HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, September 9, 2016

Movie Review | Train To Busan 2016

Assalamualaikum w.b.t
Memandangkan aku baru je tengok movie ni semalam, masih fresh dalam kepala otak, why not nak sharing some reviews untuk korang yang kaki wayang untuk tak lepaskan peluang pergi tonton cerita ni kan? Best tauuu and rasa berbaloi duit tiket yang korang bayar tu untuk layan movie nih.

UPDATE 23 SEPTEMBER 2016

Agensi pelakon Gong Yoo denied this, so this one is fake account - @actorgongyoo
Gong Yoo takde laman sosial account. Huhuhu. Sorry gais.


Train to Busan [2016]
Actor/Actresses : Gong Yoo, Kim Suan, Jung Yumi, Ma Dongseok
Trailer : #1 , #2

Asalnya aku dah tahu pasal cerita nih sebelum official ditayangkan di Korea Selatan, tahu tahu gitu je lah , aku ni suka jugak baca kpop news kat site yang memang dah siap translate artikelnya. Ada juga assumption sendiri yang kalau citer ni masuk Malaysia, mesti tayang kat KL or Selangor je. Tup tup masuk sem baru tengok member dah pergi Melaka layan citer ni. Tak plan pun nak tengok citer ni sebab aku tak amik tahu perkembangan dia sangat. Tengok trailer pun sekali lalu je.

Pastu si Ain la ajak tengok wayang yang tengah top sekarang nih , Train To Busan.
Here we go.

*****************************************************

Nak dijadikan cerita , Seokwoo (Gong Yoo) ni kerja sebagai pemegang saham amanah tak silap aku. Dengan busy kerja and susah nak luangkan masa dengan family bagai. The day before birthday anak dia, Su-an, anak dia request nak pergi jumpa mak dia dekat Busan ( memang jauh la and kena naik kereta api ). Anak dia cakap kalau bapak dia taknak hantarkan, dia boleh naik kereta api sendiri. Bapak mana nak biarkan anak dia ( yang still budak sekolah rendah ) naik kereta api sorang sorang kan? So, bapak dia temankanlah.

Dah naik kereta api tu, kurang seminit sebelum berlepas ada sorang perempuan yang nampak berpenyakit sempat masuk ke dalam kereta api. Perempuan tu lah yang bawak virus zombi ke dalam kereta api yang nak ke Busan tu. And yup, cerita nih cerita zombi. Umur 18 tahun ke atas sahaja yang sesuai tengok cerita nih. Sebab ada aksi sedikit ganas.

Berbalik kepada cerita, staff perempuan KTX terjumpa perempuan berpenyakit tu tengah menggelupur kat tengah tengah laluan gerabak kereta api, dengan niat nak tolong tapi tak lama tu staff tu kena gigit and terus bertukar jadi zombi. Personally memang zombi dia boleh tahan seram and pergerakan zombi tu sangat sangat pantas and zombi tu pun start gigit orang lain yang ada dalam gerabak kereta api tu. Disitu lah bermulanya perjuangan yang ada dalam kereta api tu untuk teruskan hidup. Ada yang selfish, ada yang nak selamatkan ahli keluarga sendiri terlebih dahulu. Moral value memang banyak. Salah satunya, korang harus berkorban untuk selamatkan orang yang kau sayang. Moral yang nih lah membuatkan ramai penonton perempuan menitiskan air mata, salah sorangnya adalah Ain. Hahahaha


Sape yang pernah layan korean drama Coffee Prince konfem kenal hero nih. Hensem woo. Oppa oppa sangat. Hahahahaha


Antara watak utama dalam movie ni. Suami isteri. Isteri dia tengah mengandung,so yang si suami ni la yang bertanggungjawab untuk selamatkan isteri dia. Tapi memang tabik kat lelaki nih, aku rasa laki ni antara watak kesayangan sebab dia ni bagus gilaaa. Walaupun takde la se-handsome hero, tapi sebab dia ni kuat and responsible. Penonton konfem rasa kesian bila laki ni terpaksa berkorban.

