HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, July 24, 2016

Tips kurus dengan gaya lebih sihat

Assalamualaikum w.b.t

Azam cuti semester kali nih wa nak loose weight sikit lahh. Nak healthy life pada masa yang sama nak cari balik metabolism badan yang dah bertahun menghilang , sudah lupus barangkali. Dah meningkat umur ni, badan pun tak kuat tulang pun sama. Esyyyy baru doploh-an wek malu kat atok je yang masih kerja kuat kat kampung tu. Hahaha.

Style aku , nak loose weight kena mula dari aktiviti yang sihat, tak nak ah makan pil itu ini semata-mata nak kurus. Takde effort langsung sebab hanya makan pil , dah la pil tu mengambil masa bertahun-tahun baru lupus dalam body. So, nak kurus dengan sihat, kena amalkan gaya hidup sihat. Berjoging or bersenam ke...kan? Aku harap kalau ada orang sekeliling korang yang nak kurus, support lah ek, sebab mulut rakyat Malaysia nih boleh tahan jugak kuat mengata. Elok orang tu dah ada determination yang tinggi untuk berubah, terus tak jadi sebab mulut-mulut orang yang cenggini lah.

Okay sudah.

Sekarang nih skinny teatox memang dah jadi trendy things minuman wajib yang kita patut ada. Kan?? Ke still ramai lagi yang tak aware pasal skinny teatox nih? Tak aware sebab korang semua nih memang dah kurus sejak azali. Jeles pulak gua dengar. Hmmphhhh , takpelah. Jom support sis.

Tadaaaaa...

Teatox ni gabungan dari tea + detox. Teatox ni bagus untuk body sebabnya ia membantu body kita ni untuk buang segala toksin yang berlebihan dalam badan setiap hari. Ye awak, toksin ni sentiasa terhasil dalam badan dan sebab tu lah kita kena buang selalu. Cara nak buang boleh berlaku dalam bentuk buang air besar, air kecil atau pun sistem perkumuhan yang lain macam peluh.

Haritu aku start minum pertengahan bulan puasa , masa tu dah start final. Tu pun kadang-kadang je aku minum , lepas je bulan puasa aku lost 5kg ( aku minum dalam 5-6 sachet ) dalam masa dua minggu. Tak terkejut?? Takpe , kita sambung cerita lagi. Bulan puasa aku makan cam biasa jugak , berbuka nasi , sahur pun nasi. 

Raya macam biasa , walaupun aku duduk je kat rumah, makan tetap makan. Balik rumah timbang , satu jarum pun takde goyang tau. Still maintain tak naik. Yang ni kalau korang tak terkejut aku tak tahu nak cakap ape dahh. Sebab kebanyakannya ramai yang lepas raya akan naik berat badan. Tapi kes aku..aku relax.. hahaha. Aku lost 5kg pun, tu semua toksin-toksin berlebihan je tu. Physically aku tak rasa pun macam seluar kecik dah boleh sarung ke , tapi seluar yang pakai sedia ada memang dah longgar.


Simple nya, skinny teatox by mimpika nih ada 3 jenis
- Loose weight teatox fokus pada kecilkan bahagian lengan dan kempiskan perut
- Skinny Legstea fokus pada kecilkan peha dan pinggul
- Whitening teatox fokus pada cerahkan kulit dan kecutkan jerawat

Ada banyak lagi benefits dalam each teatox nih , korang boleh rujuk instagram @coffeescrub_bynadhrina ataupun @mina.mimpimika. One of certified agent teatox by mimpimika nih. Beli dua pack ke atas dah boleh dapat free gift hokayy.

For your information , teatox by mimpimika ni 100% ingredients dia dari bahan organik. Takde bahan kimia bahkan pewarna tiruan yang digunakan dalam teatox dorang nih. Bila minum rasa pun organik gak ahh, takde manis manis nya. Minuman minuman sihat kan memang cenggitu , ingat minum air ber-gas tu korang boleh lost weight ke? Idok ler kan?


Apa yang best sangat pasal skinny teatox by mimpimika nih?

Jujurnya, sepanjang aku consume teatox nih, aku dapat lost some weight, body tak cepat penat walaupun aku dah ke hulu ke hilir ke kampung hulu ke bandar hilir , takde rasa nak pengsan tahap exhausted tah pape. Relax je.

Lagi , selalunya lepas subuh kerja aku terjun katil sambung tidur sampai kol 12 ( ape punya anak dara lah kan? hahahah ) , tapi lepas consume teatox nih lepas subuh je aku rasa segar takde rasa nak sambung tidur langsung. Kita terus sambung cuci pinggan sediakan breakfast untuk family je lahh.

