HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, August 1, 2016

Food Review | Samyang Ramen Spicy Challenge

Assalamualaikum w.b.t


Lambat buat review pun tak pa lahh , takde hal lahh kan? Nak sembang la jugak pasal samyang ramen nih. Tengok video Asyalliee buat challenge wushh macam pedas sangat sangat jerr. Video dia je lah aku rasa okay nak tengok sebab orangnya pun lawa kan? Tak jemu lah nak tengok...hehe. Dengan loghat utagha lagi , teruskan ajelah tengok sampai habes.

Ade jugak member-member lain yang dah try samyang , reviews are varies.. ada yang cakap pedas ade yang cakap tak. Aku ni kira kuat jugak makan pedas and aku memang suka makan pun. Tapi aku tak suka makan yang jenis pedas rempah. Rempah tradisional nih memang aku kurengg sikit. So, tak dikira hot & spicy lover ke macam mana? Hehehe.

Mencari jugak samyang nih kat Aeon , tak ado bila aku pergi. Nak beli online , mark up dia lebih lebih pulak , at the end kawan adik aku ade jual , harga member-member , beli dua bungkus je dulu. Kang sedap baru beli lagi.


Tadaaa.. ni version rendam dalam air panas , tos kan , lepas tu masukkan perencah dia dan gaul. Personally, takde lah pedas pun, cuma dia banyak rasa panas dekat bibir je. Better lagi dari kau makan cili burung yang hidup tu kalau tergigit. Sape yang pernah tergigit cili burung je yang tahu ape feeling dia. Rasa nak nangesss woi. Menintik air mata kalau tergigit cili. Lagi satu kan, rasa dia pelik. Hmmm tak kena la dengan tekak melayu aku...kot? Sedap lagi maggi royale korean spicy. Serius yang tu laagii sedap and ade pedas sikit.

Actually kan, ade lagi sebungkus aku buat masak goreng. Yelah tambah ketam, cheese, kobis bunga, telur and others nak bagi lagi best kan..tapi ntah la kat mana gambar nya. Tapi lepas aku tambah semua tu, dah takde rasa samyang lagi dahh. Dah rasa macam megi goreng resipi biasa aku. Rasa macam nak share resipi megi goreng bujang pulak kat sini. Hahaha. Nanti lahh..

By the way, sape yang dah pernah try samyang nih? Sedap ke idok? Aku ade follow instagram Elyana , masa bulan puasa ritu almost every sahur dia makan samyang. Errr.. Rasa dia yang pelik membuatkan aku takde feel nak beli lagi. Korang pulak macam mana?

Okay lah , next time aku update story lagi okay.
Byeeee.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

13 comments:

Tomodachi said...

sy belum makan lagi ramen ni. huuhu

Amanda Suria said...

SA makan malam tadi..konon nak buat cabaran...x tercapai kamera di tangan bila tahap kepedasannya melampau..melompat2 kepedasan

adiba rusli said...

dah makan dah. tak pedas mana. cili kicap lagi pedas.heeeee:) dia ikut tastebud org jugak kot.hehe

Eeiou _ said...

Tak pernah lagi try. Takut pedas lahhhh hahaha

انيس ادنن said...

Dok meleleh ayaq liuq tengok samyang ni. Parcel samyang saya belum sampai lai nih. hahaha! sabarrr sabarrrrr

Shafuhan Smab said...

nak sangat merasa tp tak kesempatan lg, hihi

zaitie hasnan said...

bagi zety samyang ni the mosy spicies dikalangan maggie la.. N zety suka sbb sedap..heheh

Faeeyza said...

buat la resipi maggie goreng pulak! hehe

anne said...

dah try makan dah. letak sikit je perencah. tapi memang pedas.

Nur Fannun said...

eh, ramen ni sbnrnya tak halal kan..ari tu dato siti ada update status psl ni.

Ayuni Sara said...

xpenah rasa lagi ramen ni. kat tempat sy susah nak cari. teringin juga nak rasa,.

Fairuz Aqilah said...

i love the taste! superr pedas, level pedas yang memang kegemaran sangaattt... hehe walaupun sejujurnya, makan ramen ni sambil nangis. nangis tapi sedaaapppp!!! rasa menyesal gila beli sepaket je konon nak rasa konon orang kata pedas tahap gaban tu kaannn. hehe

Siqah Hussin said...

Pernah makan sekali.. tak nak dah makan. Haha. Sebab tak tahan pedas. Pedas sangat for me :(