Antara scene yang membuatkan aku and penonton dalam hall tu nak jerit "Cepat LARII!!!!" & "AHHHHHHHHHHH..." , aku gelak jugak dalam hall bila dengar reaction dorang yang jerit and terkejut nih. Heheh. Kengkadang tu aku pun join.




Dia paling seram bila mostly askar askar kat sana semua dah kena gigit zombi. Dorang ni memang ramai gilaa, lelaki pulak so tenaga tu memang berlipat kali ganda. Pergerakan dorang dua kali lebih pantas dari manusia biasa. Seram sebab nak selamatkan diri dari zombi zombi ni lah. Worth watching la bagi aku.

Citer ni kalau buat 3D lagi lahhhhh. Sebab yang biasa ni pun kiteowang dah rasa zombi tu nak makan kiteowang pulak. Hahahaha


Overall , aku rasa citer ni patut ada Train To Busan 2. Mungkin dah tak naik kereta api dah la sebab semua train mostly dah musnah. Cerita la pulak macam mana rakyat kat Busan tu survive. Lagi satu, jalan cerita pun tak jelas sebab background watak macam ada misteri sikit. Pastu ada beberapa watak macam ada kena mengena dengan berlakunya virus zombi ni, tapi tak diceritakan dengan lebih baik. Ada watak yang membuatkan kiteowang tertanya-tanya and seolah-olah pengarah nak penonton buat assumption sendiri. Tak cerita sape dalang atau punca zombi ni boleh ada dekat kawasan dorang tu. Ada benda yang macam tak logik, tapi minimal mistake la. Tu yang kureng sikit tu. Heheheh

Well, aku bukan lah kaki wayang sangat ,aku akan tengok cerita tu kat pawagam kalau aku rasa nak tengok je lah. So far, cerita nih best!! Yang belum tengok tu pergi lah tengok ye. Jenis yang mudah tersentuh tu sila spare tisu dalam beg.

Rate : 4.1/5 stars
EDIT : Aku dah tengok dua kali citer ni. Teman adik pulak. Heheeh

That's all. Okay bye!!!


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

11 comments:

Mazni Munawar said...

patutla yg jadi hero dia tu mcm kenal, dulu saya minat gak tengok coffee prince tu.

teringin sangat nak tengoktrain to busan ni! saya suka cite yg mcm thrilling, suspens cmni. mcm maze runner pulak kena kejar ngn zombi

Fatin Liyana said...

No wonder macama pernah tengok je hero tu. Rupanya pelakon coffee prince. Hehe. Baca review yang awak buat ni, rasa macam nak pergi tengok wayang lagi sekali pulak. Hari tu tengok movie lain :D

Diarios said...

wahh mesti tegok ni!

Aqilah Azmi said...

Hihihi qila pun bagi review 7/10 jeee sbb mcm boleh tengok sekali je. Hewhew. Betul lah! Nak tahu cane virus and patut ada sambungan hihihihi

Izzati Amira said...

@Aqilah Azmi nanti akan ade sekuel drama tau. hehehe

Izzati Amira said...

@Fatin Liyana pergi la tengok, serius tak rugi.

Izzati Amira said...

@Mazni Munawar nanti buat review tau... hehehehe

Siqah Hussin said...

Berdebar-debar tengok filem ni! Menakutkan kalau asa zombie kejar kita camtu. Huhu.

Ending sedih 😭

Myra Azraff said...

dah tengok ! best best. sampai zombi2 tu masuk mimpi ok ... T__T

Aya Zuki said...

belum tgk lagii haha

Izzaty Zaty said...

dah tengok dan tak puas hati tul ngan dia punya ending! disebabkan diri ni penakut, bila time zombie dekat ngan screen, cecepat tarik selimut tutup mata hahahaha