HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, November 11, 2016

'Degree Life' | Diari Seorang Student Accountancy


| View Lendu bila malam sebelumnya hujan. Pagi tu sejuk. Best |

Assalamualaikum w.b.t

Hai gaiss. Ada rindu sama adek manes tak? Huahahaha. Dah lama tak update blog sebab... aku makin busy dengan degree life. Serius. Walaupun aku ade jer masa untuk layan laptop berjam-jam. Tapi, bila pikir nak kena update blog. Hmmmm... citer ape je nak share? Hidup aku hari hari benda yang sama. Bangun tidor, subuh, mandi, pergi kelas, mengadap muka ain, mengadap muka classmates, mengadap lecturer, habes kelas balik makan. Pastu rehat sebab penat. Malam kena study takpun buat homework sikit. First 4 weeks mungkin lah boleh relax sikit, selalu balik rumah semua. Tapi bila dah nak dekat dengan tarikh test, kena lah pulun sakan study. Start minggu 6 ke atas, every week kau akan ade test and kuiz. Markah tu la kau nak bawak sampai final, markah tu la yang bantu untuk support pointer kau. Dulu masa diploma mana aku fikir tu semua.

Tapi bila dah atas meja, nak settlekan satu soalan je pun makan masa berjam-jam. Ehh kau ingat senang ke kos akaun nihh? Haritu member share cerita.. baru-baru ni kan minggu Konvokesyen UiTM , lecturer yang ajar budak degree sayu je hati sebab budak akaun takde sorang pun yang ANC ( Anugerah Naib Canselor ) , memang susah nak jumpa budak degree yang dapat ANC. Dekan every sem, pointer 3.5 ke atas every sem. Aku? Dah tergelincir sem lepas. Hmmmm sedih gilaaa a.k.a keciwa. Okay takpelah. Bukan rezeki.

Sambung balik cerita pasal konvo degree haritu.. Nak dijadikan cerita, budak accountancy ni konvo sekali dengan budak AD ( Art & Design ). Budak AD nih ramai jer dapat ANC , so bila yang ANC ni naik atas pentas, lecturer pun tumpang happy lah banyak student dorang ANC kan, pakai selempang pink. Alhamdulillah dan tahniah. Lecturer account senyap je sebab takde budak akaun yang dapat ANC kat Lendu ni. Dah lamaaa tak jumpa batch yang student dapat ANC. Lepastu lecturer AD tanya lah lecturer account , "Susah ker account ni?". Tak pasti lah nada dia macam mana kan, tapi.. kalau suara semanja Fasha Sandha or Nora Danish yang tanya soalan macam ni pun aku terasa macam..... haihhhh. Agak laaa..

Tak payah tanya la akaun nih susah dia macam mana kalau nak compare dengan kos lain. Bak kata madam aku masa diploma dulu..

"Apa yang u ols belajar sekarang ni ibarat baru kuis kaki kat pasir pantai... baru nak main-main air je.. belum masuk mandi lagi. Belum main air pantai lagi, belum menyelam lagi, belum tengok batu karang or tengok ikan kat dalam laut tu lagi." - Bila ingat balik bait bait nih. Kiteowang memang rasa seram.

Yeahhh.. mulanya bila dah amik bidang akaun ni ingatkan kita akan belajar akaun je. But no bebehhh. Aku rasa, bidang akaun lah yang korang kena belajar banyak benda. Kat situ lah kau kena belajar Law ( undang-undang / basic jer... tapi basic pun subjek membaca kot??? Serius susah!! ) , belajar lagi english learning buat surat rasmi semua, artikel bagai, Tax ( cukai ), Audit.. Arabic/Mandarin ( 3rd language ).. programming.. entrepreneurship, management memang banyak lah compare to other courses.

