tengah drive nak balik Melaka. First discover masa nak balik kampung , kiteowang ikut jalan dalam sepanjang Bidor ke Simpang Pulai (apps cakap ade jammed or accident area highway Tapah kot). Nak balik Melaka pun ikut jalan sini jugak. Suka sangat tengok. Rasa cam nak jenjalan tepi kaki jalan tu, tapi cam sunyi jerr. Hahaha. Alhamdulillah , negeri Perak masih kaya dengan pokok-pokok hijau.

Bayangkan lah kalau negara kita ni negara bermusim , tak ke cantik pokok-pokok ni bila tiba musim autumn? Kaler kuning kuning kot. Perghhhh.

Okay, itu saja perkongsian untuk kali ini. Sorry lah kalau bosan. Sis masih cuba untuk update blog setiap hari. Besok Ahad.. inshaaAllah nak blogwalking.
Okay bye. Thanks for reading.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

4 comments:

Ana Fatihah said...

Subhanallah. Ciptaan Allah tu sangatlah indah. Tadabbur alam, fikir dan zikir. :)

Farah said...

Suka sangat tengok gambar awan yang nombor dua tu.

han said...

Betul. Suka juga tengok pemandangan macam ni. Kadang kalau tengah jalan boleh tetiba stop semata nak amek gambar awan. Hehe.

Miss Xyz said...

Malaysia - always summer country ahaha