Personally, sebab aku rasa badan aku ni memang banyak toksin sangat-sangat, so bila da buang guna skinny teatox tu, sebab tu body aku da tak rasa penat or mengantuk tahap ape. Kalau dulu, tidur 12 jam pun tak pernah cukup oi.

Last , kau boleh makan macam biasa. Tak perlu diet pagi roti, tengah hari nasi satu senduk, malam biskut. No need lahh. Tapi kalau ikut style nih , boleh lost 4-5kg je. If korang exercise jaga makan + diet , inshaaAllah 9-10kg boleh lost dalam masa sebulan. Wowwww kan??

Short FAQ here ;

Macam mana nak tahu body kita perlukan teatox atau tak?
Senang je , bila dulunya kulit muka or badan kau licin , tapi dah start naik jerawat jeragat yang tah dari mana muncul , tu sebab toksin berlebihan la tu. Bila dia tak dapat keluar dari sistem perkumuhan korang, dia keluar la dengan memunculkan diri kat bahagian muka or badan dalam bentuk jerawat.

Lagi? Badan tu asyik rasa lenguh-lenguh je. Selalu lembik, susah nak tidur, rasa tak bermaya nak buat kerja itu ini. Tu sebab ade problem dalam body. Mungkin sekarang tak nampak lagi keburukan toksin berlebihan di dalam badan, tapi kan bagus kalau kita mencegah daripada mengubati. Dah sakit nanti siapa yang susah?

Ada side effects tak?
Takde side effect langsung. Teatox nih 100% dari bahan organik , tiada bahan chemical mahupun pewarna tiruan. Once kita da lost weight , berat susah sikit nak naik (walaupun kita dah stop consume teatox).

Rasa tea dia macam mana?
Loose weight ni takde rasa apa-apa , just bau bunga wangi sahaja , nak sedap letak madu.
Legstea ni rasa macam pahit serai , nak sedap letak lemon.
Whitening ni rasa masam roselle + blueberry , nak sedap tambah madu.

Bila waktu terbaik untuk minum?
Sebelum breakfast dan dua jam sebelum tidur.

Macam mana nak guna?
Rendam dalam air panas 3-5 minit , da suam suam panas tu da boleh minum.

1 pack ada berapa sachet?
Satu pack ade 10 sachet , each sachet boleh reuse sekali sahaja. Guna pagi dan malam pastu besoknya guna sachet baharu tau. Tahan 10 hari.

Siapa je yang boleh minum?
Semua orang boleh minum termasuk breastfreeding mommy , jangan risau sebab owner mimpimika pun ada baby tau. Susu tak kurang pun dari badan. Yang tak bolehnya hanya ibu-ibu yang mengandung.

Pantang larang?
Please avoid air-air manis macam air bikarbonat , air bergula , air ais. Dan , avoid air ber-kafein dalam kadar semampu yang boleh. InshaaAllah ianya akan berkesan dan hasil dia boleh nampak less than two weeks guysss. Baca tak ni?? Satu lagi, banyakkan minum air masak, letak dalam botol yang mudah dibawa kemana-mana sahaja okay?

p/s : Lain jenama, lain tau khasiatnya sebab bahan-bahan yang digunakan tidak sama. Kepada mommy kat luar sana, teatox jenama lain tak sesuai untuk mommy yang breastfeeding , tapi teatox by mimpimika nih mommy breastfeeding friendly tau. So, no worries okay?

Testimoni


Nak details dan feedback lagi? Check out instagram @coffeescrub_bynadhrina ataupun @mina.mimpimika okay? Nak terus whatsapp pun boleh 013 472 0115 !!

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Nak lagi cepat lost weight , sambil minum teatox kita exercise lah sekali , okay?

That's all. Okay bye.

keyword : tips nak kurus , kurus dengan sihat , saya nak kurus , saya nak sihat , jom sihat


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

5 comments:

Nur Hafzhan said...

Teringin nak try. Tapi takut tak leh follow pantang larang dia. Lagi lagi avoid caffien tu huaaaa. Kang tak jadi pulak T^T

BudakVanilla said...

macam best je. berapa harga tu? XD

Eeiou _ said...

mcm best je teatox ni! hamagaddd

Nurul Aini said...

macamm nak try sebab tgh nak kempiskan perut yg buncit ni XD

nana liena said...

macam2 detox sekarang kan muncul.. bagus juga,rakyat malaysia sekarang ramai obes. huhu
kita pun berat dah naik,beza betul masa tahun 2012 kebelakang. aduhai..