See? Skop akaun memang luas, sebab tu skop kerja pun luas. Tak semestinya belajar akaun, kau akan jadi akauntan. Banyak lagi kerja lain yang relate dengan accounts ni. Hehehe Kalau setakat baru sekolah tingkatan 4 dulu pun aku kial-kial sikit nak exam akaun...huishhh ape kan lagi diploma, degree, master semua tuh. Tapi Alhamdulillah, diploma dah lepas. Sekarang nih tengah kayuh basikal lagi untuk sampai ke destinasi. Jangan berhenti, teruskan mengayuh. Jatuh? Bangkit semula dan teruskan mengayuh.

| Muka-muka susah senang bersama, muka muka struggle demi masa depan yang lebih cerah dan baik. |

| Partner paling annoying yang pernah aku ada sebab dia ni degil & jahat kekeke |

p/s : Takde niat nak rendahkan mana-mana courses, semua ada kelebihan masing-masing. Aku pun boleh respect budak AD punya skills, sebab aku pun minat dengan graphic design ni bagai ( cantik kan aku design blog aku?) . Aku suka edit gambar, aku suka melukis tapi aku takde bakat. Aku boleh melukis tapi skills tak pernah tajam sebab tak pernah diasah. Teringin nak belajar bidang art&design, hospitality ( aku suka share resipi kek & resipi style bujang , resipi peti ais kosong campur tabur )... tu semua benda yang aku minat. Aku pernah mohon courses ni masa diploma dulu tau ( andai takde rezeki untuk sambung akaun ). Tapi rezeki yang aku dapat adalah untuk belajar akaun, Alhamdulillah. Yang penting jangan compare course yang kita ambil dengan course yang orang lain amik. Masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri. Kita hormat pilihan orang lain okay?

Bak kata madam, "Tak pandai takpe, sekarang ni kalau u ols hardworking, konfem nampak hasil." Nak skor and to get a better life, you need to work harder. Walau macam mana pun, pointer bukan lah segala-galanya. Pengalaman yang mengajar kita pahit manis hidup. Acewaahhh.. Takmo lah bila dah pandai tu, salah gunakan kepandaian dengan buat benda yang tak elok, langgar undang-undang dan perintah Allah S.W.T pulak ye. Sentiasa lah ingat mati, inshaaALLAH kita takkan sesekali berani nak buat benda jahat. Peringatan buat diri sendiri jugak!

Ok lah bye. I is stress. Doakan kami semua grad on time (2018) and dapat amalkan ilmu dan sijil yang ada untuk membantu diri sendiri, keluarga, masyarakat,bangsa dan negara tercinta. Aaaminnn.

Doakan kami tau. Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

12 comments:

Illya LeYa said...

Hiii... Kak LeYa doakan semoga berjaya.. As i know, account memang susah..sbb abg akak leya amek kos ni.. But, kak leya study science comp.pun blh buat pecah kepala jugak...hehehe

Izzati Amira said...

@Illya LeYa thank you. betul tu. science comp, actuary pun susah kan

Sally Samsaiman said...

Semua bergantung pada diri sendiri...mmg setiap course ada baik buruknya sendiri...walhal kita tak boleh nak banding pun each and every course...yg penting kita..kita yg kena buat yg terbaik...bukan course jd batu pengukur :)

zaitie hasnan said...

Hello my fellow juniors (accoutancy)

Mmg pun waktu belajar n kerja lain..
Byk jenis lagi akaun yg kita tak sempat belajar time study and have to learn waktu dah kerrja..

All the best in your study..
Study hard n insyaallah dipermudahkan.


P/s: mmg student acc ssn nk dpt ANC

faten.banana said...

betul! setiap course ada susahnya sendiri, taksemua mudah sobs T_T yang penting need to work hard XD

Izzati Amira said...

@zaitie hasnan inshaaAllah AAAMINNNNN... thank you tauu

Izzati Amira said...

@faten.banana setuju.

Intan Saffyna said...

hi,sis singgah sini follow awak :)

Azwar Syuhada said...

Setiap kos ada susah dan senangnya, apa-apa pun good luck for your degree ;)

Aisya사쿠라♥ said...

masih wujudkah golongan yang suka compare course siapa lagi susah ni.....

semua benda susah. tak ada pun yang senang kalau nak diikutkan. cabaran lain-lain. heee goodluck :D

Cik Zue said...

all the best dear. semoga berjaya. semua course ada cabaran yang tersendiri. work hard and success will follow u. follower #2695 ;)

Cik Zue said...

All the best for your degree dear :) follower #2959